post

Faizal berguru dengan Peillat

Kedua pemain ini hanya dipisahkan satu tahun sahaja namun Peillat yang merupakan pakar flick dunia dan pemenangn pingat emas Sukan Olimpik 2016 akan menjadi guru bagi pakar sudut penalti negara itu.
Faizal dan Gonzalo Peillat akan digandingkan bersama dalam Pasukan Hoki Terengganu (THT) bagi menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2018 yang akan bermula pada 3 Januari depan.

Faizal,26 yang merupakan penyerang sensasi negara sedia belajar daripada Peillat, 25 bagi memastikan penyudahnya meningkat terutama dalam mengambil pukulan sudut penalti.
“Kehadiran Peillat dalam THT bagus buat Malaysia kerana ia secara tidak langsung merancakkan saingan MHL dan banyak yang boleh kami pelajari. Bukan dia sahaja, malah daripada pemain-pemain berkelas dunia dari Australia dan Republik Ireland.

Pakar sudut penalti terbaik ketika ini, Gonzalo Peillat

“Saya harap dapat belajar daripada Peillat terutama dari segi dragflick kerana dia adalah flicker terbaik dunia buat masa ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan THT di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin.
Kehebatan Peillat, 25, tidak perlu dipertikaikan lagi selepas dia membantu Argentina, ranking No. 2 dunia, memenangi pingat gangsa Piala Dunia 2014, pingat emas Sukan Olimpik 2016 dan tempat kedua Final Liga Hoki Dunia 2017.

Lebih manis, bintang dari Beunos Aires itu muncul penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 dengan 10 gol, Sukan Olimpik 2016 (14 gol) dan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2017 (14 gol).

Faizal juga mempunyai impian untuk memastikan skuad hoki negara mengutip pingat emas Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia bagi menamatkan penantian 27 tahun negara ke Sukan Olimpik.

Sumber :-Kosmo

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia – Malaysia tumpas kepada Great Britain

Pasukan hoki negara nampaknya menempuh jalan sukar untuk layak ke sukan Olimpik 2016. Pasukan hoki Malaysia yang berada di Kumpulan B tumpas kepada Great Britain dengan keputusan 1-3.
Keputusan ini menyukarkan lagi peluang apatah lagi kemungkinan besar bertemu gergasi hoki, Australia amat besar. Dalam perlawanan ini, Malaysia yang mengharapkan agar dapat melakukan kejutan tumpas walaupun mendahului pada minit ke 14 melalui Haziq Shamsul.
Walaupun cuba bertahan namun pasukan Britain berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 31 melalui pukulan sudut penalti yang berjaya ditampan oleh David Condon.

Gol pertama Britain itu menjadi semanga dan melalui satu lagi pukulan sudut penalti, Great Britain mendahului pada minit ke 49 melalui Ashley Jackson. Pasukan lawan terus menambah gol selang seminit melalui Sam Ward. Selepas itu, pasukan Britain menguasai perlawanan dimana pasukan Malaysia tidak mampu langsung untuk menyerang.
Dalam pusingan selepas ini, pasukan hoki negara menanti samada pasukan India atau Australia yang akan ditemui. Agak sukar nampaknya untuk skuad hoki negara mencapai misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 nanti.
Semoga mereka cuba berjuang berhabis-habisan pada perlawanan selepas ini.

Please follow and like us:
error0
post

Skuad Hoki Sasar juara Piala Sultan Johor

Kejohanan hoki Piala Sultan Johor 2013 akan bermula pada hari Ahad ini (22 September 2013). Pastinya peminat hoki akan kembali ke Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru bagi menyaksikan kejohanan hoki yang disertai oleh pasukan hoki remaja bertaraf dunia.
Untuk kejohanan pada tahun ini sebanyak enam pasukan telah mengesahkan penyertaan iaitu Pakistan, India, Korea Selatan, England, Argentina dan skuad Malaysia sendiri. Walaupun ianya menampilkan pasukan remaja namun saingan tetap sengit memandangkan pasukan yang bertanding juga mempunyai keupayaan yang hebat.

