post

PESAKA bakal gugur pesilat ke Sukan Asia

Silat merupakan antara sukan yang berpotensi untuk mengaut pingat di sukan Asia namun Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) telah memberi amatan kepada atlet bawah naungan tiada tempat untuk mereka sekira gagal beraksi baik di TErbuka Belgium pada hujung bulan ini.
Amaran itu disuarakan Setiausaha Agung PESAKA , Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin kepada para pesilat yang akan beraksi di Terbuka Belgium.

Walaupun pesilat berkenaan adalah juara sekalipun, sekiranya mereka perlu digantikan, kita akan lakukannya. Saya sudah bertanyakan kepada jurulatih bahawa mereka mampu menyediakan atlet yang baru untuk diserapkan dalam tempoh berbaki kira-kira tiga bulan menjelang Sukan Asia pada Ogos nantil,” kata Megat.

“Terbuka Belgium adalah pentas terakhir untuk kita menamakan pesilat ke Sukan Asia. Jadi saya mahu kejayaan bermula di Terbuka Belgium sebelum diteruskan ke Sukan Asia kerana harapan diletakkan kepada kita amat tinggi di Indonesia nanti.”
“Kita tidak mahu ada penumpang, sebab itu kita lakukan saringan yang ketat. Saya rela membawa jumlah yang kecil ke Indonesia namun setiap daripadanya membawa pulang pingat, berbanding jumlah yang besar namun tidak mencapai apa yang diharapkan.

“Ini adalah cara kita, kebajikan sudah dijaga dengan baik. Kita boleh menerima kekalahan apabila merasakan mereka sudah mencuba 200 peratus namun bukan dengan sikap sambil lewa dan sebagainya,” katanya.

Seramai 13 atlet elit negara termasuk Al Jufferi Jamari akan berlepas pada 29 April bagi menyertai Terbuka Belgium dengan 15 negara bakal bertanding.

Terdahulu berlangsung majlis penyerahan Jalur Gemilang termasuk kepada pesilat remaja ke Kejuaraan Silat Remaja Dunia di Thailand pada minggu depan.

Sumber :-HMetro
Memang berapi sungguh amaran Setiausaha Agung PESAKA tu. Harap menjadi motivasi kepada para pesilat negara.

Please follow and like us:
error0
post

Pesilat negara muncul pesilat pertama dunia merangkul gelaran hatrik dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia

BALI 8 Dis. – Jaguh negara, Al Jufferi Jamari menepati ramalan untuk muncul pesilat pertama dunia merangkul gelaran hatrik dalan Kejohanan Pencak Silat Dunia 2016 di sini sebentar tadi.
Olahragawan Negara 2015, Jufferi tidak berdepan masalah untuk menumbangkan pesilat Thailand, Kuibrohem Kumaha 5-0 dalam saingan Kelas Putra E di pentas akhir kejohanan yang memasuki edisi ke-17.

Turut berpeluang mencipta hatrik gelaran, srikandi negara, Siti Rahmah Nasir yang sedang bersaing di pentas final sekarang, bertemu Nguyen Thi Yen dari Vietnam dalam saingan Kelas Putri E. – UTUSAN ONLINE

Silat merupakan antara sukan yang menjadi dominasi Malaysia. Semoga akan diteruskan dengan kejayaan barisan pesilat negara. Dengan kejayaan ini diharapkan seni warisan negara ini akan menjadi semakin popular terutama di kalangan rakyat Malaysia bagi meneruskan legasi dan mempertahankan seni silat.

 

Please follow and like us:
error0
post

Skuad pesilat remaja menepati sasaran sembilan emas

Skuad pesilat remaja kebangsaan menepati sasaran sembilan emas seperti yang ditetapkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) pada Kejuaraan Silat Remaja Dunia 2015.
Kejohanan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa itu menyaksikan kontinjen negara menambah empat pingat emas pada aksi akhir silat tanding sekaligus menyaksikan mereka mencapai gelaran juara keseluruhan edisi ketiga kejohanan itu.

1687050710silat

Malaysia dijangka akan menambah pungutan pingat emas menjelang aksi penutup kejohanan pada hari ini selepas sembilan lagi pesilat muda negara mara ke perlawanan akhir dalam kategori masing-masing.
Kejohanan disertai seramai 128 atlet, 44 pegawai dan jurulatih dari 12 negara – Singapura, Australia, Azerbaijan, India, Jerman, Bangladesh, Rusia, Vietnam, Korea Selatan, Thailand, Indonesia dan Malaysia selaku tuan rumah.
– BERNAMA

Sukan silat merupakan antara sukan yang menjadi kebanggaan pasukan Malaysia. Sering sahaja memungut pingat di peringkat antarabangsa. Semoga kejohanan ini dapat diteruskan dan barisan pesilat negara dapat membawa kalungan pingat kepada kontijen Malaysia.
Semoga ada diantara mereka yang akan mewakili pasukan negara pada sukan di peringkat senior seperti Sukan SEA atau Sukan Asia. Mungkin juga tak mustahil satu hari nanti sukan ini mampu dibawa ke peringkat Olimpik seterusnya memberikan peluang yang besar untuk kontijen Malaysia membawa pulang emas di peringkat Olimpik.

Please follow and like us:
error0