Tahap kekampungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Adakah anda berasal dari kampung? Sekiranya bukan, mungkin artikel ini kureng menarik untuk anda. Untuk artikel kali ini idea yang lebih santai. Jadi ianya adalah sekadar bahan hiburan dan bukannya fakta. Harap sesiapa pun yang membaca tidak mengambil serius tentang perkara-perkara yang ditulis ye..

Kebiasaanya kita dengar bahawa ramai dari kita yang berbangga tentang kehidupan di bandar sehingga lupa asal-usulnya. Datang dari sawah bendang, hutan bakau tapi bila diperlekehkan orang-orang kampung.

Sebagai seorang yang masih tinggal di kampung sudah tentu saya masih berbangga dengan kampung. Walaubagaimanapun dari segi tahap ‘kekampungan’ mungkin masih belum lulus lagi. Macammana nak tahu tahap ‘kekampungan’? Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dijadikan ukuran :-

1. Bagi kaum lelaki Melayu, memakai kain pelikat untuk solat atau di waktu malam. Biasalah tu senang dan mudah nak pergi masjid . Sambil tu pengudaraan pun lebih mudah masuk.. he hehehe..
2. Memandu motosikal kapcai. Pergi kedai atau ke surau berhampiran dengan motosikal yang separuh nyawa..
3. Pergi menyangkul tanam sayur kat rumah.. Sebab tu rumah kampung banyak ‘edible garden’. Berlainan dengan orang bandar yang biasa tanam pokok-pokok bunga kan..
4. Menyertai aktiviti kampung cam gotong royong, kenduri kendara. Baru betul masyarakat kampung yang bersatu padu.
5. Mengeteh kat kedai kopi sambil mengumpat orang sana sini.. Ops.. Yang mengumpat tu tak perlu la…

Rasanya cukup lah setakat ini.. Secara amnya, ada beberapa perkara yang saya sendiri tak membuatnya. Namun seperti yang saya nyatakan sebelum ini, ianya bukanlah indikator untuk menentukan tahap kampungnya anda. Ini sekadar suka-suka.. Anda ada lagi nak tambah??

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1204
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

15 Responses to “Tahap kekampungan”

  1. Wisata RiauNo Gravatar says:

    betul..betu… :D
    link exchange please.. :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    telah diisi link anda.. diharap link blog saya pun diletakkan di blog tuan

    Reply

    Wisata RiauNo Gravatar Reply:

    ok, thanks… cek ur link in my blogroll :D
    aku kasi nama “Liga kampung”

    Reply

  2. Wisata RiauNo Gravatar says:

    ok, thanks… cek ur link in my blogroll :D
    “Semoga tali persaudaraan sesama serantau dapat dieratkan lagi..” Amin.. :D

    Reply

  3. joegrimjowNo Gravatar says:

    ku kat sini pon still pakai kain plikat

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    masih ada nilai kekampungan lagi tu.. bagus..
    kalau kawin ngan omputeh agaknya pakai kain pelikat lagi tak??

    Reply

  4. joegrimjowNo Gravatar says:

    aik, apsal xmuncul?

    Reply

  5. sukiminnaNo Gravatar says:

    aku pakai kain pelekat gak..ngan boxer..

    klu kat kg tak pakai moto kot..aku nek beskal. takpun jalan kaki..baru best.hehe

    syr, aku penah tanam serai, pokk cili(mati sbb aku asik siram),
    ngan daun kari jek

    gotong royong kenduri kendara maleh sket nak join..hak3..tapi klu de makan2 aku join

    aku lepak ngan member kat bawah umah dia jek minum2..xpun gi kedai mamak..pastu kutuk2 politik.hoho..censored2 kang kena band lak

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha haha.. biasala tu semua.

    Reply

  6. sukiminnaNo Gravatar says:

    aik..site ni xsupport gravatar ke?xkuar avatar pun..hmm

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sepatut ada..
    nanti saya check kenapa agaknya sebab level 2 keluau gravatar ni

    Reply

  7. beliamudaNo Gravatar says:

    hehe. masih hidup lagi suasan kampung di sini. :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bagus la tu…

    Reply

    beliamudaNo Gravatar Reply:

    tapi dah semakin terhakis..

    Reply

  8. AzizulNo Gravatar says:

    nilai2 kampung dh lama aku tinggalakn. time kenduri pun dh pakai ketering

    Reply

Leave a Reply