post

Safiq Rahim perkenal produk jenama tempatan Sportsrevo

BEKAS kapten bola sepak Harimau Malaya, Safiq Rahim secara rasmi memperkenalkan produk sukan untuk dipasarkan di pusat beli belah Malakat Mall Cyberjaya tadi.

Pemain tengah Melaka United (MU) itu memperkenalkan jenama Sportsrevo yang akan mula diedarkan di pusat beli belah itu Mac hadapan.

Beliau yang juga bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT) berkata, produk sukan jenama Sportsrevo itu menjadi pencetus bagi dirinya mengenengahkan produk sukan tempatan dan bumiputera.

“Di negara kita sebenarnya belum ada produk sukan keluaran jenama tempatan ‘dari atas sampai bawah’. Jadi

saya mahu ia menjadi pelopor kepada usaha itu.

“Kualiti pakaian sukan jenama Sportsrevo amat baik dan setanding dengan jenama terkemuka di samping

harganya juga amat berpatutan dan mampu milik,” katanya pada sidang media di Malakat Mall tadi.

Terdahulu, Safiq menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Pengurus Tahan Sport, Mohd Fuad Rahim sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall Sdn Bhd, Mohd. Fadzil Hashim.

Safiq memaklumkan, peluangnya bekerjasama dengan Tahan Sport adalah platform terbaik bagi memasarkan produk sukan yang diasaskannya sejak tahun 2019.

“Sportsrevo memasarkan semua jenis barangan sukan dan pada masa ini memfokuskan kepada keperluan barangan sukan bola sepak dan larian.

” Pada masa depan saya bercadang mempelbagaikan lagi produk ini membabitkan aktiviti sukan lain”.

“Saya juga merancang untuk menubuhkan akademi bola sepak dengan kerjasama Kumpulan Brainy Bunch bagi melahirkan bakat bolasepak muda serta membantu bekas-bekas pemain profesional untuk mencurahkan pengalaman yang ada bagi perkembangan bolasepak negara,” katanya.

Ligakampung.com berbesar hati sekiranya SportsRevo nak menjalin kerjasama dengan kami. Meskipun nama kami tidak besar tapi inshallah boleh berkembang bersama-sama jenama tempatan ni.. Tengok kat website pun nampak cun jersi-jersi tu. Cuma harap betul-betul boleh pergi la.. Sebab dulu banyak jenama tempatan yang berkubur…

Please follow and like us:
error0
post

Safiq kembali sebagai Ketua Pasukan Kebangsaan

Pemain dan ketua pasukan JDT, Safiq Rahim sekali lagi diberi peranan selaku ketua pasukan bagi pasukan kebangsaan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.
Menurut ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada pemilihan Safiq adalah sesuai kerana beliau adalah wakil terbaik bagi menghubungkan antara pemain dan jurulatih dalam merencanakan strategi.

“Sebelum ini dia pernah menjadi kapten dan ini bukan kali pertama, …bagi saya dia boleh bermain dengan baik dan mempunyai banyak pengalaman untuk menggalas tanggungjawab itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Sementara itu, pemain tengah JDT itu tekad akan menampilkan prestasi terbaik pada aksi pertamanya bersama skuad Harimau Malaya, sejak pengumumannya untuk bersara daripada skuad berkenaan pada Julai tahun lalu.

 

Sambil menyifatkan tanggungjawab itu bukan sesuatu yang mudah, Safiq berkata beliau dan rakan sepasukan akan berusaha mempamerkan aksi terbaik bagi memperoleh keputusan yang diingini. “Perlawanan itu sudah semestinya sukar. Kita mungkin berwajah baharu dan berdepan cabaran baharu, tetapi sasaran kami adalah untuk melakukan yang terbaik. “Setiap perlawanan ada tekanan. Saya dan rakan-rakan pernah berdepan situasi begitu…tetapi kita ambil yang positif sahaja…kita bermain di tempat sendiri yang beri kita lebih motivasi,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic berkata, ketiadaan pemain tengah Mohammed Ghaddar tidak menjejaskan rentak permainan pasukannya. “Itu keputusan Ghaddar sendiri untuk tidak mahu beraksi…namun saya tidak berapa kisah. “Kami mempunyai beberapa pemain lain yang boleh menggantikan beliau,” katanya sambil berharap anak buahnya dapat mengekalkan momentum selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada 28 Mac lalu untuk mendahului Kumpulan B. Beliau mengakui menentang Malaysia yang beraksi di gelanggang sendiri, bukan sesuatu yang mudah, namun anak buahnya sudah bersedia berdepan cabaran berkenaan.
– BERNAMA

Seperti yang dijangkakan. Apapun diharap Safiq dapat mengembalikan keyakinan penyokong tempatan yang sebelum ini kecewa atas pengumuman PERSARAAN beliau dan rakan-rakan sebelum ini. Diharap ianya mampu memberikan impak positif dalam mengembalikan kekuatan pasukan negara di kalangan negara Asia.

Please follow and like us:
error0
post

Safiq Sedia Kembali Sarung Jersi Negara

Ketua pasukan Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim tidak menolak kemungkinan untuk kembali menguatkan skuad kebangsaan pada masa akan datang.
Beliau yang mengumumkan persaraan pada awal Julai tahun lalu tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun pemain tengah itu memberikan fokus bagi JDT mengharungi musim 2017 untuk mempertahanakan kejuaraan Liga Super untuk tiga tahun berturut-turut.
Selain itu, Safiq juga turut berimpian untuk membantu JDT beraksi dalam kejohanan paling berprestij Asia iaitu Liga Juara-Juara Asia pada tahun hadapan.

