post

SUKMA 18 : Khairy Puji Penganjuran

Penganjuran SUKMA telahpun melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu. Admin juga telah menyaksikan upacara penutup di Stadium Sarawak pada Ahad yang lalu.
Memang penganjuran yang cukup meriah selain kejayaan beberapa acara sukan meraih perhatian peminat sukan tempatan.

majlis-penutup-SUKMA

Dalam satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berpuas hati dengan penganjuran SUKMA yang disifatkan sebagai berjaya. Dalam SUKMA di Sarawak ini, enam rekod kebangsaan dan 57 rekod kejohanan berjaya dipecahkan oleh atlet-atlet.
Pelari sensasi negara, Khairul Hafiz Jantan yang berjaya memecahkan 1 rekod kebangsaan serta 3 rekod SUKMA dijangka akan diserapkan ke dalam Program Podium atas aksi cemerlangnya.

Pemecah-Rekod-SUKMA-2016

Beliau berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100m iaitu 10.30s yang sebelum ini dimiliki oleh Watson Nyambek melalui catatan 10.18s. Dengan kejayaan itu beliau meraih ‘atlet terbaik lelaki’.
Bagi ‘atlet terbaik wanita’ pula pemanah daripada Terengganu, Nur Aqilah Yusof berjaya dinobatkan selepas meraih tiga pingat emas dan dua gangsa pada temasya kali ini serta memperbaharui rekod kebangsaan 328 mata milik Mon Redee Sut Txi dalam acara 70m recurve wanita yang dilakukan pada Sukan SEA Vietnam pada 2003 dengan catatan 331 mata.
Selain itu beliau juga mencipta rekod SUKMA dalam acara recurve 60m wanita.

Kontinjen Selangor pula diumumkan sebagai juara keseluruhan temasya SUKMA selepas berjaya mengumpul 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa.
Ini merupakan kali kesembilan kontinjen Selangor merangkul gelaran juara SUKMA pada 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006 dan 2013.

Sumber : BERNAMA

Secara jujurnya SUKMA kali ini memberikan atlet-atlet yang berjaya. Semoga ia menjadi medan untuk melahirkan para pelapis negara. Semoga penganjur selepas ini iaitu negeri Perak akan menganjurkan SUKMA dengan lebih baik. Mungkin pada masa tu Ligakampung.com boleh buat liputan kot.

Please follow and like us:
error0
post

Pelari muda Melaka lebur rekod kebangsaan Watson Nyambek

Pelari muda negara, Khairul Hafiz Jantan yang mewakili Melaka dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 melakukan larian bertenaga sekaligus meleburkan rekod kebangsaan acara 100 meter yang sebelum ini dimiliki oleh lagenda Watson Nyambek.
Larian pantas itu dilakukan di Stadium Sarawak, Kuching dengan catatan masa 10.18 saat jauh dari catatan yang dipecahkan iaitu 10.30 saat oleh Watsun Nyambek pada 18 tahun yang lalu.

khairul-hafiz-jantan

Khairul yang sebelum ini layak ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Poland baru-baru ini merangkun emas manakala atlet tuan rumah, Jonathan Nyepa berjaya merangkul Perak manakala rakan senegeri Badrul Hisyam pula mendapat gangsa.
Catatan oleh kedua-dua atlet ini adalah 10.36 saat namun Jonathan Nyepa diberikan perak berdasarkan keputusan ‘photo finish’.

Sudah pasti kejayaan ini satu pencapaian luar dugaan kerana mampu mencatat masa yang cukup baik. Nampaknya keputusan beraksi di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2016 di Poland baru-baru ini memberikan impak positif kepada prestasi beliau.
Selain itu, diharap pencabarnya patut mempertingkatkan kualiti bagi mencabar Khairul Hafiz. Rakan sepelatih, Badrul yang lebih dahulu mendapat kemasyhuran perlu memikirkan semula kesilapan yang dilakukan untuk bangkit dan mengejar prestasi Khairul.

Lihat sahaja kejayaan Khairul yang bermula dengan menjuarai Kejohanan Junior Asia di Ho Chin Minh pada Jun lalu dan seterusnya bersaing hingga ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2016. Prestasi beliau seterusnya memuncak di Kejohanan SUKMA 2016 dengan memecahkan rekod kebangsaan. Bukan mudah tapi ianya satu kejayaan buat pelari berumur 18 tahun ini.

