post

Skuad Bolasepak Pungut 3 Mata Aksi Pembukaan Sukan SEA 2017

Pasukan bola sepak negara memulakan aksi pembukaan dengan kemenangan sekaligus memungut 3 mata pertama apabila menumpaskan pasukan Brunei.
Pasukan bawah 22 tahun yang dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee ini memulakan aksi dengan baik apabila penyerang berbisa, Safawi Rashid melakukan satu volley kencang hasil hantaran Mathew Davies pada minit ke 4 untuk memberikan pendahuluan kepada skuad Malaysia.

Pasukan negara dikejutkan dengan jaringan penyerang Brunei, Mohamed Zulkhairy Hady pada minit ke 12 selepas kelekaan Adam Nor Azlin yang memberikan ruang kepada penyerang Brunei itu untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal. Tersentak dengan jaringan itu, barisan muda negara cuba menyerang namun gagal menemui penyudah.
Separuh masa pertama berkesudahan dengan kedudukan terikat 1-1. Di separuh masa kedua, pemain pertahanan versatil, Adam Nor Azlin berjaya menjaringkan gol melalui tandukan hasil hantaran Safawi Rashid pada minit ke 60. Gol tersebut memberikan kelegaan kepada barisan negara yang terus mencuba untuk mendapatkan gol ketiga.

Safawi Rashid dikeluarkan pada penghujung perlawanan namun tiada gol terhasil selepas itu. Pasukan negara berjaya memungut mata penuh dalam perlawanan pertama dan pasti perlawanan selepas ini lebih getir apabila perlu melayan pasukan jiran, Singapura pada hari Rabu nanti.
Secara keseluruhan, kami mendapati terdapat kelonggaran pada barisan serangan yang sering buntu mencipta jaringan. Malahan terdapat banyak situasi ‘winger’ tiada sokongan untuk menghantar ke dalam kotak penalti. Mungkin Ong Kim Swee kena memberikan penekanan terhadap situasi off ball terutama ketika dalam kotak penalti.
Terlalu banyak peluang yang tidak dapat disudahkan dan sekiranya ia berterusan mungkin mampu dihukum oleh pihak lawan. Mungkin persefahaman antara para pemain belum cukup baik sebab banyak juga hantaran yang tidak dapat dibaca oleh kawan-kawan.

Diharap mereka dapat cepat menyesuaikan diri untuk merealisasikan emas bagi IBU segala pingat ini.

Please follow and like us:
error0
post

Malaysia hantar kontinjen terbesar

MALAYSIA disahkan menghantar kontinjen terbesar yang akan beraksi dalam Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur (KL2017) yang membuka tirai dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan akan menghantar 844 atlet iaitu 469 atlet lelaki dan 375 alet wanita, sekali gus menjadikan penglibatan atlet negara sebagai yang terbesar dalam sejarah temasya dwitahunan itu.

Setiausaha Kehormat, Datuk Low Beng Choo berkata Thailand membariskan kontinjen atlet kedua terbesar dengan 818 atlet.

“Kalau dilihat daripada jumlah keseluruhan, Thailand adalah kontinjen terbesar dengan melibatkan seramai 447 pegawai manakala kontinjen Malaysia pula disertai oleh 390 pegawai,” katanya.

Untuk edisi ke-29 kali ini, Thailand menghantar kontinjen terbesar dengan 1,265 orang (atlet dan pegawai) dan diikuti Malaysia (1,234), Indonesia (948), Singapura (840), Filipina (762), Vietnam (684), Laos (293), Kemboja (261), Brunei (172) dan Timor-Leste (69).

Bagaimanapun jumlah kontinjen Myanmar hanya akan dimuktamadkan hari ini, kata Beng Choo selepas mesyuarat majlis eksekutif MOM di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut beliau semua kontinjen akan ditempatkan di hotel seluruh ibu negara selain turut membahagikan atlet mengikut 11 kluster sukan.