“Memang menjadi sasaran kami untuk meraih keputusan baik dalam Liga Juara-Juara Asia “Saya harap kali ini kita akan dapat keputusan yang positif …tidak mustahil untuk kami beraksi di sana,” katanya. – Utusan

Ligakampung.com mengalu-alukan kepulangan semula Safiq namun diharap jurulatih perlu memilih berdasarkan prestasi terkini. Sekiranya Safiq layak mungkin boleh diberikan peluang tapi jika sebaliknya, elok diambil pemain yang dalam prestasi terbaik.

Please follow and like us:
error0

Safiq Rahim sah menyarung jersi Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pemain bolasepak Selangor dan kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim telah sah menjadi milik pasukan Johor untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan. Kontrak beliau dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bakal berakhir pada 30 November sebelum beliau akan menandatangani kontrak dengan pasukan Johor.


Blog MohdYunos89

Beliau akan menandatangani kontrak dengan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk tempoh 1+1 (setahun dan dilanjutkan setahun) dan beliau juga diberi pelepasan jika mendapat tawaran menyertai kelab luar Asean pada tahun 2014. Safiq yang dikenali dengan kepakaran menjaringkan gol melalui sepakan percuma berkata , faktor beliau berpindah ke Johor adalah untuk beralih angin selepas bersama Selangor sejak 2007.
Beliau juga dikatakan pernah mendapat tawaran latihan bersama sebuah kelab di Croatia sebelum ini tapi terpaksa ditolak kerana bertembung tarikh dengan persiapan skuad kebangsaan menghadapi Piala AFF Suzuki akhir bulan ini.
Sumber – Bernama

Satu keputusan yang drastik dibuat oleh pemain tengah kebangsaan ini. Selain dari tawaran lumayan pasti dengan kemasukan pemain-pemain handalan memberikan keyakinan kepada beliau untuk meraih lebih banyak trofi sebagai koleksi piala yang dimenangi terutama Piala Malaysia. Ini kerana ia merupakan satu-satunya piala yang belum pernah dirainya sepanyang melibatkan diri dalam kejohanan bolasepak tempatan ini.
Semoga beliau berjaya dalam pasukan Johor.

Sekian..

p/s :- Memang hebat sekali perubahan besar-besaran yang dilakukan oleh pasukan Johor ini setelah dikemudi oleh Tengku Mahkota Johor. Suntikan kewangan oleh beliau pasti akan mengubah pasukan Johor yang akan mencabar pasukan lain dalam mengejar trofi bolasepak Malaysia.

Please follow and like us:
error0

Faktor usia dan permit penghalang Safee dan Safiq menyarung jersi Cardiff City

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya setelah senyap perihal Cardiff City akhirnya kedudukan pemain negara Safee Sali dan Safiq Rahim terjawab. Walaupun persembahan mereka menambat hati jurulatih Malky Mackay sepanjang latihan namun faktor usia dan permit menghalang usaha mereka untuk menembusi Liga Inggeris. Angan-angan untuk melihat pemain Malaysia mewakili kelab Inggeris pada musim ini telah terkubur tapi itu bukanlah penamatnya. Mungkin ada pemain-pemain muda lain yang boleh menunjukkan bakat di sana.
Memang agak sukar untuk mereka mendapat peluang di Inggeris dengan syarat ketat yang dikenakan. Tapi diharap mereka tidak berputus asa dan mencuba liga yang lain. Kalau gossip terbaru mengenai Safee Sali dilamar oleh 3 kelab ternama Eropah benar, tak mustahil Safiq Rahim juga akan diintai oleh kelab lain.
Semoga masa depan mereka untuk beraksi di luar negara dapat dicapai sekaligus meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan. Mungkin pemain seperti Khairul Fahmi, Mohd Fadhli Sas dan Mohd Nadzmi Faiz boleh mengintai peluang di luar negara…

Image Hosting

Image Hosting

Sumber Berita : Kosmo
Sekian..

Please follow and like us:
error0

Safiq Rahim bakal ke Cardiff City ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Image Hosting
Nampaknya peluang untuk pemain Malaysia beraksi ke luar negara semakin cerah. Kalau sebelum ni, Safee Sali bermain di Liga Indonesia dan diintai oleh pasukan Bundesliga, kemudian cerita Baddroll Bakhtiar diintai Wigan ,pemain Harimau Muda mendapat tawaran bermain di Liga Slovakia dan yang terbaru, pemain tengah dan kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim mendapat peluang untuk beraksi di Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan. Pasukan Cardiff City yang dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee telah mengemukakan surat tawaran dan dokumen berkaitan kepada Safiq Rahim. Pemain Selangor itu akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Cardiff City pada 5 September untuk perbincangan lanjut. Seandainya berjaya melepasi ujian yang ditetapkan oleh Cardiff City, kemungkinan besar Safiq Rahim akan menyarung jersi Cardiff pada bulan Januari 2012 dan akan beraksi diperingkat yang tinggi.

Sumber :- Kosmo
Semoga beliau berjaya mendapat tempat sekaligus mampu melangkah ke peringkat yang lebih tinggi…

Info 27.08.2011 , Cardiff City berada di kedudukan 8 dengan 7 mata dari 4 perlawanan.

Sekian..

Please follow and like us:
error0