post

Pemain Malaysia tumpas menentang Bahrain

Pasukan barisan pemain bawah 23 tahun negara mengakhiri peringkat Kumpulan dengan kekalahan kepada pasukan Bahrain. Selepas berjaya menang dalam dua perlawanan terdahulu, Ong Kim Swee merehatkan beberapa pemain utama dalam kesebelasan utama.
Separuh masa pertama dimulakan menampakkan barisan pemain negara seakan mampu membawa mata penuh. Rembatan dari luar kotak penalti oleh Syahmi Safari pada minit ke 20 menghasilkan gol pendahuluan buat pasukan negara.
Pasukan negara yang agak tumpul tanpa Safawi Rasid dan Akhyar Rasid dihukum oleh pemain Bahrain. Kesilapan barisan pertahanan dihukum Mohamed Hardan yang berhadapan dengan penjaga gol kedua negara pada minit ke 33.
Hasil sepakan sudut pada minit ke 37 menyaksikan Hamad Allshamsan menjaringkan gol pada minit ke 37.
Datuk Ong Kim Swee memasukkan Safawi dan Akhyar pada pertengahan separuh masa kedua tetapi Bahrain menambah gol ketiga pada minit ke 89 melalui Mohamed Hardan.
Ketika perlawanan hampir tamat, Akhyar Rasid mendapatkan penalti yang disempurnakan oleh Safawi Rasid pada minit ke 90.
Keputusan tersebut menyaksikan pasukan negara tumpas 2-3 kepada pasukan Bahrain. Walaubagaimanapun pasukan negara telah layak ke pusingan kedua dan akan berhadapan dengan gergasi bola sepak Asia, Jepun pada 24 Ogos ini.
Pastinya Datuk Ong Kim Swee perlu melakukan percaturan yang tepat pada perlawanan tersebut.

Please follow and like us:
error0
post

Safawi Rasid hero kemenangan skuad Malaysia ke atas Korea Selatan

Lupakanlah K-Pop atau drama Korea yang korang minat tu tapi ingatlah Safawi Rasid selaku hero Malaysia. Pemain JDT kelahiran Terengganu ini telah memberikan kegembiraan kepada peminat bola sepak Malaysia termasuklah Jamal.
Malam ini selepas berpuluh tahun, akhirnya Malaysia berjaya menewaskan pasukan Korea Selatan di gelanggang bola sepak. Dalam aksi sebentar tadi, Korea Selatan yang juga juara bertahan seakan memperlekehkan Malaysia sebab tak menyenaraikan pemain bintang SOn Hyung Min.
Ditambah pula memberikan peluang kepada penjaga gol gantian ketika menentang pasukan bimbingan Ong Kim Swee ni. Safawi Rasid menjadi pemusnah berganda untuk pasukan Korea Selatan selepas berjaya menghasilkan dua gol. Gol pertama mungkin merupakan hadiah dari penjaga gol yang menangkap bola dengan agak lucu.
Walaupun Safawi dah kena kepung dengan pertahanan dan bola dah sampai ke penjaga gol tapi entah apa mimpinya, gol terlepas dari dakapan. Safawi tidak melepaskan peluang terhidang untuk menjadikan gol pada minit ke 5.
Ketika perlawanan separuh masa pertama sampai ke penghujung satu percubaan Safawi Rasid melalui outside foot berjaya menewaskan penjaga gol selepas beliau berjaya melepaskan diri dari seorang pertahanan lawan.