Hotel terkemuka yang terlibat ialah Hotel Renaissance Kuala Lumpur sebagai penginapan rasmi kontinjen Malaysia; Hotel Royal Chulan (Brunei); Hotel Sunway Putra (Kemboja dan Filipina); Hotel The Royale Chulan Bintang (Indonesia); Hotel Swiss Garden (Laos); Hotel Federal Kuala Lumpur (Myanmar); Hotel Double Tree by Hilton (Singapura); Hotel Istana (Thailand) serta Hotel Berjaya Times Square (Timor-Leste dan Vietnam).

Sementara itu, beliau berkata acara Chinlone dalam sukan sepak takraw kekal menjadi taruhan pingat emas pertama pada KL2017 pada 16 Ogos di Stadium Titiwangsa.

“Dua acara iaitu Chinlone dan memanah akan menawarkan pingat pada hari berkenaan. Tapi Chinlone dijangka habis terlebih dahulu dan pingat pertama akan hadir dari acara brrkenaan,” katanya. –Bernama

Sememangnya ia perkara biasa bagi pasukan tuan rumah untuk menghantar senarai atlet tertinggi. Walaubagaimanapun diharap pasukan atlet dapat memanfaatkan beraksi di gelanggang sendiri untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pengurusan masing-masing.

Please follow and like us:
error0
post

Nama Atlet Pingat Emas di Pokok

Atlet Malaysia yang memenangi pingat emas bukan sahaja akan mendapat insentif malahan nama mereka kan disemadikan di pokok yang ditanam melalui Inisiatif Hijau Sukan SEA 2017.
Sebanyak 5,249 pokok yang akan ditanam bagi inisiatif Hijau Sukan SEA itu. Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, program itu akan dimulakan sehingga Mac 2018 iaitu sama dengan jumlah pingat dipertandingkan di Sukan SEA bagi meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan untuk pemuliharaan biodiversiti.

“Penanaman pokok ini akan mengimbangi karbon yang dilepaskan. Selain itu, selari dengan misi mahu meninggalkan legasi bermakna, kita juga menyokong usaha membaik pulih hutan,” katanya berucap di majlis pelancaran program Satu Pingat, Satu Pokok yang juga fasa pertama program Inisiatif hijau berkenaan membabitkan empat fasa di Bandar Sukan Bukit Jalil, hari ini.

Menurutnya, fasa kedua ialah pemberian anak pokok kepada atlet di podium ketika mereka dikalungkan pingat.

“Fasa keempat pula, kami merancang menanam pokok di beberapa kawasan di Perak, Kelantan dan Terengganu iaitu lokasi sebahagian Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS),” katanya.

Antara usaha diperkenalkan melalui inisiatif ini ialah KL2017@School, Sukarelawan Hijau, galakan menaiki kenderaan awam, penyediaan perkhidmatan mesra alam seperti penggunaan basikal percuma dan perkhidmatan pengkomposan sisa makanan.

Khairy berkata, usaha ini adalah sebahagian usaha kerajaan untuk menjadikan KL2017 sebagai temasya hijau.

KL2017 berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos bagi Sukan Sea dan 17 hingga 23 September 2017 bagi Sukan Para ASEAN.
-HMetro

Please follow and like us:
error0
post

Tiket Sukan SEA 2017 telah mula dijual

KUALA LUMPUR: Tiket bagi menyaksikan acara Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mula dijual pada Selasa ( 4 Julai 2017).
Tiket yang berharga antara RM10 hingga RM20 dijual secara atas talian di www.kualalumpur2017.com.my manakala penjualan di beberapa pusat jualan akan dimaklumkan kemudian.

|Beli Tiket Sukan SEA secara Online |
Sebanyak 19 acara memerlukan tiket termasuk upacara pembukaan dan penutup yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata inisiatif penjualan tiket dilakukan kerana adanya had kapasiti di sesetengah lokasi pertandingan dan penjualan tiket menjadi mekanisme untuk mengawal kehadiran penonton secara lebih sistematik.
“Kami menyedari akan keperluan untuk memastikan kehadiran penonton terutamanya bagi acara yang dianggap sebagai mempunyai permintaan tinggi atau digemari ramai, dapat diatur dengan lebih sistematik dan terkawal.
“Atas sebab ini, keperluan untuk menjual tiket bagi lokasi pertandingan yang kapasiti penontonnya terhad berbanding dengan permintaan, perlu kami perkenalkan,” katanya pada majlis pelancaran penjualan tiket KL2017 di Bukit Jalil, Selasa.

jadual tiket

Jadual Sukan SEA

Antara acara sukan yang memerlukan tiket ialah akuatik (terjun, renang, renang berirama dan polo air), badminton, gimnastik, karate, taekwondo, pencak silat, futsal, bola jaring, ragbi, berbasikal (trek), bola keranjang, sepak takraw, biliard dan snuker, muay dan bola sepak.

