post

Tips memilih gogal untuk berenang

Berenang memang merupakan aktiviti menyihatkan. Ia juga boleh dijadikan sukan yang membantu kita memperbaiki tubuh fizikal kita.
Antara peralatan yang penting untuk berenang adalah gogal (kaca mata ) untuk berenang. Ia penting bagi memastikan air tidak memasuki mata serta memudahkan penglihatan kita di dalam air.

| Kenapa Kita Perlu Belajar Berenang |

Bukan mudah untuk memilih gogal kerana terdapat banyak pilihan samada yang murah atau mahal. Kebanyakan perenang seringkali melakukan kesalahan memilih gogal sehingga memberikan kesan terhadap prestasi renangan mereka.
Jadi, sebelum anda menyelam dan memilih gogal yang mahal berdasarkan fesyen, cuba luangkan sedikit masa untuk membaca panduan yang anda perlukan dari cermin mata renang anda.

Memilih Gogal Renang

Terdapat 3 aspek penting apabila memilih gogal renang. Antaranya ialah :-

1) Pastikan ianya sesuai dengan bahagian mata anda. Pastikan tiada air memasuki dalam cermin gogal anda.
2) Pastikan ianya selesa. Tidak terlalu menekan hidung atau soket mata anda.
3) Gogal tersebut perlulah jelas di dalam air.

– Pastikan gogal yang ingin dibeli mampu berada dalam kedudukan baik pada hidung dan mata anda. Anda perlu meneliti ikatan gogal tersebut. Sentiasa mencuba sebelum anda membeli. Jika anda beli dalam talian pastikan pembekal menawarkan bayaran balik sekiranya gogal tidak sesuai dengan anda.
Gaya yang biasa adalah gogal berentuk bujur dengan ikatan silikon gasket. Apabila anda mencuba, ikatan mampu berada dalam air dan tidak mudah pecah.
Ia tidak perlu terlalu ketat namun selesa untuk dipakai. Berhati-hati ketika memeriksa gogal dan jangan terlalu luas kerana ia mungkin bocor jika terlalu luas di sekitar sudut mata anda.

– Terdapat pelbagai jenis gogal. Gogal Sweeden lebih dekat dengan rongga mata dan ini mengurangkan geseran. Ia banyak digunakan untuk pertandingan renang seperti Piala Dunia FINA.
– Bagi kegunaan rekreasi, gogal gastek klasik sudah mencukupi samada ia menggunakan silikon atau busa.
– Bagi mereka yang berkaca mata, preskripsi atau kanta optik disediakan untuk membantu membetulkan penglihatan.
– Sekarang ini terdapat gogal yang mempunyai sebuah filem anti-kabus (anti-fog) bagi mengelakkan penurunan kadar penglihatan kerana kabus.

Rujukan :-MyActive.SG
Swimming.org

Please follow and like us:
error0
post

Mari Belajar Berenang Gaya Dada

Anda pandai berenang? Berenang bukan hanya satu aktiviti yang menyihatkan, ia juga boleh menjadi acara sukan yang bagus untuk kita.
Nak belajar berenang bergantung kepada kemampuan masing-masing. Ada yang boleh pandai dengan belajar sendiri, ada yang belajar dengan cikgu dan ada juga boleh belajar dengan hanya membaca buku panduan renang sahaja.

breast-stroke-swimming
Adakah belajar berenang itu penting? Cuba anda lihat artikel Kenapa nak belajar berenang dan anda pasti akan mengakui kepentingan belajar berenang.

Berenang ada banyak teknik dan dalam entri ini, ligakampung.com ingin berkongsikan teknik yang diajar oleh tenaga pengajar kami iaitu berenang gaya dada atau dalam English ‘Breast Stroke’. Kenapa gaya ini yang ingin dikongsikan? Ini kerana gaya ini paling mudah untuk dipelajari berbanding gaya lain.
Selain itu, gaya ini juga perlahan dan ia akan membantu kita untuk mendapatkan kaedah terbaik terutama dalam pernafasan di dalam air dan di luar. Mari kita tengok sedikit sebanyak mengenai kaedah berenang gaya dada ini.

Kaedah Kuak Dada dalam Ilustrasi

Kaedah Kuak Dada dalam Ilustrasi

Gerakan Kaki
1) Untuk memulakan renang ini, kaki hendaklah dibengkokkan.
2) Kemudian tendangkan ia dan luruskan kaki dengan posisi kedua kaki terbuka ( kaki kiri dan kanan dalam posisi berjauhan)
3) Ketika dalam posisi kaki lurus, kaki dirapatkan (sampai telapak kaki kiri dan kanan bersentuhan). Ini akan menambah daya menolak.
Ulangi langkah 1-3 sehingga mahir.