Bintang Korea Selatan yang mewakili SPurs hilang punca menghadapi barisan benteng Malaysia

Separuh masa kedua seperti yang diduga, barisan pemain Malaysia bermain secara bertahan. Jamal setuju dengan pendekatan ni sebab bukan mudah kalau nak main ‘pressing’ lawan pasukan Korea Selatan. Walaupun barisan pemain bawah 23 tahun tapi ramai juga pemain mereka yang mempunyai pengalaman bermain di Liga ternama.
Ditambah pula pada separuh masa kedua bintang Spurs, Son Hyung Min dah dimasukkan maka pemain kena lebih fokus. Terdapat beberapa percubaan barisan pemain Korea Selatan tapi mereka hanya mendapat satu gol pada minit ke 87 melalui Hwang Ui Jo.
Kemenangan ini menyaksikan barisan pemain Malaysia berjaya mengumpul 6 mata dan hampir pasti akan melangkah ke peringkat 16 pasukan. Harap-harap mampu lepas jauh.
Jamal memang respek habis dengan semua pemain yang berjuang berhabis-habisan sampai nampak ada beberapa pemain yang ‘cramp’ dalam bertahan ni. Walaupun main ‘parking bus’ tapi Jamal tetap suka. Hampir nak luruh jantung tunggu sampai minit terakhir tu. Korang camne pula?

Please follow and like us:
error0
post

PM sasar kedudukan 10 terbaik di Sukan Asia

PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meletakkan harapan kontinjen negara ke Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 untuk mencapai kedudukan antara 10 terbaik.

Katanya tidak mustahil untuk Malaysia pencapai kejayaan itu dan mengulangi kegemilangan kontinjen negara pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

“Jika Malaysia pernah menamatkan saingan di kelompok 10 terbaik pada temasya sebelum ini, saya tidak nampak mengapa kontinjen kita pada kali ini tidak boleh mengulangi kegemilangan itu pada 2018, atau pun melakukan sesuatu yang lebih baik daripada itu.

“Saya yakin kontinjen kali ini amat berkemampuan untuk mencatatkan kejayaan yang lebih bermakna, insyaAllah,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata Malaysia mempunyai atlet-atlet bertaraf dunia seperti Al Jufferi Jamari (silat), Azizulhasni Awang (lumba basikal), Wong Weng Soon (Wushu) selain pasukan boling wanita dan skuad hoki lelaki yang tidak kurang hebatnya.

“Saya juga yakin mereka yang terpilih ini juga adalah yang terbaik dan mampu untuk sama-sama mengharumkan nama negara,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta menteri-menteri kabinet.

Sukan Asia edisi ke-18 itu dijadual berlangsung di ibu negara Indonesia iaitu Jakarta dan Palembang pada 18 Ogos-2 Sept ini.

Perdana Menteri dalam ucapannya turut menyeru para atlet untuk membuktikan anak Malaysia mampu menjadi atlet terbaik dalam sukan masing-masing dan berjuang bukan hanya untuk diri sendiri, malah membawa nama Malaysia.

“Saya yakin, semua yang memikul tanggungjawab untuk negara tercinta ini akan berjuang berhabis-habisan bukan untuk wang ringgit semata-mata, tetapi demi maruah diri dan pasukan.

“Bukan untuk habuan dan insentif sahaja. Tetapi untuk mengibarkan Jalur Gemilang di mata dunia. Untuk mengangkat martabat negara di pentas antarabangsa,” katanya.

Dr Mahathir berkata anggota kontinjen negara juga sewajarnya mencontohi semangat juang jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan menjadikannya pemangkin untuk membawa pulang kejayaan lebih gemilang.

“Biarpun anda (Chong Wei) tidak dapat bersama-sama kontinjen negara ke temasya edisi kali ini, namun semangat juang anda selama ini diharap akan menjadi pemangkin untuk kontinjen negara membawa pulang kejayaan lebih gemilang,” katanya yang turut mendoakan Chong Wei kembali pulih.

Jaguh perseorangan lelaki negara itu terpaksa menarik diri daripada menyertai Sukan Asia selepas mengalami masalah pernafasan dan dinasihatkan untuk berehat bagi menjalani rawatan.

“Sasaran adalah tujuh emas, tetapi jika bernasib baik, Insya-ALLAH boleh capai 11 emas,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke temasya itu di Dataran Perdana, Bangunan Putra Perdana di sini.