Dalam pada itu, sebanyak 32 acara lain dapat ditonton secara percuma seperti akuatik (renang terbuka), memanah, olahraga, tenpin boling, tinju, kriket, berbasikal (BMX dan lebuh raya), ekuestrian, lawan pedang, golf, hoki, hoki ais, luncur ais, judo, boling padang, petanque dan layar.
Sementara itu pada sidang media kemudianya, Khairy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) berkata bagi memastikan tidak berlaku penjualan tiket haram atau ulat tiket, setiap individu dihadkan pembelian kepada empat tiket sahaja.

“Kita hadkan pembelian tiket sama ada secara online dan di kios, kita hadkan maksimum empat tiket bagi setiap pembeli.
“Kita juga akan ada sukarelawan di luar venue bagi memastikan tidak berlakunya penjualan tiket haram.
“Harga tiket pula adalah berpatutan dan penyokong serta peminat acara sukan itu pastinya bersedia untuk membeli. Untuk pusingan awal harga RM10, pada pertengahan acara RM15 dan final RM20,” katanya.
Selain itu, Khairy berkata jumlah keseluruhan tiket dicetak bagi temasya dwitahunan itu, bagaimanapun bergantung kepada permintaan serta mengambil kira keperluan daripada negara peserta.
“Belum ada jumlah yang tepat sebab kita akan keluarkan lebih banyak kalau permintaannya tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, bagi Sukan Para Asean, beliau berkata tiada tiket dikenakan untuk semua acara.-Bernama

Please follow and like us:
error0
post

Yuan Yufang buru Emas kelapan

Atlet kelahiran China, Yuan Yufang telah membuat kenyataan untuk bertanding dalam Sukan SEA 2017. Beliau yang bertugas sebagai jurulatih jalan kaki negara mengambil keputusan meninggalkan kerjaya bagi membuat penampilan semula dalam temasya di Kuala Lumpur pada Ogos ini.
Wanita berusia 41 tahun ini sudah memenangi tujuh pingat emas di pentas Sukan SEA dengan kali terakhir dilakukan pada edisi 2009.

Beliau yang telah mendapat kerakyatan Malaysia pernah membuat penampilan dalam tiga temasya Sukan Olimpik selain Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
Ligakampung.com cukup mengkagumi keberanian dan kegigihan beliau untuk kembali beraksi walaupun dalam usia telah melepasi angka 40 tahun.

Pasti bukan mudah untuk beliau bersaing dengan atlet yang lebih muda namun iltizam dan keyakinan telah ditunjukkan apabila berjaya memenangi beberapa kejohanan marathon.
Semoga berjaya mencapai impian emas kelapan Sukan SEA.

Please follow and like us:
error0
post

Tajaan untuk Sukan SEA 2017 melepasi sasaran

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan penajaan bagi penganjuran Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sudah melepasi sasaran. Beliau berkata, setakat ini Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) sudah menerima keseluruhan penajaan berjumlah RM82.6 juta berupa wang tunai dan barangan serta perkhidmatan.

 

“Wang tunai yang berjaya dikumpul berjumlah RM25 juta manakala barangan dan perkhidmatan hampir RM58 juta,” katanya selepas menyaksikan perjanjian penajaan antara Royal Selangor yang diwakili Pengarah Eksekutifnya, Chen Thien Yue dengan Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar, Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo dan Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, John Ng.

Royal Selangor menjadi rakan penaja Perak ketujuh dan Rakan Pingat Rasmi bagi penganjuran kedua-dua temasya itu yang akan berlangsung pada Ogos dan September depan. Lebih 1,200 pingat – emas, perak dan gangsa – yang menjadi buruan 7,000 atlet dan pegawai diperkenalkan secara rasmi hasil sentuhan pengeluar pewter Malaysia, Royal Selangor.