Gerangan tangan
1) Posisi awal, luruskan kedua belah tangan di atas kepala dimana kedua tapak tangan saling bertemu.
2) Tarik tangan ke kanan dan kiri ke bahagian dada dimana tapak dipusingkan kira-kira 180 darjah. Tarik tangan tersebut sehingga ke dada.
3) Selepas tiba tangan ke dada, luruskan ia kembali.
Ulangi langkah 1-3 sehingga mahir

| Panduan Belajar Berenang Gaya Dada |

Gerakan kombinasi tangan, kaki dan mengambil nafas
1) Gerakan tangan dan kaki dilakukan secara serentak. Ini memerlukan latihan bagi memastikan gerakan tangan dan kaki setara.
2) Ambil nafas ketika anda sedang menguak tangan ke kanan dan kiri. Dongak kepala ke atas dan ambil nafas secukupnya. Anda perlu memastikan anda mahir mengambil nafas kerana tanpa kemahiran ini anda tidak mampu melakukan renangan yang lama.

breast_stroke_anim

Kaedah Renang Kuak Dada secara animasi .

Tips
1) Kaki tidak terapung? Ini berlaku pada admin juga. Ia akan menyukarkan untuk melakukan renangan yang sempurna. Perkara ini wajib untuk anda pelajari untuk mengapungkan badan. Ia bagi memastikan kepala tidak masuk ke dalam air kerana ia akan menyukarkan untuk bernafas di udara.
Sekiranya kaki tenggelam, sukar untuk mendapatkan renangan yang sempurna. Seringkali berlaku kerana tidak yakin dengan air itu. Anda perlu relaks dan berlatih berulangkali bagi memahirkan situasi ini.

2) Ketika baru belajar, pegang pada tepi kolam dan lakukan gerakan kaki sehingga pandai.

3) Anda boleh meminta kawan memegang samada tangan atau kaki. Ia perlu bagi memastikan kita dapat melakukan gerakan dengan yakin.

4) Berenang di kawasan yang cetek dimana anda masih boleh berdiri sekiranya air memasuki tubuh anda. Jangan pergi ke dasar yang anda tidak mampu capainya selagi anda tidak mampu mengapungkan badan dan berenang.

Ini serba sedikit ilmu yang dapat diperturunkan oleh kami. Sekarang ini banyak tenaga pengajar melakukan perniagaan ini dengan mengajar orang dewasa dan juga kanak-kanak. Kalau anda tidak berkelapangan untuk ke kelas belajar berenang, anda boleh cuba klik sini.

Semoga belajar berenang boleh menjadi rutin keluarga anda sebagai salah satu sukan yang mampu mencergaskan diri anda.

Please follow and like us:
error0
post

Belajar Berenang : Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu

Berenang, satu aktiviti riadah yang cukup sihat. Dengan berenang kita dapat mengawal emosi, stress dan sebagainya. Ianya juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan.
Tapi kalau masuk dalam air tak tau berenang pun tak cukup seronok. Jadi bagi yang tak tau belajar berenang seeloknya boleh mencari pakar ataupun belajar sendiri.

Untuk artikel kali ini admin ingin berkongsi serba sedikit perkara asas bagi mereka yang ingin belajar berenang. Antaranya ialah :-

1) Pakaian asas. Bagi yang baru nak belajar berenang, seeloknya dapatkan pakaian yang bersesuaian. Ada pakaian renang yang dijual di kedai-kedai sukan untuk digunakan. Memakai pakaian sesuai memudahkan kita untuk melakukan aktiviti renang.

Contoh pakaian renang untuk lelaki

Contoh pakaian renang untuk lelaki

Selain itu dapatkan google untuk berenang dimana ianya memudahkan pemandangan kita di dalam air.

2) Lokasi sesuai. Jika ingin belajar berenang anda perlu dapatkan lokasi yang selamat. Seeloknya berenang di kolam renang yang memang khas untuk latihan. Ikut juga paras ketinggian anda. Jika anda rendah, masuk ke kolam yang rendah. Jangan terus pergi ke kolam yang dalam. Pasti sukar untuk anda dan mungkin boleh tenggelam.
Sekarang ni banyak kawasan kolam untuk orang awam dimana anda perlu membayar beberapa RM untuk masuk ke kolam tersebut.

3) Dapatkan latihan pakar. Bagi yang langsung tidak tahu berenang seeloknya dapatkan latihan oleh pakar. Mereka ada mengenakan sedikit bayaran. Jangan malu walaupun anda telah berumur dan yang lainnya adalah kanak-kanak. Nak belajar kena buang perasan malu tu jauh-jauh. Dari segi bayaran ia bergantung kepada tenaga pengajar tu.
Anda boleh merujuk laman web atau mereka yang pernah mengambil kelas renang tersebut.

4) Belajar buat bubble. Ini perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melakukan renangan bagi orang baru. Anda kena belajar bernafas di dalam air. Kebiasannya, ramai yang bernafas menggunakan mulut tapi jangan pula membuka mulut. Sebelum masuk ke dalam air, pastikan anda telah mengambil oksigen dengan cukup. Menyelam dan keluarkan bubble secara sekata selama 3 kali.
Untuk kali ke 4 lepaskan bubble yang banyak dan cuba lepaskan badan anda. Jika berjaya, anda akan terasa seperti terapung. Kenapa? Ini kerana dengan bubble tersebut membantu anda untuk terapung di air.

sister-and-brother

5) Melonggarkan tangan dan kaki. Ini perkara asas untuk kita terapung di air. Jika tubuh badan berada dalam keadaan yang keras, sukar untuk terapung dan kita akan tenggelam. Untuk terapung ni, kita perlu relaks dengan secukupnya. Jangan takut dengan air dan kawal ‘bubble’ tersebut. Sambil itu boleh kayuh kaki dengan lembut dan lurus. Insha allah dengan latihan yang kerap, ia boleh dilaksanakan.