Antara acara yang disasarkan untuk meraih emas ialah berbasikal, karate, sepak takraw, pencak silat dan tenpin boling.

Pada edisi kali ini, kontinjen negara akan diwakili oleh 418 atlet.

 

 

BERNAMA

Please follow and like us:
error0
post

Persatuan sukan kebangsaan bertanggungjawab tampung perbelanjaan atlet kategori B

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) — Persatuan sukan kebangsaan bertanggungjawab menampung perbelanjaan atlet negara di bawah naungan masing-masing bagi memastikan mereka dapat menyertai Sukan Asia 2018, Ogos ini di Indonesia.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beberapa atlet negara yang bertanding di bawah Kategori B telah berjumpa dengannya beberapa hari lepas kerana mendakwa terdapat segelintir persatuan sukan kebangsaan yang memaksa mereka mengeluarkan wang saku sendiri untuk ke Indonesia.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan akan mencari satu jalan penyelesaian bagi memastikan atlet terlibat dapat beraksi pada temasya sukan berkenaan.

Menerusi Kategori B, persatuan sukan terlibat perlu menanggung perbelanjaan atlet masing-masing dan mereka akan dibayar semula oleh Majlis Olimpik Malaysia sekiranya atlet mereka meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa.

“Kementerian (Belia dan Sukan) akan cuba membantu sebaik mungkin persatuan terlibat tetapi pada masa sama persatuan juga perlu membantu atlet (berkenaan) sebaik mungkin…sebab itu saya tekankan persatuan sukan perlu dipimpin oleh orang yang berkelayakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini..

  • BERNAMA

Secara peribadi, Ligakampung.com juga bersetuju agar atlet-atlet dibawah B ditanggung oleh Persatuan Sukan. Sekiranya tidak dapat menampung seratus peratus sekalipun mungkin separuh bagi menggurangkan beban atlet.

Please follow and like us:
error0
post

Skuad perahu naga azam harumkan nama negara di Sukan Asia

Sukan perahu naga bukanlah sukan yang popular di Malaysia namun skuad kebangsaan sukan ini mempunyai matlamat besar untuk berjaya di dalam kejohanan Sukan Asia 2018 di Jakarta.
“Perahu naga merupakan satu sukan berpasukan yang unik, setiap ahli pasukan memiliki peranan yang sangat penting. Setiap pendayung perlu berada dalam rentak yang sama,” kata Lesley.

“Sebelum ini, kami memiliki idea untuk menubuhkan skuad kebangsaan untuk dihantar bertanding dalam kejohanan antarabangsa dan saya melihat apabila Malaysia layak ke Sukan Asia, ia adalah satu peluang buat kami membuktikan kebolehan dan memajukan sukan ini di seluruh Malaysia.

“Cabaran kami adalah masa dalam pasukan untuk saingan ke Sukan Asia. Rata-rata atlet adalah separuh masa dan memiliki komitmen lain seperti pengajian dan kerja,” tambahnya.

Berada dalam kategori B, pengurus pasukan, Leong Wai Lun, berharap penajaan yang diperoleh dapat meningkatkan semangat pasukan untuk mencipta keputusan positif.

“Di sebalik dana serta perbelanjaan yang dikeluarkan sendiri oleh atlet, kami menerima penajaan daripada AirAsia bagi tiket penerbangan kami ke Sukan Asia.

“Perahu naga adalah sukan yang kurang popular di Malaysia dan kami mahu mencipta sesuatu di Indonesia nanti,” katanya.

Sumber :-Stadium Astro

Please follow and like us:
error0
post

PESAKA bakal gugur pesilat ke Sukan Asia

Silat merupakan antara sukan yang berpotensi untuk mengaut pingat di sukan Asia namun Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) telah memberi amatan kepada atlet bawah naungan tiada tempat untuk mereka sekira gagal beraksi baik di TErbuka Belgium pada hujung bulan ini.
Amaran itu disuarakan Setiausaha Agung PESAKA , Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin kepada para pesilat yang akan beraksi di Terbuka Belgium.

