Kenapa pemain bolasepak kita gagal di Eropah ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Isu Nazmi Faiz yang pulang membuka mata tentang ketidakmampuan pemain bolasepak tempatan untuk berkelana di Eropah. Ini bukanlah kali pertama pemain bolasepak negara yang gagal ketika mencuba nasib di Eropah. Terdapat beberapa pemain lagi yang tidak dapat meneruskan kelangsungan profesion mereka di luar negara.
Antaranya seperti Akmal Rizal, Juzaili Samion, Rudie Ramli, Fazli Saari yang tidak mampu bergelar pemain profesional di Eropah dan akhirnya bermain di Liga Malaysia sahaja. Pernahkah anda ingat nama Titus James Palani? Seorang pemain bolasepak yang pernah menggegarkan arena bolasepak apabila berkelana di Perancis dalam usia yang muda. Namun sehingga kini dimana usianya telah menjangkau 26 tahun keupayaan beliau masih belum terserlah lagi.
Kenapa agaknya pemain bolasepak negara tidak mampu menyinar di Liga Eropah ? Ini berbeza dengan beberapa pemain dari Afrika yang tidak mendapat bantuan secukupnya dari kerajaan mereka namun ada yang akhirnya membantu negara mereka dalam perkembangan bolasepak melalui pendapatan lumayan yang diperolehi. Untuk entri ini saya ingin berkongsi pendapat sebab kenapa pemain bolasepak negara tidak mampu bertahan di Eropah
titus losing under18 fa cup final
Gambar Titus ketika bermain untuk perlawanan FA Cup bawah 18 tahun di Perancis

1. Homesick. Rindu pada kampung halaman, ibubapa, keluarga, sahabat handai dan sebagainya yang terdapat di Malaysia. Memang sukar nak meninggalkan negara kelahiran yang mempunyai pelbagai kenangan indah. Pernah terjadi pemain yang ditawarkan oleh kelab di Eropah yang menolak kerana tidak sanggup berjauhan lagi dengan keluarga di tanahair.
2. Telah berada dalam zon selesa. Di Malaysia, mereka di bantu oleh banyak pihak. Bermain dalam Liga Malaysia lebih selamat. Kalau takde duit pun masih boleh cari kerja lain. Tapi kalau bermain di Liga Eropah, mungkin masalah kalau berlaku perkara tidak diingini. Risiko ini memang tidak mampu dihadapi oleh pemain Malaysia yang telah mendapat kesenangan di negara bertuah ini.
3. Tidak mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk bersaing dengan pemain luar. Perbezaan fizikal pemain Eropah memang akan memberi kesan kepada pemain Malaysia yang rata-ratanya kecil. Kesukaran bersaing mungkin menyebabkan mereka berputus asa.
4. Tiada pengetahuan yang mencukupi untuk berkelana di Eropah. Mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang bahasa, budaya dan cara hidup di tempat yang ditawarkan.
5. Kelemahan pemilihan ejen. Mungkin juga ada yang mendapat ejen yang tidak baik. Kalau kita lihatkan pada ejen Nazmi sendiri, ia bukannya rakyat Malaysia. Pasti pemikiran mereka berbeza,
6. Kurangnya sokongan dari ibubapa. Memang sukar kalau nak berjaya kalau tak dapat bantuan ibubapa.
7. Nasib. Setuju atau tidak, nasib kadangkala memainkan peranan. Ada yang nampak handal ketika muda tapi bila dah mencapai umur pertengahan 20-an dan sepatutnya memuncak, nasib tidak menyebelahi. Ada yang cedera je, ada juga yang tidak dapat meneruskan kerana kelab bolasepak bankrap atau ditukar pengurusan.

Mungkin ada banyak lagi sebab kenapa pemain kita gagal menyinar di Eropah. Sememangnya untuk menjadi yang terbaik bukan mudah. Cuba kita lihat pemain seperti Messi, beliau bermain di Sepanyol pada usia yang muda. Malahan ibubapa beliau memainkan peranan penting untuk beliau berhijrah ke negara yang beratus kilometer dari tempat asal. Tanpa keyakinan dan semangat pasti beliau tidak mampu berada di tempat sekarang.

