post

Persatuan Sepaktraw Malaysia cari formula atasi masalah gugup

PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) mencari formula terbaik mengatasi masalah mental pemain negara yang sering gugup apabila turun berdepan Thailand.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, skuad negara sudah hampir menyamai Thailand dari segi kemahiran tetapi faktor mental membezakan kedua-dua pasukan berdasarkan prestasi skuad lelaki negara pada temasya Sukan SEA di Filipina tahun lalu.

Menurutnya, skuad itu hampir mencatatkan sejarah di Sukan SEA dengan menewaskan Thailand dalam final antara regu lelaki, namun hanya mula main baik pada set kedua.

“Thailand sudah menggunakan segala strategi dan kudrat dengan membawa masuk semua pemain simpanan, jika perlawanan masuk ke tie breaker, sudah pasti kita menang. Kelemahan kita ialah gugup dan gemuruh apabila bertemu Thailand.

“Jadi kami sedang mencari bantuan ahli psikologi atau kaedah terbaik untuk keluarkan perasaan itu untuk menewaskan Thailand pada masa hadapan,” katanya selepas mesyuarat bedah siasat Sukan SEA ke-30 di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Beliau berkata, bukan sahaja tekong kurang keyakinan untuk menerima bola daripada pemain Thailand, malah perejam sendiri tidak begitu yakin untuk membuat serangan berbahaya ke tempat lawan.

Bagaimanapun, Ahmad gembira apabila skuad sepak takraw negara berjaya mencapai sasaran dua pingat perak di Sukan SEA apabila meraih perak acara antara regu dan regu berpasukan lelaki, selain gangsa antara regu wanita.

“Bagi memantapkan lagi pasukan, skuad negara memerlukan perubahan dari segi latihan dan lebih banyak kejohanan di peringkat antarabangsa.

“Kelemahan paling ketara kita kekurangan kejohanan antarabangsa, amat kurang sekali. Kita minta MSN untuk lebih banyak pendedahan dan perkara ini akan dibincangkan pada Bengkel Periodisasi pada 29 Januari ini,” katanya.

Sumber :-Sinar Harian

Ligakampung.com berharap masalah gugup itu dapat diatasi segera oleh para pemain. Susah betul nak menang lawan Thailand ni.

Please follow and like us:
error0
post

Takraw Malaysia rangkul emas selepas 24 tahun

Selepas menunggu 24 tahun akhirnya sukan sepak takraw menghasilkan emas di Sukan Asia. Dalam kejohanan antara regu skuad negara yang diwakili oleh Syahir Rosdi, Zulkifli Abdul Razak, Norhaffizi Abdul Razak, Farhan Adam dan Azlan Alias berjaya menumpaskan Indonesia dalam perlawanan akhir sebentar tadi.
Selepas dikejutkan pada set pertama selepas tumpas 18-21, skuad negara seakan gementar berhadapan sokongan padu penyokong lawan sehingga ketinggalan 11-15 pada separuh masa kedua. Namun trio takraw negara berjaya mengejar sebelum menang dengan keputusan 22-20.
Pada set ketiga, skuad negara seakan mendapat tenaga baru dan berjaya mendapatkan mata demi mata sebelum memenangi perlawanan dengan keputusan 21-11.


Tahniah kepada skuad takraw negara yang akhirnya menamatkan kemarau emas dalam sukan takraw. Namun jangan terlalu gembira kerana kemenangan ini tanpa adanya skuad Thailand yang tidak bertanding.
Mungkin selepas ini skuad takraw perlu berpandangan lebih jauh untuk cuba menumbangkan Thailand dalam acara berpasukan pula.

Please follow and like us:
error0
post

Khairy bakal bertemu Presiden PSM

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sedia berjumpa dengan Presiden Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail, bagi mendengar penjelasan mereka mengenai kedudukan dan hala tuju sebenar badan induk itu.

Ahmad, dalam mesyuarat PSM bulan lalu, meluahkan keinginan untuk bertemu Khairy bagi mengemukakan perkara sebenar berkaitAN dengan pembangunan dan setiap program yang dilaksanakan mereka.

Ia selepas sepak takraw digugurkan daripada sukan teras dan Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 kerana didakwa tidak mempunyai program pembangunan yang mapan serta pelbagai kemelut di peringkat dalaman.

Khairy melahirkan kesediaannya untuk duduk semeja dengan badan induk itu dan berharap dapat memuktamadkan tarikh pertemuan selewat-lewatnya minggu depan.

“Tak apalah, biar saya jumpa dia dulu. Biar saya jumpa PSM. Selepas itu, kita tengok apa keputusan yang dibuat nanti.

“Biar saya dengar dan biarkan juga saya jelaskan kepada pihak PSM apakah sebab sepak takraw digugurkan daripada sukan teras,” katanya.

Beliau juga sedang meneliti tuduhan yang dilemparkan Ahmad terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) yang didakwa mempunyai konspirasi untuk menjatuhkannya daripada kerusi presiden sebelum membuat apa apa keputusan.

“Saya tidak pasti apa yang dia tuduh. Dia kata ada komplot dan bukti, saya pun tidak tahu apa-apa. Jadi, susah saya nak komen,” kata Khairy lagi.

Sumber :-Stadium ASTRO

Please follow and like us:
error0
post

Skuad takraw muncul naib juara Piala Dunia ISTAF 2017

HAJAT skuad lelaki negara muncul juara Piala Dunia ISTAF (Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa) tidak kesampaian apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand di Hyderabad, India dalam aksi dua set, hari ini.

Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada trio lelaki negara terutamanya pada set kedua apabila berjaya mencetus cemas kepada lawan dengan tidak memberikan kemenangan mudah dalam aksi di Stadium Tertutup Gachibowli itu.

Thailand yang merehatkan tekong berpengalaman, Siriwat Sakha sejak awal, akhirnya menurunkannya pada pertengahan set kedua menggantikan Krissanapong Nontakote dalam usaha menafikan kebangkitan trio negara yang dibarisi Syahir Rosdi (tekong), Hanapiah Dolah (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan).

Bagaimanapun trio negara terus mempamerkan kebangkitan ketika ketinggalan 15-18 untuk mengikat kedudukan dan mengekori rapat pungutan mata sebelum Thailand akhirnya menang 23-21 selepas berhempas-pulas.

Terdahulu pada set pertama, Malaysia kendalian Abdul Talib Ahmad turut mempamerkan semangat juang tinggi apabila tewas 19-21 terutamanya selepas menurunkan Hanapiah di hujung perlawanan menggantikan Norhafizi Razak sebagai perejam.

Barisan pemain Malaysia jelas masih perlu membaiki corak permainan sekiranya mahu mengulangi pencapaian menewaskan Thailand di Siri Super ISTAF pada 2015.

Thailand dilihat jelas mempunyai barisan pelapis berkualiti apabila tetap mampu mengulangi pencapaian edisi 2011 di Kuala Lumpur walaupun tidak membariskan beberapa pemain utama seperti Pornchai Kaokaew dan Anuwat Chaichana.

Gangsa diraih India dan Singapura, dua pasukan yang kecundang di separuh akhir.

Kategori wanita menyaksikan Thailand turut mengekalkan pencapaian 2011 apabila menewaskan Vietnam 21-11, 21-19 di final manakala gangsa dikongsi Malaysia dan Iran.

Sumber :-

Please follow and like us:
error0