 

“Kemuncak kejayaan dalam sukan berprestasi tinggi adalah sama ada anda layak untuk dikalungkan pingat di leher. “Selepas berusaha keras, segalanya terarah kepadanya, tidak kira sama ada berdiri di atas podium sambil menunjukkan pingat kepada lensa kamera atau ketika di dalam bekas kaca, pingat ini memainkan peranan yang penting,” kata Khairy.

Sumber di :BHarian

Please follow and like us:
error0
post

GRAB, RAKAN PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PANGGILAN KERETA BAGI ACARA SUKAN SEA KE-29 DAN SUKAN PARA ASEAN KE-9

Penyedia perkhidmatan tempahan kereta pertama di Malaysia yang menjadi rakan kepada acara sukan terbesar di rantau ini.

Para penyokong boleh menikmati perjalanan yang lancar, selamat, mudah dan selesa untuk ke acara sukan kegemaran mereka.

Grab, menyokong Inisiatif Sukan Hijau KL2017.

 

Petaling Jaya, 23 Mei 2017 Grab, penyedia perkhidmatan panggilan kereta dan platform pelbagai perkhidmatan lain, hari ini telah memeterai perjanjian untuk menjadi penaja emas dengan gelaran Penaja Pemanggil Kenderaan Pengangkutan Rasmi bagi acara Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, yang turut dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akan datang.

Penajaan ini menjadi salah satu detik bersejarah bagi Grab, yang bakal meraikan ulang tahunnya yang ke lima, memandangkan ini merupakan kali pertama sebuah syarikat penyedia perkhidmatan tempahan kereta menaja temasya sukan yang terbesar di Asia Tenggara.

Mewakili Grab pada majlis pengumuman dan menandatangani memorandum persefahaman mengenai penajaan itu ialah Ketua Pengurus Grab Malaysia, Sean Goh manakala Kementerian Belia dan Sukan diwakili oleh Ketua Setiausaha, Datuk Lokman Hakim Ali.

Turut hadir menyaksikan pertukaran perjanjian berkenaan ialah Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Gen. Khairy Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Grab, Anthony Tan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk M. Saravanan, Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Ybhg Dato’ Seri Zolkples Embong, dan Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Ng Keng Chuan.

“Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami merasa amat teruja kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada acara ini. Pertama sekali, penyertaan kami mengukuhkan lagi komitmen kami  untuk memastikan semua atlet, penyokong serta para pelancong mempunyai akses kepada perkhidmatan pengangkutan yang selamat, mudah dan selesa. Keduanya, kami mahu membantu mewujudkan suasana acara yang mesra alam sekitar dengan mengurangkan kesesakan trafik untuk pergi ke tapak acara dan di sekitar kawasan temasya sukan, sekali gus mengurangkan pengeluaran karbon,” kata Goh.

Selain daripada itu, perluasan Grab ke 12 pekan dan bandar utama seperti Langkawi dan Nilai pada tahun ini sahaja, beserta dengan fungsi-fungsi terbaharunya seperti GrabShare (perkhidmatan kongsi kenderaan atas permintaan), GrabChat (sistem pesanan ringkas dalam aplikasi) dan GrabPay (pilihan pembayaran tanpa tunai), bakal menjadikan pengalaman perjalanan mereka yang lebih baik. Para peminat sukan tidak perlu risau lagi tentang arah perjalanan yang dituju, isu tempat meletak kenderaan, tawar-menawar harga dan komunikasi dengan pemandu (terutamanya untuk para pelancong).

YB Brig. Gen. Khairy Jamaluddin selaku pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia untuk KL2017 (MASOC) mengalu-alukan penglibatan Grab dan menganggap syarikat berkenaan sebagai rakan yang ideal bagi KL2017.

“Sesungguhnya, kerjasama dengan Grab adalah tepat memandangkan KL2017 mengsasarkan untuk menjadi salah satu acara Sukan Hijau yang mempromosikan kesedaran tentang alam sekitar serta amalan kelestarian di dalam kalangan orang ramai dan peminat sukan. Saya menggalakkan semua orang agar menggunakan pengangkutan awam di sepanjang acara sukan ini berlangsung bagi membantu mengurangkan pengeluaran karbon,” kata YB Brig. Gen Khairy.