Itu juga yang berlaku kepada banyak pemain terbaik dunia. Itu sepatutnya dicontohi oleh pemain bolasepak negara. Malahan atlet skuasy negara, Datuk Nicol David juga telah berkorban masa remaja beliau dengan berlatih di luar negara untuk mencapai tahap sekarang ni..
Selain itu, pihak berkaitan perlu membantu pemain muda untuk berkelana di kelab luar negara pada usia yang muda. Usia 19 tahun bukanlah muda untuk menimba ilmu di luar negara.
Diharap pemain-pemain bolasepak negara yang mencuba nasib di Eropah mampu berjaya sekaligus meningkatkan prestasi bolasepak negara.

Apa pula pendapat anda? Setuju atau tidak dengan pendapat saya ni?
Sekian

Please follow and like us:
error0

Shebby jemput Titus ke Blackburn

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Ingat tak pada pemain bernama Titus James Palani yang pernah mengegarkan arena bolasepak ketika di usia mudanya. Beliau yang mengambil keputusan untuk mengembara ke negara Perancis untuk mengembangkan karier bolasepak beliau. Seingat saya, pada sekitar tahun 2000 beliau telah mendapat perhatian ramai pihak sebagai bakat muda Malaysia yang mampu mengegarkan arena antarabangsa. Namun selepas lebih dari 10 tahun penantian untuk menunggu nama pemain ini terpapar di media sukan semakin hilang. Agak sukar untuk mendapat maklumat terkini mengenai prestasi pemain ini. Saya baru mendapat berita tentang pemain yang kini bertapak di Perancis telah dijemput oleh Penasihat Global kelab Blackburn, Shebby Singh untuk menjalani latihan di sana. Berikut merupakan petikan artikel tersebut :-

Image Hosting

Titus James yang sudah beraksi di luar negara sejak 13 tahun yang lepas telah dijemput untuk menjalani pemilihan di Blackburn Rovers.
Menurut akhbar The Star, Titus, 26, yang kini bersama kelab Perancis, Normandy telah menjalani perbincangan awal dengan penasihat global Blackburn, Shebby Singh.
“Saya mengenali Titus sejak dia berumur 11 tahun. Kini saya bertemunya yang telah dewasa. Walaupun saya belum lihat dia beraksi, saya sebagai penasihat global akan pastikan dia mendapat percubaan di Rovers,” kata Shebby kepada The Star.
Walaubagaimanapun, Titus tidak akan mengalami masalah permit pekerjaan seperti Saffe Sali, Safiq Rahim (Cardiff City) dan Syed Adney (Middlesbrough).
“Saya rasa Titus tidak akan mempunyai masalah berkenaan permit kerja dan dia telah bersama Liga Perancis selama 10 tahun,” kata Shebby lagi.
“Titus akan mempunyai kelebihan kerana dia sudah biasa dengan keadaan cuaca di Eropah, bahasa dan budaya.”
Sementara itu, Titus juga turut teruja kerana akhirnya mendapat peluang untuk membuktikan dirinya di England.
“Saya tahu jika saya berjaya, saya akan menjadi rakyat Malaysia pertama untuk beraksi di England. Saya telah bersaing dalam liga Perancis dan saya tahu bagaimana rasanya beraksi di Eropah,” kata Titus.

sumber HarimauMalaya
FB Info Skuad Olimpik Malaysia

Ini merupakan peluang bagi Titus James Palani untuk membuktikan beliau masih berbakat. Walaupun Blackburn telah jatuh ke liga namun persaingan tetap kuat. Beliau pun masih mempunyai peluang untuk ke kelab yang lebih baik seandainya mampu membuktikan kemampuan dalam persaingan Liga Kejuaraan Inggeris.
Harap-harap beliau menjadi pemain pertama Malaysia yang bermain di Liga Inggeris sekaligus membuka mata ejen bolasepak untuk meninjau perkembangan pemain bolasepak negara sekaligus meningkatkan kualiti bolasepak negara.

Sekian.

Please follow and like us:
error0