Belajar Bina Blog Dengan Wordpress
Powered by MaxBlogPress  










Usahawan lintah

Written by zool on June 2, 2008 – 3:26 am -

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari Ahad merupakan hari berehat. Walau bagaimanapun selain dari duduk melangut rasanya elok kalau membaca suratkhabar.. Memang setiap hari bapa saya akan membeli suratkhabar dan hari ini nampaknya Harian Metro menjadi sumber untuk saya menjana minda.. Antara ruangan yang sering saya baca ialah ruangan di m/surat tengah iaitu ruangan Karisma.. .. Tapi saya rasa ramai yang lebih teruja untuk membaca tentang Zarina -Anak Pontianak kot. Terpulanglah pada citarasa anda tapi saya lebih suka membaca betapa kejayaan En Asmadi, seorang usahawan lintah.. Memang cukup menarik melihat kejayaan beliau.. Baru berusia 28 tahun namun telah memiliki keluarga bahagia, isteri dan seorang anak, rumah teres dua tingkat, kereta mewah serta syarikat sendiri.. Semuanya atas usaha beliau menjadi usahawan tani berjaya dengan menternak lintah.. Membaca proses kejayaan beliau memang banyak rintangan yang terpaksa beliau hadapi.. Bagaimana beliau terpaksa menghadapi rakan-rakan yang memperlekehkan usaha murni beliau dan kegagalan dalam perniagaan.. Semuanya beliau jadikan sebagai pedoman dan semangat untuk terus berjaya.
Selain lintah, beliau juga menternak belut dan cacing tetapi yang agak mengejutkan bila terbaca cadangan untuk menternak lipas pula selepas ini.. HUhuhuhu.. Macam-macam kan sekarang ni.. Jadi tiada alasan lagi untuk para belia-belia kita untuk menganggurkan???

Dan yang menarik sekali apabila beliau cuba untuk membantu orang miskin dengan mewujudkan satu Skim Kontrak Perladangan.. Projek ini menarik kerana ianya bertujuan memberi golongan tersebut untuk keluar dari belenggu kemiskinan.. Walau bagaimanapun mereka yang diberi skim tersebut perlulah berusaha dan tidak hanya mengharapkan rezeki datang bergolek.. Rasanya skim ni lebih bagus dari skim cepat kaya atau program-program yang berleluasa di iklan-iklan …
Sebenarnya skim ini bukan sahaja menguntungkan orang miskin tetapi sedikit sebanyak dapat membantu usahawan tersebut untuk memperkembangkan perniagaan beliau.. Semoga usaha murni beliau akan diberkati Allah..

Berita penuh di Harian Metro

p/s :- Saya sedang cuba untuk membuat kajian samada cacing di belakang rumah mempunyai potensi sebaik cacing yang dibeli… Harap-harap kajian ini dapat memberi manfaat.. AMIN..


Tags: , , , , ,
Posted in kehidupan, pertanian | 17 Comments »
RSS