post

Ziyad gagal pertahan emas Kejohanan Para Dunia

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Juara melontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli gagal mempertahankan pingat emasnya dalam kategori lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Pemenang pingat emas para dunia 2017 itu hampir mempertahankan pingat emasnya selepas mencatatkan lontaran sejauh 17.03 meter (m) dalam cubaan kelimanya, sebelum dipintas oleh atlet Ukrain Maksym Koval yang melakukan lontaran sejauh 17.11 m dalam cubaan terakhir untuk memperoleh emas, menurut laman sesawang The Paralympics, www.paralympic.org.

Efstratios Nikolaidis dari Greece membawa pulang gangsa selepas mencatat lontaran terbaiknya, pada 16.61m.

Bagaimanapun, lontaran sejauh 17.03m atlet para negara itu adalah rendah daripada rekod 17.29m yang pernah dicatatkannya pada Kejohanan Dunia 2017, di London, United Kingdom.

Untuk rekod, Muhammad Ziyad juga memenangi pingat emas dalam kejohanan sama pada edisi 2013 di Lyon, Perancis dan sebelum itu pingat gangsa pada edisi 2015, di Doha, Qatar.

— BERNAMA

Meskipun gagal mempertahankan kejuaraan namun masih ada ruang untuk diperbaiki. DIharap pada Sukan SEA nanti Ziyad dapat mengembalikan kilauan pingat emas ke lehernya. Semoga berjaya.

Please follow and like us:
error0
post

Ziyad tumpaskan atlet normal di Terbuka Thailand 2017

ATLET paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli mencipta sejarah apabila meraih pingat emas acara lontar peluru pada Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Thailand di Kompleks Sukan Universiti Thammasat di Bangkok hari ini.

Muhammad Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.07 meter pada lontaran kelima untuk mengatasi dua atlet tuan rumah, yang masing-masing melakukan lontaran 16.80m dan 16.53m untuk memenangi pingat perak dan gangsa.
Terdahulu, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu melakukan lontaran pertama sejauh 16.67m, 17.00m (kedua), 15.83m (ketiga) dan 16.07m (keempat).

Muhammad Ziyad turut menewaskan rakan senegara, Adi Aliffuddin Hussin yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Sea Singapura 2015, yang sekadar menduduki tangga keempat dengan lontaran sejauh 15.96m.

Untuk rekod, lontaran dibuat Muhammad Ziyad itu mengatasi catatan pemenang pingat perak Sukan Sea 2015, Chatchawal Polyiam dari Thailand yang melakukan lontaran sejauh 17.05m di temasya berkenaan.

“Alhamdulillah, dapat mengharumkan nama negara sekali lagi di Thailand Open (Terbuka Thailand). Catatan balingan 17.07m di balingan kelima. Syukur tak terhingga,” katanya menerusi akaun Instagram.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau mahu melihat Muhammad Ziyad dan seorang lagi atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly (lompat jauh) meraih pingat di temasya Sukan Sea ke-29.

“Cabaran saya kepada Ziyad dan Latif sebab mereka sudah layak dan disenaraikan untuk menjadi atlet bagi Sukan Sea adalah untuk menang bertanding dengan atlet normal yang lain.

“Harapan saya untuk Ziyad dan Latif pada tahun ini, agar mereka dapat menang pingat di Sukan Sea, bukan di Sukan Para ASEAN sebab saya rasa mereka akan menang pingat emas (Para ASEAN),” katanya pada sidang media selepas Dialog TN50 di sini hari ini.

Seramai 1,000 peserta terdiri daripada atlet kebangsaan, bekas atlet, penggiat sukan dan mereka yang terlibat dalam bidang sukan turut serta dalam program dialog berkenaan. – Bernama

Please follow and like us:
error0