Walaupun tanpa juara bertahan, Jerman namun kekuatan 5 pasukan lain tetap kuat. Pasti pasukan ini akan memberi tentangan habis-habisan untuk menjuarai kejohanan ini. Penyertaan pasukan hebat itu tetap tidak mengerunkan pasukan hoki negara. Pengurus pasukan hoki remaja kebangsaan, Minarwan Nawawi mensasarkan kejuaraan kepada barisan pemain hoki negara pada edisi ketiga ini.
Beiau yakin dengan kekuatan pemainnya dan mengharapkan agar mentaliti kemenangan ada pada barisan muda negara bagi bersaing dalam Piala Dunia Remaja di India pada tahun hadapan. Pasukan Malaysia pernah menjulang Piala Sultan Johor pada 2011 menumpaskan Australia sebelum menduduki tangga tercorot pada penyertaan tahun lalu.
SINARHARIAN

Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Paul Revington kekal ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Ketua jurulatih skuad hoki negara yang mencetuskan kontroversi tempoh hari apabila ingin berhenti melatih skuad negara akhirnya bersetuju untuk meneruskan khidmat sebagai ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan. Persetujuan dicapai selepas perjumpaan tertutup antara Revington dengan presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Ketua Pengarah majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong, Timbalan Presiden MHC Datuk Nur Azmi dan pengurus pasukan George Koshy yang berlangsung baru-baru ini.
revington
Kontrak Revington sebagai jurulatih negara juga akan dilanjut sehingga Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 sekiranya skuad hoki mampu layak ke Sukan Olimpik. Kontrak sedia ada jurulatih kelahiran Afrika Selatan ini akan tamat pada Ogos tahun depan. Sebelum ini beliau menghantar surat meletak jawatan sebelum bermulanya Kejohanan Liga Hoki Dunia di Johor Bahru.
– BERNAMA

Sememangnya ia satu keputusan yang melegakan bagi skuad hoki negara dan para peminat. Ini kerana skuad hoki negara mempunyai misi besar untuk layak ke hoki Piala Dunia 2014 dan seeloknya jurulatih ini dikekalkan memandangkan terdapat peningkatan kualiti skuad negara di bawah pimpinan beliau seperti mendapat tempat ke 5 kejohanan Liga Hoki Dunia dan kalah tipis kepada Australia pada perlawanan akhir kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang lalu. Diharap tiada lagi kisah kontroversi berlaku yang boleh merencatkan misi skuad hoki negara untuk layak ke Piala Dunia 2014 dan juga Olimpik 2016.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Johor 2012 – Malaysia vs Australia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Perlawanan pada hari ini pasti dinanti-nantikan. Pasukan Australia yang memang terkenal dengan kekuatan hoki pasti ingin membalas dendam kekalahan pada perlawanan akhir tahun lalu. Bagi pasukan Malaysia kemenangan perlu dicatatkan selepas mengalami kekalahan menentang pasukan New Zealand tempohari. Pasti pemain tidak mahu episod itu berulang dan akan bermain bermati-matian untuk mempertahankan kejuaraan ini.
Perlawanan hoki Malaysia menentang Australia akan berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor pada jam 6.05 petang (perlawanan ditangguh sejam kerana hujan lebat) dan akan disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801.

Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Johor 2012

Malaysia vs Australia (1-1)

Separuh Masa Pertama : 1-1
Australia minit 25
Malaysia minit 35 (Firhan Ashari)

Separuh Masa Kedua : 2-3
Malaysia minit 37 (Amir Farid)
Australia minit 48
Australia minit 61

Agak malang apabila pasukan Malaysia tumbang dengan keputusan 2-3. Walaupun tumbang namun semangat pemain amat dihargai. Cuma agak rugi bila pukulan sudut penalti yang banyak tidak dapat diterjemahkan menjadi gol. Ini berbeza dengan pasukan Australia yang bijak memanfaatkan peluang pukulan sudut penalti.
Diharap ia dapat diperbaiki untuk perlawanan akan datang.

Sekian

Please follow and like us:
error0

Presiden Hoki Malaysia main takraw dengan pemain hoki

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Ternampak satu video menarik dimana Presiden Hoki Malaysia iaitu Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah.. Video terbaharu di Dublin bagi kejohanan Kelayakan Hoki Olimpik dimana Tengku Mahkota Pahang bukan sekadar beramah mesra tapi sama-sama menyertai sepak bola bulatan di kalangan pemain hoki kebangsaan.

Tengoklah sendiri

Sumber :- Malaysianhockey


Kenyataan media oleh Tengku Mahkota Pahang selaku Presiden Persatuan Hoki Malaysia..

Macam ni baru betul ketua. Sama-sama turun dengan pemain. Bukan Presiden yang hanya menghentam pemain masa kalah dan kongsi bila menang tapi tak bersama-sama mengenal para pemain. Pasti pemain rasa dihargai dan lebih bersemangat untuk menang.. Harap-harap mereka dapat berjaya menjadi juara kejohanan kelayakan Olimpik ini bagi mengejar slot untuk ke Olimpik..
Semoga berjaya.

Please follow and like us:
error0