Posts Tagged ‘ternak cacing’
Produk Cacing - Baja Vermikompos
Written by zool on June 3, 2008 – 2:33 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Mari cerita kembali pasal cacing.. Sebenarnya ramai yang bertanya kepada saya apa produk yang dihasilkan oleh cacing ni sehingga ianya menyebabkan ramai yang mula menternaknya. Walaupun saya bukanlah pakar namun dari pembacaan dan pertanyaan dari otai-otai ini adalah antara jawapannya..
erdapat 2 jenis produk yang terhasil dari penternakan ini iaitu Biomas (cacing itu sendiri) dan juga kascing ( baja organik dari sisa makanan cacing tersebut). Dari segi cacing antara produk yang eperti bahan campuran kosmetik, ubat-ubatan, campuran dalam makanan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan banyak lagi… Manakala dari segi Kascing pula adalah baja yang lebih dikenali dengan baja vermikompos. Bersama-sama ini disertakan sedikit maklumat mengenai baja vermikompos yang saya copy dan paste dari internet..
Read more »
Tags: cacing, ternak cacing
Posted in pertanian | 26 Comments »
Bermulanya projek cacing
Written by zool on May 28, 2008 – 1:55 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ini sedikit kepenatan kerana setelah bercerita dalam blog tentang cacing akhirnya saya telah pun mendapatkan bekalan cacing di IKS Paya Rumput.. Rasa gembira bercampur sedikit takut. Gembira kerana akhirnya projek telah bermula manakala takut jika ianya tidak berjaya.. Walau bagaimanapun kena berfikir positif untuk berjaya.. Jika saya masih dengan sikap lama yang layu sudah pastinya keadaan saya akan sama dan tiada perubahan.. Insyaallah walaupun penternakan cacing saya ini dalam skala yang kecil ( hanya sekilo) namun pelajaran yang akan saya timba pastinya akan dapat mematangkan diri terutama dari segi disiplin, keyakinan dan juga kualiti diri seperti tips dalam buku Enhacing Personal Quality yang bakal dijual..
Walaupun mungkin masih baru dalam bidang ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan mengenai projek ini.. Insyaallah akan berjaya.. Sedikit ilmu dari otai-otai cacing dari Zaws.Agro, Azam Agrotech, acai serta sumber dari internet dapat dijadikan panduan untuk lebih maju dalam bidang ini…
Tak lupa juga pada rakan sekerja yang memberikan sokongan moral.. Kepada syia, insyaallah kalau projek ni berjaya bolehlah buat rombongan ke kandang saya.. He he he.. Boleh saya belanja makan mee sambil melihat cacing..
.. Kepada CD PEG BELIA, bro gua bagi masa dalam 10 hari kalau kandang projek gua sesuai nanti lu boleh jadi pekongsi lelap.. Gua kena pastikan share partner tak rugi.. Kalau tak malu gua nanti…
Kepada rakan-rakan lain yang sentiasa memberi sokongan moral, saya amat berterima kasih.. Doakan saya supaya berada di landasan yang betul.. ” Pertanian adalah perniagaan”
p/s :- Insyaallah lepas ini saya akan menceritakan tentang teknik penjagaan dan penternakan cacing saya.. Buat masa ni nak rehat dulu dan berdoa agar projek ini berjaya… Tengoklah gambar-gambar saya bersama anak angkat saya..



Tags: cacing, cari duit, cari kerja, ternak cacing
Posted in Uncategorized, pertanian | 19 Comments »
Belajar teknik penternakan cacing
Written by zool on May 24, 2008 – 9:04 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mesti ramai pembaca semua telah mengetahui tentang penternakan cacing yang kini makin giat dipromosikan di media masa. Hari ini saya melawat satu lagi tempat penternakan cacing di Melaka.. Jika sebelum ini saya telah melawat di Tehel kepunyaan Zaws.Agro kali ini saya ke Paya Rumput pula untuk mendapatkan sedikit ilmu dari Azam Agrotech mengenai persediaan asas yang diperlukan bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini.
Nampaknya melalui lawatan saya ke sini nampaknya banyak perkara baru yang dipelajari.. Jika sebelum ini saya hanya menjangkakan bahawa penternakan ini hanya dilaksanakan dalam rak-rak kayu tapi penguasaha memaklumkan bahawa ianya juga boleh dilakukan dalam bekas plastik. Ala bekas plastik nak basuh baju tu pun boleh.. Memang agak terkejut lebih-lebih lagi beliau memaklumkan ada pengusaha kecil-kecilan yang menggunakan laci sebagai medium untuk penternakan.. Selain itu pertanyaan-pertanyaan saya yang lain ialah :-
Read more »
Tags: cacing, Melaka, ternak cacing
Posted in pertanian | 35 Comments »
Melawat Penternakan Cacing
Written by zool on May 10, 2008 – 3:33 pm -Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua..
Semoga kesihatan anda bertambah baik…
Pada petang tadi, Sabtu ( 10.5.2008) saya bersama adik saya pergi melawat tempat penternakan cacing.. Tempat penternakan cacing yang memang ringkas dan mudah..
Nampaknya banyak tempat di negeri Melaka yang telah melakukan penternakan di Negeri Melaka.. Rupa-rupanya dah ramai yang menceburi bidang ini selain dari penternak muda, acai..
Banyak rupanya yang dapat saya pelajari hari ini, bagaimana cara-cara menternak cacing dengan baik.. Mereka yang berpengalaman lebih dari setahun memberikan sedikit motivasi kepada saya.. Kenapa?? Kerana kaedah penjagaan cacing mudah berbanding dengan penternakan haiwan lain..
Yang menariknya penternakan ini dilakukan secara sambilan sahaja tanpa meninggalkan kerjaya .. Dan hasilnya sungguh menarik.. Melalui pasaran sekarang harga 1 kg cacing adalah sekitar RM450.00 .. Pergh tak ke banyak tu… Malahan melalui penjelasan pakar-pakar cacing tersebut mereka memberikan makanan kepada cacing tersebut sekali dalam tempoh sebulan..
Apa dia makanan cacing tersebut?? Tahi kambing dan hampas papan.. Mudah bukan, tak perlu berbelanja terlalu mahal untuk si cacing ni.. Lebih murah dari menternak kucing-kucing ..
Selain itu pertanyaan memuaskan hati saya namun kajian perlu dilakukan dan keputusan tidak boleh terburu-buru kerana ianya perlu dilakukan berdasarkan beberapa aspek..
Anda berminat???? Boleh menghubungi :-
..
ZAWS AGROTECH
Bangunan Unit Peladang,
Jalan Gaung Kundang
Kampung Tehel,
77200 Melaka.
http://ternakancacingmelaka.blogspot.com/
zaws.agro@yahoo.com
Suhaimi
019-6348574 / 019-6501125
Ini merupakan gambar-gambar yang saya ambil ketika melawat pusat penternakan tersebut…



p/s :- Gambar tak berapa cantik.. Kamera dah nak expired…. Wargh !!!
Tags: ternak cacing
Posted in pertanian | 32 Comments »








