post

Khairy Sedia Jumpa FAM

Beberapa hari yang lalu, Menteri Belia dan Sukan seakan merajuk untuk memberi komen terhadap FAM tetapi ia bukan petanda sebenarnya. Mungkin beliau sedikit kecewa dengan maklumbalas yang diterima atas komen sebelum itu namun beliau masih sudi untuk bersemuka dengan FAM bagi membincangkan secara lebih serius mengenai masa depan bolasepak negara.

Naib Presidan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini bercadang untuk mengadakan pertemuan antara FAM dengan beliau namun Khairy selaku Menteri Belia dan Sukan ingin perbincangan itu membabitkan mereka yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi kedua-dua pihak. Khairy sebelum ini dikritik oleh pemimpin FAM dan enggan mengulas isu terbaharu berhubung wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada persatuan bolasepak negeri.

SUMBER- BERNAMA
Continue reading

Please follow and like us:
error0