post

Ng Eain Yow, juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2016

Nampaknya sukan skuasy negara mempunyai pelapis yang berpotensi.  Ng Eain Yow, 18 berjaya menjadi pemain Malaysia  kedua menjulang gelaran Kejohanan Skuasy Remaja Dunia selepas bekas pemain, Ong Beng Hee mencatat sejarah memenangi gelaran Remaja Dunia pada 1998.

ng-eain-yow

Ng Eain Yow yang beraksi selaku pilihan kedua menang ke atas pemain pilihan utama dari Mesir, Saadeldin Abouaish dalam kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2016 yang berlangsung di Bielsko-Bila, Poland pada 12 Ogos 2016 lalu. Eain Yow berjaya menang dengan keputusan 11-3, 9-11, 11-7 dan 11-5 dalam pertandingan akhir kategori remaja lelaki yang berlangsung kira-kira 54 minit itu.

Beliau yang berada dalam ranking 144 dunia berjaya mengubat kekecewaan selepas hanya mampu ke separuh akhir dalam kejohanan yang berlangsung pada tahun lepas di Eindhoven, Netherland.

Menjadi juara Remaja Dunia tidak menjamin yang beliau akan menjadi Juara Dunia pada masa akan datang namun ianya diharap memberi impak dan semangat untuk beliau beraksi lebih baik. Semoga beliau akan menjadi seorang PROFESSIONAL dalam sukan skuash ini sekaligus menaikkan lagi semangat rakyat tempatan untuk menceburi bidang sukan ini.

Kalau berdasarkan ranking, nampaknya perjalanan beliau masih jauh lagi. Namun diharap POTENSI beliau ini dapat dikesan dan mungkin dalam tempoh 1-2 tahun ini beliau mampu berada dalam ranking bawah 100. Tidak mustahil jika beliau mempunyai iltizam untuk jadi lebih baik lagi.

 

 

Please follow and like us:
error0
post

Nicol David gagal ke final Terbuka British

Nampaknya badi kekalahan ratu skuash negara kepada pemain mesir, Nour El Sherbini masih tidak mampu dibuang.
Terkini, pemain no dua dunia ini sekali lagi tumpas kepada jagoan dari Mesir berusia 20 tahun itu pada peringkat separuh akhir di Arena Arico, Hull, England pada Sabtu lalu.

nicol_david_nour_al_sherbini
Pemain Mesir yang juga bekas juara dunia remaja 2009 itu mengatasi Nicol dengan keputusan 11-6, 2-11,11-9 dan 11-6 dalam pertarungan selama 43 minit.
Ia juga merupakan final pertama beliau untuk kejuaraan Terbuka British ini/.

Pemain nombor 5 dunia itu telah mengecewakan Nicol pada peringkat separuh akhir Kejohanan Juara-juara pada Januari lepas. Selain itu Nicol juga tumbang kepada NOur pada perlawanan suku akhir Terbuka Windy City pada 29 Februari lepas.
Ia sekaligus menyaksikan Nicol gagal untuk mendapatkan kejuaraan keenam beliau pada Kejohanan ini.

Berdasarkan keputusan ini, nampak seperti Nicol sukar untuk menumbangkan Nour El-Sherbini selepas ini. Mungkin beliau patut berehat seketika dan mencari resipi untuk menjuarai kejohanan tertentu sahaja.
Sudah pasti corak permainan beliau telah dibaca oleh pihak lawan dan stamina beliau juga semakin berkurangan atas faktor usia.

Please follow and like us:
error0
post

Nicol David hilang posisi nombor satu dunia

Pemain skuasy negara yang juga pemain nombor satu dunia terlepas penguasannya selama 109 bulan selepas dipintas oleh pemain Mesir, Raneem El Welily.
Melalui ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Skuasy Wanita (WSA) pada hari ini, Raneem merampas kedudukan pemain nombor satu dunia selepas mengutip 2,979 mata berbanding Nicol yang mengutip 2,853.

nicol vs raneem

Nicol David dan Raneem

Nicol, 33 dalam temubualnya, berkata ia adalah sesuatu yang dijangka kerana Raneem telah berjaya menjuarai empat daripada enam kejohanan terakhir. Beliau yang telah memegang gelaran sebagai pemain nombor satu dunia dalam tempoh sembilan tahun bermula dari Januari hingga Mac 2006 sebelum dirampas selama empat bulan oleh Vanessa Atkinson dari Belanda untuk tempoh empat bulan.
Selepas itu, Nicol merampas kedudukan itu sejak Ogos 2006 sehinggalah tempatnya diambil oleh Raneem pada bulan ini.

Ia merupakan pencapaian terbaik bagi pemain skuasy dunia yang tercatat dalam sejarah. Raneem, 26 tahun berasal dari Mesir itu menjuarai 3 kejohanan utama tahun ini iaitu Kejohanan J.P Morgan, Terbuka Guggenheim Partners Windy City dan Terbuka Alexandria. Posisi itu boleh dirampas oleh Nicol sekiranya pemain negara itu berjaya menjuarai kejohanan Terbuka China yang akan bermula pada Khamis ini.
Bagi pemain lain, Low Wee Wern kekal di tangga kesembilan manakala Delia Arnold pula berad di kedudukan ke 12.
BERNAMA

// Sudah pasti ianya akan menjadi inspirasi kepada Datuk Nicol untuk terus mengejar kedudukan di tangga pertama dunia. Kehebatan beliau yang tidak berputus asa patut menjadi teladan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira apa yang dilakukan. Sesungguhnya, rakyat Malaysia juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 

Semoga ada lagi ahli sukan yang dapat digilap untuk menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Please follow and like us:
error0