post

24 Acara Sukan SEA 2017 disiar secara langsung

 

Menteri  Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin dalam kenyataan menyatakan bahawa 24 acara bakal disiarkan secara langsung sepanjang temasya Sukan SEA 2017 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos depan.

Menurutnya, terdapat 15 syarikat penyiaran daripada tujuh negara Asia Tenggara (ASEAN) yang akan menyiarkan 24 acara sukan utama secara langsung.

Ujar beliau, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA 2017 (Masoc) bekerja keras untuk memastikan siaran temasya tersebut dapat disiarkan ke seluruh dunia termasuk siaran langsung atas talian (internet).

“Dijangka sebanyak 24 jenis sukan akan medapat liputan secara langsung dan kita juga akan mengetahui  informasi setiap jenis sukan itu secara menyeluruh,” jelasnya pada mesyuarat bersama syarikat penyiaran sempena Kuala Lumpur 2017 pada Selasa.

| Laman Web Rasmi Sukan SEA 2017 |

Antara 24 jenis sukan yang terlibat adalah acara olahraga, renang, terjun, synchro, polo air, bola sepak, berbasikal (trek), boling, biliard dan snuker, ragbi (tujuh sebelah), angkat berat, gimnastik (dua), luncur ais, ping pong, tinju, muay thai, karate, taekwando, pencak silat, wushu, bola keranjang, badminton, bola jaring, sepak takraw, skuasy, memanah dan hoki.

Dalam pada itu, Khairy turut memberitahu bahawa KL Sport City kini sudah pun siap 80 peratus dan dijangka lengkap sepenuhnya pada Julai ini seperti yang dijadualkan.

“Velodrom Nilai akan dibuka pada April ini. Dan dalam pada itu terdapat pelbagai program yang bakal dianjurkan sebelum Sukan SEA seperti telah berlangsung Larian Baton dengan melibatkan beberapa buah ibu negara seperti Bandar Seri Begawan, Manila. Vientiane dan Yangon (minggu lalu).

“Dan saya akan ke Bangkok minggu ini bagi menyertai Larian Baton dan saya difahamkan Thailand akan menganjurkan acara itu secara besar-besaran  bagi menyokong Sukan SEA ini,” jelasnya.
MStar

Pastinya ia satu berita yang baik untuk para peminat sukan tempatan. Pasti ada peluang untuk menonton siaran langsung walaupun tidak berpeluang untuk berada di lokasi pertandingan. Semoga ia akan meningkatkan lagi imej sukan Malaysia di mata dunia.

Please follow and like us:
error0
post

Myanmar boleh sertai Sukan SEA 2017

Malaysia melalui Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak akan menghalang penyertaan pasukan Myanmar pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur walaupun negara tersebut berhadapan konflik penindasan tentera terhadap etnik Rohingya.
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar, masalah yang dihadapi oleh negara tersebut tidak sepatutnya menjadikan sukan sebagai mangsa.

“Saya berpendapat, kita tidak seharusnya mencampuradukkan politik dan sukan kerana jika kita berbuat demikian, sampai bila ia akan berakhir? “Sukan adalah permainan yang mana kita meninggalkan segala berkaitan politik, agama dan bangsa di belakang. Jika kita membiarkan elemen itu berada dalam sukan, maka sukan itu sendiri akan mati,” katanya. Tunku Imran berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif MOM ke-180 di Wisma OCM,
– BERNAMA


Ligakampung.com agak bersetuju dengan keputusan MOM. Walaupun dihati memang membara tentang Myanmar namun dari sudut sukan mungkin ia perlu dipisahkan dari isu yang tidak berkaitan. Ini hanya pendapat kami sahaja.

Please follow and like us:
error0