post

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2014 – JDT vs Felda

Malam ini berlangsung perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2014 antara JDT menentang Felda United. Perlawanan yang penting bagi menentukan pasukan yang akan ke perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu pasukan Pahang nanti.
Perlawanan malam ini berlangsung di Stadium Larkin, Johor DT pada jam 8.45 malam. Pasti perlawanan ini menyaksikan pertarungan taktikal antara jurulatih import, Bojan Hodak dan Irfan Bakti. Kedua-dua pasukan dalam seimbang dimana Felda United berkelebihan tipis 1 gol namun sudah pasti ia tidak mencukupi kerana pasukan JDT akan bermain dengan bantuan puluhan ribu penyokong mereka.

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2014 – JDT vs Felda

JDT lwn Felda 3-1 (1-1) |Agg 6-5|
28′ Luciano Figueroa (JDT)
36′ Raimi Md Noor (FELDA)
63′ Luciano Figueroa (JDT)
72′ Amri Yahyah (JDT)

*** Pasukan JDT berjaya menang ke atas pasukan lawan sekaligus layak untuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2014..

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia – Pahang vs Kedah

Hari ini berlangsung perlawanan timbal kedua separuh akhir Piala Malaysia 2014 menemukan antara pasukan pahang menentang Kedah. Peluang kedua-dua pasukan terbuka dan kelebihan pada pasukan Pahang yang bermain di gelanggang sendiri di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Pahang.
Dalam perlawanan sebelum ini, Kedah berjaya menumbangkan Pahang dengan keputusan 3-1 namun satu tugas sukar bagi pasukan pelawat apabila skuad Tok Gajah akan memasukkan pemain terbaik mereka terutama Damion Stewart dan Dickson Nwaekaeme pada perlawanan ini.

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2014 – Pahang vs Kedah

Pahang lwn Kedah 6-0 (5-0) [ Agg : 6-3 ]
3′ Matias Conti (PAH)
25′ Gopinathan (PAH)
28′ Matias Conti (PAH)
36′ Matias Conti (PAH)
76′ Gopinathan (PAH)
** Pasukan Pahang berjaya melangkah ke akhir Piala Malaysia 2014 selepas bangkit dari ketinggalan 1-3 pada perlawanan pertama dan berjaya menang selesa pada perlawanan malam ini

Please follow and like us:
error0