post

Malaysia Naib Juara Keseluruhan SUkan SEA Para

KUALA LUMPUR: Kontinjen negara berjaya menepati sasaran naib juara keseluruhan pada Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 yang melabuhkan tirai pada Sabtu walaupun gagal merangkul juara keseluruhan mahupun mencapai sasaran awal 103 pingat emas.


Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pencapaian kali ini iaitu 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa adalah lebih baik pada edisi 2015 di Singapura dengan Malaysia menduduki tangga ketiga keseluruhan menerusi kutipan 52 emas, 58 perak dan 37 gangsa.
Malaysia terpaksa berpuas hati pada kedudukan kedua keseluruhan pada APG 2017 di belakang Indonesia yang muncul juara dengan kutipan 126 emas, 75 perak dan 50 gangsa manakala juara bertahan, Thailand turun ke tangga ketiga selepas mengumpul 68 emas, 73 perak dan 95 gangsa.
“Terdapat empat faktor yang menyebabkan kita gagal meraih 103 pingat emas iaitu kelemahan dalam pemantauan prestasi pihak lawan disebabkan kekurangan kejohanan di peringkat serantau, jadi ia menyukarkan atlet kita untuk mengukur kekuatan atlet dari negara lain seperti Indonesia dan Thailand,” katanya pada sidang media mengenai prestasi atlet negara pada APG 2017 di sini, Sabtu.
Tiga faktor lain, jelas Ahmad Shapawi adalah penentuan sukan dan acara yang tiada memberi kelebihan pingat kepada Malaysia selaku tuan rumah seperti catur yang melibatkan 24 acara, boccia (tujuh acara) dan ping pong.

Selain itu adalah kecederaan dan masalah kesihatan yang melibatkan beberapa atlet elit seperti atlet powerlifting, Mohd Shahmil Mohd Saad dan kegagalan atlet yang mempunyai prospek emas dalam beberapa acara seperti bola sepak lima sebelah dan memanah mengawal tekanan beraksi di laman sendiri.
Ahmad Shapawi pada masa sama menegaskan MSN dengan kerjasama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan meneruskan program pembangunan dan latihan untuk beberapa sukan yang gagal mencapai sasaran pada APG 2017 iaitu bola sepak lima sebelah, powerlifting dan ping pong.
“Kita bagaimanapun memerlukan peruntukan dalam memberikan kemudahan latihan yang lebih baik di peringkat negeri,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau memuji prestasi 111 atlet muda yang membuat penampilan sulung pada APG 2017 apabila menyumbang 30 daripada 90 pingat emas keseluruhan sambil mendakwa ia hasil kejayaan program pembangunan berterusan di peringkat negeri sejak 2015 yang turut mendapat kerjasama Persatuan Sukan Dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (Pesron).
Antaranya adalah dua atlet berbasikal para, Muhammad Afiq Afify, 21 dan Muhammad Adi Raimie Amizazahan,17, yang masing-masing menyumbang 2 emas 1 perak dan 1 emas dua perak selain dua atlet olahraga, Eddy Bernard, 16 dan S. Thavanesvaran, 18 yang menyumbang dua pingat emas.
Ahmad Shapawi pada masa sama turut memuji beberapa atlet veteran yang kekal menampilkan aksi cemerlang di laman sendiri seperti dua atlet olahraga, Bajuri Ladis, 43 dan Faridul Masri, 36 yang menyumbang dua emas dalam penampilan keenam pada APG 2017.
Seramai 323 atlet dan 167 pegawai yang diketuai oleh Chef de Mission, Laksamana Pertama (B) Datuk R. Subramaniam mewakili Malaysia pada APG 2017 yang dibuka secara rasmi pada 17 Sept lepas.
Pencapaian pada APG 2017 adalah yang kedua terbaik sejak edisi 2009 yang turut diadakan di Kuala Lumpur yang menyaksikan Malaysia menduduki tangga kedua keseluruhan dengan kutipan 94 emas, 80 perak dan 54 gangsa.
Edisi kali ini turut menyaksikan atlet negara menampilkan aksi cemerlang setelah memperbaharui sembilan rekod temasya iaitu masing-masing enam rekod dalam acara renang, dua rekod (olahraga) dan satu rekod dalam acara powerlifting.
Untuk rekod, Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN sebanyak dua kali iaitu pada edisi 2001 dan 2009. – Bernama

Please follow and like us:
error0
post

Sukan Para ASEAN kesembilan bermula

Selepas tamatnya Sukan SEA 2017 kini bermula pula acara Sukan SEA Para kesembilan bagi meneruskan aksi sukan bagi atlet luar biasa.
Pasukan Malaysia yang berjaya menjuarai Sukan SEA 2017 pasti ingin menjadi johan dalam acara sukan PARA pula kali ini.
Pembukaan kejohanan ini bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 September 2017 pada jam 7.45 malam hingga 10.00 malam dan acara penutup bakal berlangsung pada 23 September 2017 pada waktu dan lokasi yang sama.