Pastinya dengan kejayaan ini memberikan potensi untuk negara merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017. Malahan ada juga yang menginginkan agar Khairul diberikan peluang di Sukan Olimpik Rio memandangkan masa yang dicatatkan sepatutnya layak untuk bertanding di Sukan Olimpik Rio 2016.
Cuma tarikh kelayakan telah tutup. Namun mungkin pihak KOAM boleh membantu sekiranya mereka ingin melihat jagoan muda ini beraksi di Olimpik.

Semoga Khairul dan para atlet terus maju lagi. Jangan hanya di peringkat SUKMA, sebaliknya cuba tawan ke peringkat antarabangsa.

Please follow and like us:
error0
post

Venue SUKMA Sarawak telah bersedia

Tahun ini Sukan Malaysia (SUKMA) ke 18 akan bermula pada 22 Julai ini dimana Sarawak menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan tempatan ini. Menurut Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak, Kameri Affendi kesemua 23 venue telah bersedia untuk menjadi gelanggang bagi 24 jenis sukan.

Kejohanan ini dijangka akan disertai oleh kira-kira 6,000 atlet dan pegawai dari seluruh negara dan Brunei. Perkampungan Sukan di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) akan menjadi lokasi penempatan bagi mereka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur SUKMA ke 18, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, kerajaan negeri telah membelanjakan kira-kira RM400 juta untuk menaik taraf venue sedia ada serta terdapat pembinaan kemudahan yang baru. Tamabahan RM50 juta juga diperuntukkan bagi kos operasi dan penganjuran temasya sukan di Sarawak ini.

Sarawak selaku tuan rumah akan menyenaraikan 548 atlet selaku pasukan tertinggi diikuti kontijen Selangor dan Perak. Pasukan Sarawak juga menyasarkan untuk menjadi juara keseluruhan bagi kejohanan SUKMA kali ini. Untuk rekod, kejohanan sebelum ini iaitu pada tahun 2014, pasukan Wilayah Persekutuan menjadi juara keseluruhan apabila mengondol 55 emas pada kejohanan yang berlangsung di Perlis itu.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dijangka merasmikan pembukaan temasya sukan itu di Stadium Sarawak pada 23 Julai, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyempurnakan majlis penutup pada 31 Julai. Berikut merupakan lokasi sukan-sukan yang akan berlangsung :-

Bandar Lokasi Sukan
Kuching  Stadium Sarawak Upacara pembukaan dan penutup, Olahraga
 Stadium Negeri Sarawak Bola sepak
Stadium Petra Jaya Taekwondo, Gymnastics (Artistic)
Stadium Majlis Perbandaran Kuching Selatan Gymnastics (Rhythmic), Tinju
Stadium Lawn bowls Sarawak Lawn bowls
Stadium Hoki Sarawak Hoki (Lelaki)
Padang Sekolah Hoki Paku Hoki (Perempuan)
Bukit Siol Kuching, Politeknik Matang, Federal Administrative Center Basikal
Sarawak Lawn Tennis Association Tennis
Sekolah Chung Hua Wushu
Stadium Akuatik Sarawak Akuatik
Gelanggang Skuash Sarawak Skuash
Megalane Bowling Center, Batu Kawa Bowling
Pusat Petanque Sarawak Petanque
Pusat Menembak Sarawak menembak
Kelab Golf Sarawak Golf
Samarahan Universiti Malaysia Sarawak Memanah
Stadium Indoor Kota Samarahan Pencak silat
Universiti Teknologi MARA Angkat Berat
Miri Stadium Miri Karate, Sepak takraw
Marina Bay Miri Sailing
Sibu Stadium Taman Rejang Stadium Bola Tampar
Stadium Indoor Sibu Badminton

 

** Sebarang perubahan tertakluk kepada para pengajur

Semoga kejohanan SUKMA kali ini dapat menghasilkan atlet-atlet yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. Sudah pasti ada antara mereka yang akan bertanding pada SUKAN SEA 2017 yang akan berlangsung di Malaysia.

Untuk maklumat terkini mengenai SUKMA 2016, sila layari laman web https://sukmasarawak2016.my/



Please follow and like us:
error0