post

Welson Sim tetap taruhan

UALA LUMPUR, 12 Nov — Atlet renang negara, Welson Sim tetap menjadi sandaran utama untuk mengekalkan tiga pingat emas pada temasya Sukan SEA Filipina 2019 yang akan membuka tirai pada 30 Nov hingga 11 Dis ini.

Ketua jurulatih renang negara, Chris Martin berkata atlet berusia 22 tahun yang kini menjalani latihan di Melbourne, Australia akan menyertai skuad renang di Clark.

“Dia akan terus pergi ke Filipina untuk berjumpa dengan kami kerana jurulatihnya mahu dia terus berada di sana, jadi dia akan bertemu kami di sana,” katanya pada sidang media Team Malaysia Sukan SEA 2019 hari ini.

Sementara itu, pengurus pasukan renang, Liee Yien Yee mengesahkan seorang lagi perenang negara Tern Jian Han tidak dapat beraksi pada temasya dwitahunan itu ekoran kecederaan dan tempatnya akan digantikan dengan atlet muda, Steve Khiew Hoe Yean.

“Yang akan ganti (Jian Han) adalah Steve Khiew. Dia memang ada potensi serta sangat rajin dan komited dalam latihan untuk Sukan SEA seterusnya dan ini adalah masa untuk dia mendapat pendedahan,” katanya.

Seramai 15 atlet bakal menggalas cabaran dalam 36 disiplin yang dipertandingkan dalam acara renang bermula pada 4 Dis.

Malaysia menyasarkan tiga pingat emas pada edisi kali ini dan yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan kejayaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Untuk rekod, sukan akuatik tampil cemerlang pada edisi lepas apabila menghadiahkan keseluruhan 20 pingat emas buat kontinjen negara termasuk lima dalam acara renang.

— BERNAMA

Diharap Welson dapat pergi lebih jauh lagi pada Sukan SEA kali ini. Mungkin dapat mencipta lebih banyak rekod selain memastikan rekod pada Sukan SEA lepas dapat dikekalkan.

Please follow and like us:
error0
post

Hak Penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 ditarik balik

LONDON – Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Kuching, Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Keputusan tersebut diputuskan oleh ahli lembaga IPC dalam satu mesyuarat yang diadakan di London ekoran keengganan Malaysia yang tidak membenarkan atlet renang para Israel mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.

Presiden IPC, Andrew Parsons berkata, mana-mana negara yang dilantik dalam menganjurkan kejohanan tertentu harus bersifat terbuka dengan membenarkan atlet yang layak beraksi dengan bebas mewakili negara masing-masing.

“Apabila penganjur kejohanan menafikan hak sebilangan atlet dalam menyertai kejohanan berkenaan atas beberapa sebab politik, kami tidak mempunyai cara lain selain mencari penganjur baharu.

“Pada September 2017 apabila IPC menandatangani kontrak dengan Majlis Paralimpik Malaysia tentang hak penganjuran kejohanan ini, kami telah bersetuju untuk memastikan semua atlet yang layak bersaing boleh mengambil bahagian termasuk jaminan keselamatan para atlet.

“Ketika ini kami akan mencari penganjur baharu untuk kejohanan ini yang juga pentas untuk melayakkan diri ke temasya Paralimpik di Tokyo 2020, Jepun. Kami akan memastikan tarikh serta syarat yang ditetapkan untuk kejohanan ini kekal,” katanya dalam satu kenyataan di London, semalam.

[ 10 Sebab Kenapa Sukan Renang Terbaik untuk diPelajari ]

Sebelum ini Malaysia melalui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding di kejohanan tersebut disebabkan dasar luar negara yang tidak mengisytiharkan Israel sebagai negara yang sah.

Kira-kira 600 atlet dari 60 negara dijangka akan mengambil bahagian beraksi di kejohanan Renang Para Punia 2019. – Agensi.

Ligakampung.com bersetuju dengan pendirian Perdana Menteri Malaysia. Cuma mungkin kerugian terpaksa ditanggung oleh Kesatuan Renang Malaysia akibat dari pembatalan penganjuran sukan renang di Malaysia ini.

Please follow and like us:
error0
post

SUKMA 2018 : Rekod kebangsaan dipecahkan di kolam renang

Selepas menunggu tujuh hari, satu rekod kebangsaan berjaya dipecahkan oleh perenang kebangsaan Tia’a Faang Der dari Johor.
Faang Der memecahkan rekod kebangsaan milik Sebastian Soo dari Wilayah Persekutuan yang dicatatkan pada Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN pada Julai lalu dalam acara 400 meter(m) rampaian individu lelaki.