maskot sukan para

Maskot Sukan PARA

Terdapat banyak venue terlibat antaranya ialah :-

1) Bandar Sukan KL, Bukit Jalil
– Sukan Memanah (Padang Sintetik, MSN)
– Olahraga (Stadium Nasional)
– Badminton (Arena Axiata)
– Bola Sepak 5 Sebelah (Stadium Hoki Nasional)
– Bola Sepak CP (Padang C, MSN)
– Berenang (Pusat Renang Nasional)

2) MiTEC
– Boccia ( Dewan MITEC)
– Chess (Dewan MITEC)
– Goalball (MITEC)
– Angkat Berat (MITEC)
– Ping Pong (MITEC)
– Bola Tampar Duduk (MITEC)
– Bola Keranjang Kerusi Roda (MITEC)

3) Velodrom Nasional
– Lumba Basikal

4) Megalanes, Sunway Pyramid
– Tenpin Bowling

5) Pusat Tenis Nasional
– Tennis Kerusi Roda

Dalam kejohanan ini, terdapat 498 atlet Para Malaysia yang akan bersaing dengan atlet serantau.

jadual sukan para sea

Berikut merupakan jadual aksi sukan Para SEA Games

Kepada atlet Para Malaysia,semoga maju jaya dan mencapai matlamat yang disasarkan. Dalam kejohanan kali ini kita boleh saksikan nama-nama atlet para selain Ziyad, Latif Romli, Ridzuan Puzy. Mungkin ada nama-nama lain yang boleh menjadi sebesar mereka.

Untuk maklumat lanjut anda boleh download brosur ni

Please follow and like us:
error0
post

Ridzuan Puzi bawa pulang perak Kejohanan Para Dunia 2017

Pelari pecut Para Ridzuan Puzi berjaya membawa pulang pingat perak bagi kategori T36 lelaki 100 meter dalam Kejohanan Dunia Atlet Para di London pada Sabtu.
Ridzuan yang juga juara bertahan pada edisi 2015 dan juara Paralimpik mencatat masa 12.15 saat ketinggilan kepada atlet China yang mencatat masa 11.93 saat. Pelari dari Brazil, Rodrigo Parreira Da Silva mengondol gangsa dengan catatan 12.28 saat.

Yang Yifei yang tumpas kepada Ridzuan di sukan Paralimpik Rio berjaya membalas dan hanya ketinggalan 0.03 saat dari rekod dunia yang dicatatkan oleh Evgenii Shvetsov dari Rusia. Ridzuan yang mengalami masalah cerebral palsy juga gagal untuk mendapatkan emas dalam acara 200 meter pada acara sebelum ini.
Walaubagaimanapun, tahniah kepada Ridzuan yang mencatatkan masa yang agak baik. Mungkin perlu lebih banyak latihan untuk mengejar Yang Yifei yang nampaknya semakin bagus dan berpeluang untuk memecahkan rekod ini. Semoga Ridzuan sentiasa maju dan cuba untuk merampas kemenangan dalam acara yang lain.

Please follow and like us:
error0
post

Ziyad Catat Rekod Dunia, Latif Pertahan Emas

Atlet Para Negara yang berjaya memenangi acara lontar peluru lelaki F20 pada Paralimpik di Rio tahun lepas, Muhamad Ziyad Zolkefli sekali lagi membuktikan keupayaan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London pada Sabtu.
Kejayaan beliau memperbaharui catatan rekod dunia miliknya yang dilakukan pada tahun lepas iaitu 16.48 meter menjadi kebanggaan. Rekod terbaharu yang dicatatkan iaitu 17.29 meter menobatkan beliau sebagai juara dunia sekali lagi.

Pingat perak diraih oleh atlet Ecuador Stalin David Mosquera dengan catatan 16.61 meter manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012, Tod Hodgetts memenangi gangsa dengan catatan 15.94 meter.
Terdapat kejutan apabila atlet Australia mencatatkan angka yang lebih jauh namun selepas bantahan dilakukan, catatan Ziyad disahkan sebagai pemenang pingat emas kejohanan ini.

Selain itu, atlet lompat jauh yang juga pemenang pingat emas Paralimpik di Rio, Abdul Latif Romly berjaya mengekalkan gelaran juara dalam kategori T20 (masalah pembelajaran) selepas mencatatkan jarak sejauh 7.37 meter dalam pusingan akhir di Queen Elizabeth Olympic Park.

Latif Romly

Atlet Para Latif Romly melakukan lompatan

Pemenang tempat kedua, pencabar utama Talic Zoran dari Croatia yang mencatatkan jarak sejauh 7.32 meter manakala Dmytro Prudnikov dari Ukraine merangkul gangsa dengan catatan 7.12 meter.

Tahniah kepada atlet Paralimpik yang masih mengekalkan momentum sekaligus berjaya memenangi kategori masing-masing. Adakah kedua-dua atlet Para ini akan bersaing dalam acara normal dalam SUkan SEA nanti? Kita harap begitulah agar mereka boleh membuktikan sesuatu yang lebih besar lagi.

Please follow and like us:
error0