Walaupun pesilat berkenaan adalah juara sekalipun, sekiranya mereka perlu digantikan, kita akan lakukannya. Saya sudah bertanyakan kepada jurulatih bahawa mereka mampu menyediakan atlet yang baru untuk diserapkan dalam tempoh berbaki kira-kira tiga bulan menjelang Sukan Asia pada Ogos nantil,” kata Megat.

“Terbuka Belgium adalah pentas terakhir untuk kita menamakan pesilat ke Sukan Asia. Jadi saya mahu kejayaan bermula di Terbuka Belgium sebelum diteruskan ke Sukan Asia kerana harapan diletakkan kepada kita amat tinggi di Indonesia nanti.”
“Kita tidak mahu ada penumpang, sebab itu kita lakukan saringan yang ketat. Saya rela membawa jumlah yang kecil ke Indonesia namun setiap daripadanya membawa pulang pingat, berbanding jumlah yang besar namun tidak mencapai apa yang diharapkan.

“Ini adalah cara kita, kebajikan sudah dijaga dengan baik. Kita boleh menerima kekalahan apabila merasakan mereka sudah mencuba 200 peratus namun bukan dengan sikap sambil lewa dan sebagainya,” katanya.

Seramai 13 atlet elit negara termasuk Al Jufferi Jamari akan berlepas pada 29 April bagi menyertai Terbuka Belgium dengan 15 negara bakal bertanding.

Terdahulu berlangsung majlis penyerahan Jalur Gemilang termasuk kepada pesilat remaja ke Kejuaraan Silat Remaja Dunia di Thailand pada minggu depan.

Sumber :-HMetro
Memang berapi sungguh amaran Setiausaha Agung PESAKA tu. Harap menjadi motivasi kepada para pesilat negara.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan bolasepak Sukan Asia 2014 – Malaysia vs Laos

Selepas tumpas pada aksi pembukaan menentang Korea Selatan tempohari, skuad Harimau Muda A yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee mengalami tugas berat. Pemain-pemain perlu bermain bermati-matian sekiranya ingin meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.
Perlawanan kedua yang berlangsung pada jam 3.30 petang ini menemukan skuad Harimau Muda menentang Laos. Misi hidup mati bagi pasukan skuad bawah 23 tahun yang akan berada dalam kumpulan A bersama-sama Korea Selatan, Laos dan Arab Saudi.
HARIMAU MUDA / ASIAN GAMES INCHEON
Kredit Gambar :- BHarian

Pasti ianya menjadi pertembungan yang hebat memandangkan kedua-dua pasukan tumpas pada perlawanan pertama mereka. Jika perlawanan pertama yang lalu, Datuk Ong Kim Swee tidak menurunkan Aidil Zafuan dan Gary Stevan Robbat namun untuk perlawanan kedua, pemain ini pasti akan diturunkan.
Mampukah pasukan bolasepak bawah 23 tahun mendapatkan mata penuh pada perlawanan kedua ini ? Kita saksikan bersama perlawanan yang akan berlangsung dan disiarkan di ASTRO Arena 801 .

Keputusan Perlawanan bolasepak Sukan Asia 2014 – Malaysia vs Laos

Malaysia vs Laos 4-0 (1-0)
12′ Aidil Zafuan (MAS)
76′ Nor Farhan (MAS)
78′ Mohamad Fandi (MAS)
81′ Farris Daniel (MAS)
** Tahniah kepada skuad Malaysia yang berjaya mendapat 3 mata penuh. Perlawanan seterusnya menentang Arab Saudi adalah perlawanan yang akan menentukan kemampuan untuk ke peringkat seterusnya. Diharap pasukan Harimau Muda akan terus berjuang untuk menang pada perlawanan terakhir nanti.

Please follow and like us:
error0