Nak Bisnes Prepaid yang boleh autoreload untuk semua Telco?? Inilah yang terbaik..
Powered by MaxBlogPress  




Bisnes prepaid hangat masakini





Mandi Manda di Tanjung Bidara

Written by zool on December 25, 2007 – 2:04 pm -

Assalamualaikum semua..

tgbidara

Nampaknya hari ini merupakan hari terakhir percutian saya pada hujung tahun ini.. Nampaknya bersempena hari cuti Krismat dan tugasan untuk menghadiri majlis kesyukuran di Tanjung Bidara saya mengambil keputusan untuk membawa adik-adik saya terus ke pantai Tanjung Bidara.. Selepas Majlis Kenduri Kesyukuran di tapak Balai Cerap Alkhawarizmi, Tg Bidara saya terus ke pantai Tanjung Bidara.. Agak ramai juga pengunjung pada hari ini.. Almaklumlah hari cuti.. Ramai keluarga yang mengambil kesempatan cuti pada hari Krismast untuk bersantai di pantai ini… Hm tepat pukul 1.30 saya dan adik-adik saya mencari port yang agak sesuai untuk melepak diri sambil mandi manda.. Seronok sungguh, lebih-lebih lagi agak lama juga tidak mandi manda.. Hm entah bila lagi akan menjalankan aktiviti ini .. Bagaimana dengan percutian anda semua?? Pastinya ada cerita seronok masing-masing.. Klik imej di bawah untuk melihat gambar-gambar saya dan adik-adik ketika di sana…

Bagi anda yang berminat untuk menghilangkan tekanan Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka merupakan tempat perkelahan yang menarik untuk dikunjungi.. Terletak 35km dari bandar Melaka ianya merupakan pantai yang indah dan bersih. Sesuai untuk keluarga dan juga untuk aktiviti berenang, memancing dan aktiviti di pantai.. Dan terdapat beberapa hotel dan chalet berdekatan bagi mereka yang inginkan percutian yang menyeronokkan.. Anda boleh merujuk kepada Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka .

p/s :- He he he.. Rasa macam ejen pelancongan plak.. Amacam ?? Ok ke taK??


Tags: , ,
Posted in Negeri Melaka | 10 Comments »
RSS