post

Tahniah Haiqal, Raja Pecut Asia Tenggara yang baharu

Ketika impian untuk mengekalkan kejuaraan pecut 100 meter Sukan SEA tidak menjadi sasaran susulan pemenang edisi 2 tahun lalu, Khairul Hafiz Jantan yang merosot, tiba-tiba muncul penyelamat.
Penyelamat iaitu Haiqal Hanafi melakar kejutan pada perlawanan akhir acara pecut Sukan Asia Tenggara 2019 selepas berjaya mencatat 10.35 saat sekaligus memenangi pingat emas negara.
Meskipun catatan itu tidaklah terlalu baik namun pungutan pingat emas itu yang menjadi keutamaan dalam memastikan gelaran raja pecut masih kekal pada pelari Malaysia.
Kemenangan ini pasti akan menyemarakkan lagi persaingan bagi pelari pecut negara sekaligus memastikan pelapis-pelapis bersaing antara satu sama lain. Jika beberapa tahun selepas persaingan Watson, Azmi Ibrahim dan Nazmizan, kita ketandusan pelari berbakat,
Kini dengan kemenangan Haiqal pasti akan memberikan ramai lagi pilihan bagi jurulatih. Kita masih mengharapkan pemegang rekod 100 meter , Khairul Hafiz Jantan untuk bangkit selepas siri kecederaan dan dalam masa sama beberapa pelari mula menunjukkan peningkatan.
Cuma diharap pelari acara lain juga perlu diberi perhatian. Acara 400 meter nampaknya masih ketandusan pelari yang boleh diharapkan. Tak silap, dulu pernah dicadangkan untuk mencuba Badrul Hisyam tetapi sunyi je. Sekarang ni tak nampak siapa yang boleh pergi meningkat dalam acara 400 meter.

Apapun tahniah kepada Haiqal. Semoga beliau akan terus konsisten dalam acara 100 meter kerana usianya masih muda dan boleh meningkat lagi. Mungkin cabaran pada 2 tahun akan datang lebih kuat lagi.

Please follow and like us:
error0
post

Julian raih emas negara

MANILA, 1 Dis — Olimpian negara, Julian Yee beraksi cemerlang dalam acara iringan lagu ‘rock & roll’ untuk mempertahankan pingat emas dalam acara luncur ais lelaki Sukan SEA ke-30 di gelanggang luncur ais SM Megamall di sini, hari ini.

Berpakaian seluar hitam dengan leher bulat berwarna hitam dan putih, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu memperagakan aksi memukau dengan gaya putaran, lompatan dan tricks untuk mengungguli acara free skating dengan 139.27 mata.

Atlet berusia 22 tahun itu, yang mendahului saingan selepas mengumpul 63.4 mata pada acara short program Jumaat lalu, merangkul emas dengan jumlah pungutan 202.62 mata.

Pemenang pingat emas ditentukan menerusi pungutan mata tertinggi selepas dua program tersebut,

Peserta tuan tumah, Christopher Caluza merangkul pingat perak dengan 180.22 mata manakala wakil Thailand, Micah Kai Lynette mendapat gangsa dengan jumlah kutipan 174.06 mata.

Memilih rentak perlahan dan klasik lagu Kings and Queens, AC/DC dan Seven Nation Army, Julian berjaya menarik perhatian juri dan penonton dengan gaya menarik dalam saingan free skating selama empat minit itu.

“Saya cuba untuk melibatkan diri dengan penonton untuk membuat semua orang bersama saya, seolah-olah mereka turut meluncur bersama saya. Saya cuba melakukan persembahan lebih daripada meluncur.

“Saya agak terkejut apabila semua orang bersorak untuk saya, malah saya menjangka mereka akan memberi sokongan padu terhadap peluncur tuan rumah,” katanya kepada pemberita selepas persembahan tersebut.

Julian, yang merupakan peluncur Malaysia pertama beraksi di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan, berharap kejayaannya akan menarik perhatian lebih ramai ramai rakyat Malaysia menceburi dalam sukan musim sejuk seperti acara luncur air, figure skating dan ais hoki.

Terdahulu dalam acara wanita, dua wakil negara Aina Sorfina Mohd Aminudin menamatkan saingan di tempat keenam dengan mengumpul 85.24 mata manakala Chew Sze Chyi menghuni tempat kesembilan dengan catatan 71.76 mata.

Peluncur Singapura dan pemenang gangsa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Chloe Xuanling merangkul emas dengan jumlah kutipan 152.67 mata manakala Alisson Krystle Perticheto dari Filipina mengutip perak dengan 132.76 mata.

Peluncur Indonesia, Savika Refa Zahira membawa pulang pingat perak dengan 100.8 mata.

— BERNAMA

Tahniah Julian yang berjaya memenangi emas . Ia pasti menjadi suntikan moral untuk ke Olimpik tahun hadapan.

Please follow and like us:
error0