post

Maradona Setiausaha Agung baharu MTBC

KUALA LUMPUR: Pengurus besar Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC), Maradona Chok akan turut memikul tanggungjawab sebagai setiausaha agung badan induk itu bermula 1 Januari tahun depan.

Maradona yang berasal dari Sabah, dipilih mengisi jawatan berkenaan oleh Presiden MTBC Datuk Dr P S Nathan, bagi menggantikan George Tan yang meletak jawatan Mei lalu atas faktor kesihatan.

Dia sebelum ini turut memegang jawatan bendahari, dan jawatan itu kini bakal diisi Choo Yew Kuen.

Maradona, 43, mempunyai pengalaman luas dalam bidang sukan itu dan pernah memegang jawatan naib presiden untuk zon Sabah-Sarawak dari tahun 2007 hingga 2012.

“Ini adalah tanggungjawab yang penting dan saya menghargai kepercayaan yang diberikan MTBC kepada saya,” kata Maradona.

“MTBC sebuah organisasi yang cukup berjaya di bawah pimpinan presiden Datuk Dr P S Nathan dan naib presiden Mohammed Najeeb Abdullah. Saya harap akan dapat mengekalkannya di landasan yang tepat.

“Kami sentiasa menekankan aspek kesinambungan dan kejayaan skuad, dan ia kekal menjadi fokus kami. Kami akan meneruskan pembangunan di peringkat akar umbi dan mempersiapkan mereka apabila tiba masanya. Penting bagi mereka (pemain muda) untuk menjadi pelapis kepada skuad podium sedia ada.”

Maradona menyertai badan induk boling negara itu secara sepenuh masa sebagai pengurus besar berikutan peletakan jawatan Sidney Tung pada tahun 2013. Sebelum itu dia memegang jawatan setiausaha Boling Sabah dari tahun 2005-2010.

Sumber :-Berita Harian

Masa mula-mula admin baca tajuk berita ni agak pelik juga. Apa kena mengena pula Maradona (yang main bola) dengan sukan boling Malaysia . Rupa-rupanya orang lain da…

Please follow and like us:
error0
post

Siti Safiyah gondol Perak boling Piala Dunia

Pemain wanita boling kebangsaan, SIti Safiyah Amirah Abdul Rahman berjaya memungut pingat perak dalam Kejohanan Boling Piala Dunia AMF ke-53 di Hermosillo, Mexico, Sabtu (Ahad di Malaysia).
Atlet berusia 26 tahun dari Selangor itu yang mengejutkan Juara bertahan Rocio Restrepo dari Columbia pada perlawanan separuh akhir terpaksa akur kepada kehebatan Krizziah Lyn Tabora dari Filipina pada perlawanan akhir.

 

Sin Lin Jane, Siti Safiyah Cipta Sejarah Sertai Kejohanan Boling Professional Wanita US

Dalam perlawanan akhir itu, Siti Safiyah tumpas dengan keputusan 191-236 menurut website rasmi kejohanan www.qubicaamf.com
Keputusan ini merupakan persembahan terbaik beliau yang sebelum ini pernah mendapat tempat ketiga pada edisi 2009 yang berlangsung di Melaka.

Sementara itu bagi kategori lelaki, Ahmad Muaz Mohd Fishol gagal menempatkan diri ke perlawanan akhir selepas tumpas kepada juara Jakob Butturff dari Amerika Syarikat dengan keputusan 176-266.
Buttorff seterusnya memenangi kategori tersebut dengan menumbangkan Oscar Rodriguez dari Columbia dengan keputusan 246-201.

Sumber :-Malay Mail Online

Please follow and like us:
error0
post

Karnival Boling Kidal Berpasangan di Sunway Mega Lanes

Anda seorang pemain boling bertangan kidal?Kalau ye, adakah pasangan anda boleh bermain boling?
Jika anda menjumpai pasangan anda maka berpeluang untuk mengondol hadiah bernilai melebihi RM1,500 dalam Kejohanan Boling Kidal Berpasangan yang akan diadakan pada 7 Oktober depan di Sunway MegaLanes.

Menurut Pengerusi Kelab Sukan SportsUnite, Datuk Dina Rizal, penyertaan kejohanan edisi ke 10 itu dibuka kepada pemain tangan kiri dan kelonggaran berpasangan dengan pemain samada tangan kiri ataupun kanan.

Dina berkata ” Ekoran sambutan yang sangat menggalakkan pada edisi sebelum ini, penganjur terpaksa mengehadkan penyertaan kepada 72 pasangan untuk karnival tahun ini. Proses pendaftaran berkonsepkan ‘siapa cepat dia dapat’ dan tarikh tutup adalah pada 1 Oktober 2017′.
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100 dimana juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 serta hadiah sampingan berupa hamper dan piala daripada pihak penaja.

Siapa kenal Rafiq bolehlah ajak dia jadi partner. Harapan besar nak menang tu

Naib juara pula akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan ketiga pula RM800 serta barangan dari penaja. Bagi pemain tangan kidal yang mencatat kutipan pin tertinggi bakal membawa pulang wang tunai RM1,000.
Karnival unik ini akan menyaksikan setiap pemain beraksi dalam tiga permainan dan pemenang akan ditentukan menerusi jumlah terkumpul bersama pasangan masing-masing selepas permainan berakhir.

Karnival ini dianjurkan bersama oleh Sunway Mega Lanes dan Kelab Sukan SportsUnite manakala syarikat minuman isotonik, Revive, Milo dan Antabax menjadi penaja utama (bila agaknya brand-brand ni nak taja Ligakampung.com ye).
Mereka yang berminat boleh menghubungi Pengurus Besar Sunway Mega Lanes, Michelle Wong menerusi talian 012-2096012 atau 03-74926307.

Borang penyertaan boleh didapati di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya atau menerusi facebook SportsUnite di https://www.facebook.com/SportsUnite

Selamat Membaling kawan-kawan semua. Kami di Ligakampung tangan pengkau kalau nak main boling ni.

Please follow and like us:
error0
post

Rafiq pungut pingat emas individu bowling

Pemain boling muda negara, Rafiq Ismail memastikan bahawa ada pelapis bagi skuad boling negara selepas memenangi acara individu lelaki SUkan SEA Kuala Lumpur 2017.
Kemenangan itu tercatat selepas beliau menumpaskan rakan senegara , Adrian Ang dan pemain Indonesia Yeri Ramadona di SUnway Pyramid Petaling Jaya sebentar tadi.

Rafiq, 24 tahun yang juga juara bertahan pada saingan di Singapura 2 tahun lalu berjaya menang dengan keputusan 1418 jatuhan pin sambil diikuti oleh Adrian 1402 mata dan Yeri Ramadona dengan 1308 jatuhan pin.

Semoga ada lagi kilauan pingat emas yang sering memberikan kejayaan dalam sukan SEA.

Please follow and like us:
error0