Catatan yang dilakukan oleh Faang Der iaitu 4 minit 30.48 saat itu mengatasi masa sebelum ini iaitu 4 minit 30.85 saat.
Selain itu rekod SUKMA yang telah berusia 16 tahun milik perenang Sarawak Die Uang Manggan dari Sarawak pada edisi SUKMA 2002 juga berjaya dipecahkan (4 minit 34.14 saat).

Walaupun begitu, catatan tersebut masih jauh dari catatan rekod 400 meter rampaian dalam SUkan SEA yang dilakukan oleh perenang dari Vietnam iaitu Nguyen Huu Kim Son yang berjaya mengondol emas pada SUkan SEA 2017 di Kuala Lumpur dimana beliau mencatatkan masa 4 minit 22.12 saat.
Diharap kejayaan Faang Der ini bukanlah penamat bagi beliau untuk mengejar rekod seterusnya. Semoga beliau mampu memperbaiki kerana negara agak ketandusan perenang yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

 

Begitu juga kepada atlet SUKMA yang lain, agar meneruskan impian untuk memperbaharui rekod kebangsaan dan terus untuk mencuba mendapatkan catatan yang terbaik.

Please follow and like us:
error0
post

Welson Sim pecah dua rekod kebangsaan di Piala Dunia Beijing

Perenang negara, Welson Sim beraksi cemerlang apabila memperbaharui dua rekod kebangsaan pada Piala Dunia Renang FINA di Beijing yang berakhir hari ini.

Welson memecahkan rekod kebangsaan acara 400 meter gaya bebas selepas mencatat tiga minit 48.93 saat untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan keseluruhan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional di Beijing bagi membaiki rekod 3:50.87s yang dicatat Daniel Bego pada Piala Dunia Singapura 2013.

Pada saingan semalam, Welson turut memecah rekod kebangsaan 200m gaya bebas milik Daniel (Piala Dunia Singapura 2013) 1:49.21s, apabila merekodkan 1:48.25s untuk berada di kedudukan 17 keseluruhan.

| Tak tahu Berenang ? Jom Belajar Berenang Tanpa Perlu Mendaftar Yuran Kelas Berenang |

“Rasa gembira apabila saya dapat menambah rekod kebangsaan dalam renang jarak pendek ini ke dalam pencapaian rekod (jarak jauh) saya sebelum ini,” kata perenang dari Sarawak yang memenangi dua emas pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Ogos lalu.

“Banyak yang saya pelajari apabila dapat bersaing di sini kerana rentak renangan adalah berbeza daripada apa yang saya biasa sebelum ini (jarak jauh).”

Sementara itu, perenang negara – Keith Lim, Tern Jian Han dan Chan Jie turut menampilkan persembahan mengagumkan.

Keith merekodkan 22.55s (ke-21) dalam acara 50m gaya bebas untuk membaiki rekod kebangsaan 23.15s yang dilakukan oleh Lim Ching Hwang juga pada Piala Dunia 2013 Singapura.

Jian Han mencatatkan 53.70s (ke-14) dalam acara 100m kuak kupu-kupu lelaki, menyaksikan dia menghampiri rekod kebangsaan, Tan Gin Yu (57.49s) sementara Chan Jie merekodkan 54.43s (ke-16) dalam acara yang sama.

Dapatkan pakaian Renang Professional Dari Arena. Klik Gambar untuk maklumat lanjut

Seluar Renang Arena

Please follow and like us:
error0
post

Renang Terbuka Sukan SEA 2017: Perenang Lelaki dan Wanita Sapu Bersih Emas

Acara sukan renang terbuka 10 kilometer yang berlangsung di Tasik Putrajaya mencatat keputusan membanggakan apabila ianya dimenangi oleh perenang Malaysia bagi kategori lelaki dan wanita.
Acara lelaki dimenangi oleh Kevin Yeap yang berjaya mendominasi perlumbaan untuk dinobatkan sebagai juara. Kevin yang mencatatkan masa 2:03:18 itu juga mengumumkan persaraan beliau dalam sukan renang.
Beliau yang sebelum ini merupakan perenang acara tertutup berjaya mencipta sejarah sebagai perenang pertama memenangi pingat emas dalam kategori terbuka dan tertutup dalam Sukan SEA.
Sebelum ini, Kevin pernah memenangi acara 400meter gaya bebas di SUkan SEA Jakarta pada tahun 2011.
Selain Kevin, seorang lagi perenang berusia 18 tahun, Wong Jun Bin menamatkan pertandingan di tempat keenam dengan catatan 2:12:26.