Ini merupakan kali ke-enam Malaysia diberi penghormatan untuk menganjurkan acara Sukan SEA dan kali ke-tiga menganjurkan Sukan Para ASEAN. Penganjuran temasya sukan berkenaan akan bertambah meriah kerana ia bakal berlangsung pada bulan Ogos ketika rakyat Malaysia menyambut bulan kemerdekaan negara yang ke-60. Sukan SEA ke-29 bakal berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos manakala Sukan Para ASEAN ke-9 pula akan berlangsung daripada 17 sehingga 23 September. Sebanyak 405 acara melibatkan 38 jenis sukan bakal dipertandingkan di temasya sukan kali ini yang akan disertai oleh para atlet daripada 11 negara di Asia Tenggara.

 

Tentang Grab

Grab adalah platform permintaan pengangkutan terkemuka di Asia Tenggara. Grab telah menyelesaikan cabaran pengangkutan yang kritikal bagi merealisasikan kebebasan pengangkutan untuk 620 juta penduduk Asia Tenggara. Grab bermula sebagai aplikasi permintaan teksi pada tahun 2012 dan kini telah memperluaskan platform produk utama seperti permintaan kereta peribadi dan motorsikal. Grab fokus untuk menerajui kaedah alternatif perjalanan bagi pemandu dan penumpang serta memberi keutamaan kepada kesenangan, keselamatan dan boleh dipercayai. Sebagai sebahagian daripada budaya Grab yang sering berinovasi, Grab sedang menguji perkhidmatan baru seperti perkongsian kereta secara sosial, begitu juga dengan perjalanan pendek dan penghantaran makanan. Buat masa ini Grab menawarkan perkhidmatan di Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Myanmar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.grab.com.

 

Media Contacts

Regina Robin

(Grab)

regina.arumugam@grab.com

012 506 8854

Aghilan Ramachandran (Alan)

(Strategic Public Relations Group)

aghilan.ramachandran@sprg.com.my

017 394 6681

 

Please follow and like us:
error0
post

Sukan SEA: Sandaran terbesar negara menerusi sukan renang

ASUM akan menjadi lubuk emas buat negara apabila bakal turun dengan kontinjen terbesar negara dalam temasya dari 19 hingga 31 Ogos depan itu, dengan menampilkan seramai 93 atlet untuk mewakili lima jenis sukan, iaitu renang, renang terbuka, renang berirama, terjun dan polo air.

“ASUM agak tertekan kerana dijangka menyumbang pingat emas yang besar tetapi itu semua bergantung kepada prestasi pada hari pertandingan,” kata Mae.

renang

Beberapa persatuan lain seperti Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persatuan Memanah Malaysia (NAAM) pula berpuas hati apabila cadangan mereka diterima oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), menjelang fasa ketiga Kita Juara.

“Kami telah membentangkan senarai 20 atlet lelaki dan 13 atlet wanita.

“Mereka telah diterima oleh MOM untuk diserapkan dalam fasa ketiga Program Kita Juara,” ujar ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas.

Skuad memanah pula berpuas hati untuk menetapkan sasaran empat emas menerusi satu emas daripada acara recurve dan tiga daripada acara compound.

Mesyuarat ini akan disambung sehingga esok apabila 18 persatuan lagi akan menghantar senarai nama atlet mereka untuk menggalas misi dalam Sukan SEA nanti

– Stadium ASTRO

Renang memang merupakan antara lubuk emas dalam mana-mana acara sukan. Jadi sememangnya ASUM selaku badan yang berkaitan dengan sukan renang ini perlu memastikan pencapaian terbaik apatah lagi acara Sukan SEA kali ini bakal berlangsung di gelanggang sendiri. Pasti mereka mahu mencapai emas yang banyak sekaligus menyumbang kepada kejayaan pasukan Malaysia secara kolektif dalam Sukan berprestij Asia Tenggara ini.

 

Please follow and like us:
error0