post

Wan Zack Haikal tidak bermain untuk Kelantan musim ini

Nampaknya pemain sensasi negara, Wan Zack Haikal tidak akan beraksi dalam Liga Super untuk Kelantan pada musim ini apabila beliau tidak didaftarkan oleh Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) setelah tamat sesi perpindahan kedua.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah memaklumkan yang The Red Warrior hanya menerima Gan dan Fitri Omar pada masa ini. Tindakan KAFA ini mungkin disebabkan masalah kecederaan ACL yang dialami setelah dia menjalani pembedahan pada Januari lalu.
harimau_wan_zack_awards2012

Penyerang kelahiran Pahang itu telah mengambil keputusan berhijrah dari kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu setelah KAFA menebus baki kontraknya pada tahun ini.
– Stadium Astro

Mungkin peminat Wan Zack Haikal terpaksa menunggu samada musim hadapan ataupun ketika perlawanan Piala Malaysia untuk melihat kelibat pemain lincah ini.

Please follow and like us:
error0
post

Wan Zack Haikal bakal ke Kelantan?

Nampaknya pemain sayap lincah Harimau Malaya yang berkelana di kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu dikatakan akan tamat tidak berapa lama lagi. Menurut sumber yang rapat dengan pemain kelahiran Pahang ini, pemain tersebut dijangka akan menyertai skuad The Red Warriors apabila pintu perpindahan Liga M akan kembali dibuka pada 24 Mac ini.
Selain Wan Zack, pemain dari Australia kelahiran Malaysia, Brendan Gan juga dijangka akan diperkenalkan sebagai pemain baharu skuad Kelantan.
harimau_wan_zack_awards2012

 

Sebelum ini, terdapat desas desus mengenai laporang mengaitkan Wan Zack untuk kembali beraksi dalam Liga Malaysia namun ia dinafikan oleh pihak pengurusan FC Ryukyu. Keputusan ini bukan sesuatu yang mengejutkan apabila sebelum ini Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa sudah memberi gambaran awal melalui Facebook dengan menyatakan skuad Kelantan akan membawa masuk tiga pemain bintang tempatan termasuk dua daripadanya bertaraf antarabangsa.
KOSMO

Jika benar berita ini nampaknya, peluang untuk melihat anak muda tempatan ini bermain di liga luar mungkin tipis. Apapun diharap karier Wan Zack Haikal tidak akan menjadi statik dan mungkin pada masa hadapan beliau mampu pergi lebih jauh ke Liga luar negara yang lebih kompetitif.

wan zack
photo uploading

Adakah gambar ini benar? Jika benar maka sahlah Wan Zack ke Kelantan bersama Fitri Omar dan Brendan Gan

Please follow and like us:
error0

Wan Zack sudah beransur pulih

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Terdapat berita baik untuk pasukan skuad bolasepak negara dimana pemain sayap negara, Wan Zack Haikal dikhabarkan sudah beransur pulih dari kecederaan otot paha. Pemain muda negara yang bermain baik ketika kejohanan Piala AFF 2012 menentang Laos dan Indonesia terpaksa dikecualikan pada separuh akhir pertama yang lalu kerana kecederaan otot paha.

Uploaded with ImageShack.us
Sebelum ini, beliau dikatakan tidak mampu beraksi untuk kedua-dua perlawanan separuh akhir kerana kecederaannya memerlukan masa untuk sembuh. Beliau juga mengakui bahawa beliau sudah mula pulih namun perlu mendapatkan keputusan jurulatih dan doktor. Sesi pengujian akan dilakukan bagi memastikan tahap kecergasan pemain dari skuad Harimau Muda ini.
Sumber :- ESPNSTARMY
Secara peribadi saya berpendapat ia amat berisiko untuk menurunkan Wan Zack. Seperti yang kita ketahui beliau merupakan pemain yang laju dan pasti akan menjadi sasaran lawan. Ini amat berisiko ke atas dirinya. Saya merasakan kalau diberi peluang beraksi sekalipun mungkin dalam jangkawaktu yang tidak panjang dan pasti bukannya 90 minit.

Sekian

Please follow and like us:
error0

Wan Zack Haikal bakal terlepas peluang beraksi di separuh akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya episod kecederaan pemain muda sayap kebangsaan, Wan Zack Haikal kembali semula. Menurut imbasan yang dilakukan oleh doktor pasukan, pemain muda negara ini mengalami koyakan teruk pada tisu otot kaki beliau dan jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak akan mengambil risiko menyenaraikan pemain yang menjadi sebutan di aksi Piala AFF ini.

Menurutnya, kecederaan itu memungkinkan beliau terpaksa digugurkan untuk 2 aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki bertemu Thailand pada 9 dan 13 Disember ini. Selain itu, pemain tengah Mohd Shakir Shaari yang menunjukkan prestasi membanggakan mengawal bahagian tengah juga dijangkakan tidak dapat diturunkan pada pertemuan menentang Thailand pada Ahad ini berikutan kecederaan pangkal paha yang dialami ketika perlawanan menentang Indonesia pada 1 Disember yang lepas.
Sumber :- BERNAMA
Pasti ini akan memeningkan kepala jurulatih memandangkan kedua-dua pemain ini memberikan impak yang besar pada pertemuan menentang Laos dan Indonesia pada kejohanan ini. Walaubagaimanapun penggantian tetap perlu dilakukan. Secara peribadi saya berpendapat mungkin jurulatih boleh menggantikan Shakir Shaari dengan Gary Steven atau menukarkan posisi Mahali ke pemain tengah bertahan dan memasukkan Bunyamin Omar ke posisi pertahanan kanan. Untuk menggantikan Wan Zack pula, mungkin Khyril Muhymeen atau Azamudin Akil boleh diserap ke bahagian sayap kanan.
Apapun kita tunggu sahaja percaturan Datuk K Rajagobal pada malam Ahad ini.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Wan Zack dan Wan Zaharulnizam dapat tawaran dari Liga J

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Wan Zack Haikal
Wan Zaharulnizam Zakaria kecik
image host

Wan ZaharulNizam

Nampaknya bakat pemain bolasepak tempatan mula diintai oleh pihak luar. Kali ini pasukan divisyen Tiga Liga Jepun, FC Ryukyu berminat mendapatkan pemain sayap Harimau Muda iaitu Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam. Ini merupakan sesuatu peluang yang baik untuk pemain muda negara melebarkan kerjaya ke luar negara. Seperti yang kita sedia maklum, Liga J merupakan liga terbaik di peringkat Asia. Di usia mereka yang masih muda pasti bakat mereka mungkin boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Malahan, tak mustahil suatu hari nanti mereka mampu bermain di kelab Eropah memandangkan banyak kelab terkemuka dunia yang sering mengikuti perkembangan di kelab bolasepak Liga J ini. Jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee pun telah merestui sekiranya kedua-dua pemain tersebut menerima tawaran tersebut. Ini sekaligus menambah pengalaman mereka bermain di peringkat yang lebih tinggi dan membantu perkembangan bolasepak tempatan.
Harap-harap mereka menerima peluang keemasan ini..

Sekian.

Please follow and like us:
error0