6) Mengambil nafas. Selepas terapung anda juga perlu mengambil nafas ketika berenang. Ia bagi memastikan anda dapat mengawal stamina dan dapat melakukan renangan yang jauh. Ada juga orang yang boleh berenang tapi tak mampu terapung namun sukar bagi mereka untuk berenang dalam jarak yang jauh.

7) Kayuhan kaki dan tangan.Anda perlu mengawal kayuhan kaki dan tangan agar sekata. Kalau sebelah lebih, laluan anda akan terpesong dari haluannya.

8) Pastikan anda sihat ketika berada dalam air. Elakkan masuk dalam air ketika dalam keadaan tidak sihat kerana ia boleh menganggu pernafasan anda.

9) Jangan berenang dalam keadaan cuaca yang teruk. Kalau hujan dan guruh, teruslah keluar walaupun anda baru je beberapa saat berada dalam kolam. Nyawa lebih penting dari berenang.

10) Elakkan makan terlalu banyak sebelum berenang. Seperti juga aktiviti yang lain, makan yang banyak tidak elok ketika beriadah.

Okay itu serba sedikit mengenai perkara asas dalam renang yang perlu anda tahu.

Please follow and like us:
error0

Tips Belajar Berenang Bagi Permulaan

Mungkin ramai di antara kita yang pandai berenang dan mungkin juga yang tak pandai. Si Zool juga dikategorikan sebagai belum pandai berenang lagi kerana masih dalam proses pembelajaran.
Memang agak sukar kerana tiada kawasan berhampiran yang sesuai untuk belajar disini. Namun ia bukan bermaksud tidak boleh belajar. Mungkin nak belajar secara formal agak sukar namun boleh dicuba dikawasan yang mudah seperti dikawasan taman tema air dan jika berkemampuan boleh ke kolam renang berbayar. Kalau nak murah, boleh cuba berenang di laut berhampiran.

Si Zool masih dalam proses pembelajaran lagi dan sedikit perkembangan dimana telah mampu mengapungkan badan serta mengayuh kedua belah kaki. Walaupun tidak sejauh mana namun ia merupakan satu perkara yang boleh dibanggakan bagi seseorang yang telah dewasa dan mahu belajar berenang.
Dalam entri kali ini saya berkongsi tips belajar berenang dari laman web Indonesia yang boleh dikongsi bersama.

Kaedah Berenang

Jika kita perhatikan di televisyen, kebiasannya terdapat beberapa gaya berenang yang boleh dipelajari. Kebiasannya, pengajar akan memulai dengan berenanga gaya bebas. Ini kerana ia adalah kaedah yang paling mudah untuk dipelajari. Namun sebagai orang baharu,kita memerlukan beberapa panduan untuk belajar berenang dengan lebih cepat. Antaranya ialah :-

1) Anda harus mempersiapkan diri dari segi mental. Perlu mengetahui gaya apa yang sesuai untuk anda. Dapatkan nasihat dari rakan yang sudah tahu berenang atau meminta rakan untuk bersama-sama belajar bersama. Ini akan memberikan motivasi dan dorongan.

subjpswim3-articlelarge

2) Amat penting untuk kekal motivasi dan berasa tenang di kolam renang. Ia dapat membantu anda berasa yakin yang anda mampu melakukan aktiviti ini walaupun sebelum ini tidak pernah melakukannya.

3) Memandangkan manusia tidak hidup di dalam air, pada permulaannya ia akan terasa sukar. Anda harus menyesuaikan diri dengan kawasan tersebut dan memahami bagaimana tubuh meluncur dan bergerak di dalam air.

|Kenapa nak belajar berenang|

4) Konsentrasi pada mata amat penting. Anda perlu belajar melihat didalam air. Dapatkan kaca mata google untuk membiasakan diri melihat didalam air.

5) Bernafas di bawah air merupakan salah satu teknik utama untuk anda pelajari. Bagi permulaan, ketika berenang tariklah nafas melalui mulut dan buang nafas melalui hidung. Saat anda mengeluarkan nafas dari hidung, gelembung akan keluar dan akan merasa sedikit kekok.

Sumber yang dialihbahasa :- Wedaran

Melihat kepada tips diatas, memang ianya berguna untuk kita belajar berenang. Saya juga masih terlalu ‘beginner’ kerana hanya mampu beberapa meter sahaja bertahan dalam pernafasan di dalam air. Mungkin perlu banyakkan latihan untuk maju lebih jauh lagi.

Dan kalau kesempatan, memang akan mengajar anak pula berenang.. Amin..

Please follow and like us:
error0