LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Tahniah Bonnie raih pingat emas Kejohanan Dunia

Nampaknya atlet para negara semakin bersinar di peringkat antarabangsa. Kini Bonnie Bunyau Gustin berjaya meraih pingat emas di Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan pada minggu lalu.
Pemegang rekod dunia remaja itu melakukan angkatan 207 kilogram (kg) untuk muncul juara dalam kategori senior 65kg lelaki pada kejohanan yang berlangsung di Astana Congress Center itu.

Kejayaan atlet kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu menyaksikannya turut memperoleh tiket ke temasya Paralimpik 2020 di Tokyo.

Pingat perak dimenangi atlet Algeria, Hocine Bettir yang melakukan angkatan 194kg manakala atlet Iran, Amir Jafari Arangeh meraih gangsa dengan angkatan 193kg.

Sabtu lalu, Bonnie turut meraih emas selepas melakukan angkata 190kg dalam acara bawah 65kg (below) lelaki.

Sumber :-Bharian

Tahniah kami ucapkan kepada Bonnie yang berjaya mencatat kejayaan manis untuk negara. Bukan mudah untuk mengangkat bebanan sehingga 200 kilogram itu. Semoga pengorbanan beliau akan membuahkan hasil hendaknya.,

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)