post

Piala Sudirman 2019 : Malaysia tumpas kepada China

Pemain muda negara tidak mampu mengalas tanggungjawab berat menentang tuan rumah, China dalam kejohanan Piala Sudirman 2019.
Kejohanan yang menampilkan acara berpasukan secara campuran itu menyaksikan Lee Chong Wei tidak beraksi.
Tanggungjawab pemain perseorangan digalas oleh pemain muda negara, Lee Zii Jia. Harapan yang disandarkan untuk melakukan kejuatan ke atas pemain nombor dua dunia, Shi Yuqi tidak menjadi kenyataan.
Zii Jia yang berusia 21 tahun itu mudah dijinakkan oleh pemain china berusia 23 tahun itu dengan keputusan 12-21 ,11-21 dalam tempoh 35 minit sahaja.

[ Maklumat Piala Sudirman 2019 | Wikipedia ]

Aksi pertama menyaksikan beregu lelaki yang berjaya ke peringkat akhir Seluruh England 2019, Aaron Chia / Soh Wooi Yik berjaya mengheret pemainan hinga ke set penentuan sebelum ditewaskan juara dunia Li Junhui/ Liu Yuchen dengan keputusan 21-18, 14-21, 22-24.
Perseorangan wanita negara, Soniia Cheah pula tidak mampu mendapatkan mata selepas tumpas kepada pemain no 3 dunia, Chen Yufei dengan keputusan 15-21, 23-21, 14-21.

Beregu wanita negara, Vivian Hoo/ Yap Cheng Wen tidak mampu bersaing selepas tumbang kepada gandingan NO 1 dunia Du Yue/Li Yunhui 18-21,14-21.
Pasangan beregu campuran negara yang semakin meningkat naik, Tan Kian meng/ Lai Peng Jing tidak mampu meraih mata selepas terpaksa akur dengan kehebatan juara dunia yang kini merupakan pasangan beregu campuran no 1 dunia, Huang Yaqiong/Zheng Siwei dengan keputusan 16-21, 12-21.

Sumber = UTUSAN ONLINE

Ligakampung.com tidak menjangkakan skuad Piala Sudirman ini pergi jauh. Kalau kita lihat prestasi barisan pemain negara dalam kejohanan sebelum ini pun tiada aksi membanggakan dari mereka. Apatah lagi dalam kejohanan yang melibatkan lelaki dan wanita. Mungkin Kejohanan ini lebih kepada pendedahan berbanding mendapatkan keputusan.

Please follow and like us:
error0
post

Kejohanan Badminton Nasional Malaysia 2018 :Iskandar, Soniia Cheah juara

Kejohanan Badminton peringkat tempatan iaitu Kejohanan Nasional Malaysia 2018 telah tamat pagi tadi.
Dalam acara perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain berjaya menumpaskan Lee Zii Jia 21-19. 21-16 bagi merangkul kejuaraan sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.00.
Dalam acara perseorangan wanita pula, Soniia Cheah menidakkan harapan S. Kisona bagi merangkul juara. S.Kisona yang mengejutkan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Goh Jin Wei akur dengan ketangkasan Soniia Cheah yang menundukkan beliau dengan keputusan 14-21, 19-21.

Beregu lelaki masih utuh dipegang oleh Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang menumpaskan beregu kelab Arif Latif/Azriyn Ayub dengan keputusan 21-17, 19-21,21-15.
Bagi acara beregu wanita pula Goh Yea Ching/Soong Fie Cho menumpaskan pasangan Chow Mei Kuan/ Yap Cheng Wen dengan keputusan 21-19,24-22.
Goh Soon Huat/Shevon Lai yang bergandingan dalam acara beregu campuran pula menumpaskan Tan Kian Meng/Lai Pei Jing dengan keputusan 21-17, 21-17 sekaligus mendapat slot untuk layak ke SUkan Komanwel.

Tahniah kepada para pemain yang menjuarai kategori masing-masing. Diharapkan ianya boleh diteruskan ke peringkat antarabangsa terutama dalam Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.

Please follow and like us:
error0
post

Goh Jin Wei pungut emas acara perseorangan wanita Sukan SEA 2017

Pemain badminton wanita remaja negara, Goh Jin Wei sah bergelar juara baru Sukan SEA 2017. Dalam usia baharu mencecah usia 17 tahun beliau berjaya menumpaskan seniornya Soniia Cheah yang berusia 24 tahun dalam perlawanan akhir dengan keputusan 21-11, 21-10.
Dalam perlawanan tersebut Goh Jin Wei mendominasi perlawanan dengan hantaran balas kemas dan tangkas yang menyebabkan Soniia Cheah sering melakukan kesilapan terutama dalam melakukan penilaian bola keluar.

Kemenangan ini juga berjaya menamatkan penantian 14 tahun negara untuk memiliki emas dalam perseorangan wanita di Sukan SEA yang kali terakhir dimenangi oleh ratu badminton negara, WOng Mew Choo pada SUkan SEA 2003 di Vietnam.

Ditanya apa yang perlu dibuat selepas ini, beliau menjawab ‘Saya perlu melaporkan diri ke sekolah esok selepas tidak menghadiri selama enam bulan. Saya perlu menghadapi peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)”.
Walaubagaimanapun beliau dijangka akan terlepas ujian percubaan SPM kerana menghadapi kejohanan Dunia Remaja di Indonesia pada 9-22 Oktober di Yogjakarta, Indonesia. Beliau merupakan juara pada tahun 2015 ketika berusia 15 tahun.

Bagi pasangan beregu campuran pula, pasangan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemei akur kepada pasangan beregu campuran dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai dengan keputusan 15-21, 20-22.

Please follow and like us:
error0