Bagi acara wanita pula, Heidi Gan berjaya mengondonl emas selepas mencatatkan masa 2:16:27 untuk renangan 10 kilometer itu. Perenang tempat kedua dari Thailand, B Sruphanomthorn ketinggalan 5 minit manakala perenang Singapura Chantal Liew di kedudukan ketiga dalam masa 2:21:30.
Ia merupakan emas ketiga bagi perenang berusia 29 tahun yang berjaya memenangi kategori 5 kilometer dan 10 kilometer pada edisi 2011 di Indonesia.

| Tak tahu Berenang ? Jom Belajar Berenang Tanpa Perlu Mendaftar Yuran Kelas Berenang |

Seperti Kevin, Heidi juga sebelum ini pernah mewakili acara tertutup pada SUkan SEA 2007 dan 2009 sebelum mengubah ke acara terbuka selepas menyambung pelajaran di Australia.

| Heidi Gan Siap Sedia Hadapi SUkan SEA 2017 |

Beliau juga telah mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik 2012 dan 2016 selepas berjaya mencatat kelayakan Olimpik. Pada Sukan Olimpik 2016 yang lalu beliau berjaya mencatatkan masa 1 jam 59 minit 07.9 saat iaitu 3 minit di belakang pemenang.

Kredit Gambar : Instagram Heidi Gan

Dapatkan pakaian Renang Professional Dari Arena. Klik Gambar untuk maklumat lanjut

Seluar Renang Arena

Please follow and like us:
error0
post

Perenang negara, Heidi Gan bersedia menghadapi Sukan SEA 2017

JAGUH renang terbuka negara, Heidi Gan tidak memandang mudah barisan pencabarnya pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (Kl2017).

Walaupun dia pernah menggenggam gelaran pada kejohanan Terbuka Asia, Mei lalu, perenang yang berpangkalan di Perth, Australia itu tetap merendah diri dan tidak mahu mengambil mudah cabaran daripada pesaing-pesaing di rantau Asia Tenggara terutamanya dari Thailand.

| Facebook Heidi Gan |

Perenang yang mengungguli acara 10 kilometer (km) pada Kejohanan Asia di Tasik Putrajaya, Mei lalu mengakui sukar untuk membayangkan saingan yang bakal dihadapinya pada KL2017 nanti.

Bagaimanapun, perenang berusia 28 tahun optimis mampu merangkul pingat emas ketiganya pada temasya sukan dwitahunan itu berdasarkan pengalamannya menawan tasik Putrajaya yang juga merupakan venue bagi acara renang terbuka pada KL2017.

“Berdasarkan keputusan pada kejohanan Terbuka Asia yang lalu, saya optimis dengan sasaran emas. Peluang saya terbuka luas.

“Begitupun, saya tidak mahu berasa terlalu yakin walaupun sudah biasa dengan venue bagi acara tersebut. Buat masa ini saya masih lagi memperbaiki gaya rena­ngan bersama jurulatih di Perth dan hanya akan kembali ke ibu negara empat hari sebelum acara saya bermula,” kata Heidi ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Acara renang terbuka akan bermula pada 18 Ogos ini.

Sebagai rekod, Heidi meraih pingat emas bagi acara 5km dan 10km ketika acara ini mula dipertandingkan pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Begitupun, ia tidak dipertandingkan pada dua edisi berikutnya iaitu di Myanmar pada 2013 dan Singapura (2015).

Pada edisi kali ini, acara 5km tidak dipertandingkan dan Heidi akan tampil mempertahankan emas bagi acara 10km.

Sebagai persediaan untuk mempertahankan emas Sukan SEA, Heidi sudah tidak sabar turun ke gelanggang, sekali gus berazam untuk menghadiahkan keceriaan kepada para penyokong tempatan.

“Saya sudah bersedia sepenuh­nya untuk menghadapi saingan pada KL2017 walaupun berdepan dengan beberapa masalah kecederaan sebelum ini.

“Apa pun ia tidak mengganggu persiapan saya,” ujar Heidi lagi yang pernah beraksi dalam dua Sukan Olimpik iaitu di London pada 2012 dan Rio de Janeiro, Brazil (2016).

Artikel Penuh: Kosmo

 

Please follow and like us:
error0
post

Welson Sim menang emas tumpaskan Juara Olimpik

Perenang kebangsaan, Welson Sim melakukan kejuatan apabila menumbangkan Juara Olimpik, Mack Horton dari Australia dalam acara renang gaya bebas 400 meter di kejohanan Mare Nostrum di Monte Carlo, Monaco, Perancis.
Perenang berusia 20 tahun itu mencatatkan masa 3:49:48 untuk menumbangkan Horton sekaligus mencatat sejarah memenangi emas di Kejohanan tersebut.

Sim yang mewakili Malaysia pada Olimpik Rio pada tahun lalu memecahkan rekod kebangsaan 3:50:33 saat yang dicatatnya pada Mac 2016 di Kejohanan Renang Nasional di Singapura. Horton mencatat 3:50:13 manakala perenang China Qiu Ziao di tempat ketiga dengan keputusan 3:51:18.

Sim merupakan perenang kedua yang berjaya mencatat kemenangan pada Kejohanan Mare Nostrum dimana sebelum ini Phee Jinq En pernah memenangi kategori 50m gaya kuak dada di Monaco pada tahun lalu.

| BELAJAR BERENANG KUAK DADA ? KLIK SINI |

Tahniah kepada Welson Sim dan pasti ia akan menjadi pemangkin untuk beliau mendapatkan emas di Sukan SEA nanti.

Please follow and like us:
error0
post

10 Sebab Kenapa Sukan Renang adalah Terbaik

Sukan renang merupakan sukan yang baik namun ianya kurang mendapat perhatian dalam media masa. Berenang mampu membakar ribuan kalori kerana ia menggunakan keseluruhan pergerakan badan. Ia juga menjadikan badan anda lebih segar selepas melakukan aktiviti tersebut. Berikut merupakan 10 sebab kenapa berenang merupakan sukan terbaik untuk diceburi :-

Berenang membuatkan anda terasa yakin

  • Ini kerana anda akan menghabiskan seharian dengan pakaian yang seadanya bersama-sama mereka yang menyertai aktiviti tersebut.

Berenang memberikan anda melihat matahari lebih daripada orang lain

  • Ketika berenang , anda akan melihat matahari terbit dimana kajian mendapati 90% perenang melihat lebih matahari berbanding orang lain. Perenang juga menyaksikan keindahan matahari ketika berenang, menggigil serta mengambil nafas.

Berenang mampu membuatkan anda lebih bijak

Perenang adalah atlet paling bersih

  • Berenang di dalam klorin membersihkan badan dari bakteria.

Berenang menjadikan diri anda seksi

  • Perenang biasanya mempunyai badan yang menarik dimana dadanya akan bidang serta mampu menguruskan badan. Ini kerana ia boleh memecahkan lemak-lemak dalam badan.

Sesiapa juga boleh berenang

Berenang bersama keluarga

  • Tidak seperti sukan lain yang memerlukan ketahanan fizikal, berenang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja (dengan syarat mempunyai teknik berenang). Banyak kaedah berenang yang boleh dilakukan samada anda muda atau tua.

Berenang merupakan sukan popular di Olimpik

Pemenang Pingat Emas Olimpik 2016 Joseph Schooling

  • Mungkin peminat sukan renang mengetahui tentang popularity sukan ini. Malahan kejayaan perenang Singapura, Joseph Schooling memenangi Olimpik di Rio pada tahun 2016 membuktikan atlet Asia Tenggara juga boleh bersaing dengan atlet luar negara.

Sukan renang adalah kaedah untuk membebaskan diri

  • Melalui berenang anda berada dalam keadaan yang tenang. Tiada teknologi sebaliknya anda perlu bertahan untuk terapung dalam air.

Berenang dapat membantu anda melakukan aktiviti ketika di hotel

  • Jika anda ke hotel, biasanya akan disediakan kolam renang. Dengan mempunyai ilmu berenang anda sudah boleh melakukan aktiviti mudah yang menyihatkan.

Berenang adalah seperti terbang

  • Mungkin kita tidak boleh terbang namun dengan melakukan aktiviti renang ia boleh menyebabkan kita berangan seperti burung di udara.

Sumber :- MindGreen

Itu serba sedikit mengenai sukan renang yang boleh dijadikan aktiviti harian. Bagi yang nak belajar berenang anda boleh rujuk laman web http://www.swimminglesson.com.my/ dan pilih lokasi berdekatan anda. Ataupun boleh dapatkan ebook di gambar bawah ni

Please follow and like us:
error0