Safee Sali dipinjamkan ke Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya satu lagi perpindahan yang cukup mengejutkan dilakukan oleh pasukan Johor. Pasukan Johor telah meminjam penyerang kebangsaan, Safee Sali untuk bermain dengan skuad Liga Super Malaysia pada musim depan. Menurut kelab asal Safee Sali Arema FC, pihak pengurusan Arema FC bersetuju untuk melepaskan Safee bagi memberi peluang kepada pemain tempatan Indonesia.

Image Hosting
Safee Sali bersama bakal pemain Johor bertemu Tengku Mahkota Johor di Wisma FAM
Menurut pengerusi Arema, kontrak Safee bersama Arema masih ada dan hanya akan berakhir pada Februari 2014 dan Safee masih berpeluang untuk kembali ke pasukan itu.
Menurut Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pinjaman itu akan bermula pada 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.
Sumber :- ESPNStarMy
Satu keputusan yang mengejutkan dari pihak Johor, Arema dan Safee sendiri. Apapun mungkin pihak berkaitan lebih tahu yang mana baik untuk Safee. Cuma tak sedap bila perkara ini dilakukan ketika Safee sedang mengalas tugas bagi skuad kebangsaan.

Sekian

Please follow and like us:
error0

Nasib Safee Sali dalam tanda tanya selepas PSSI mengantung Pelita Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Isu ini telah lama berbangkit dan akhirnya Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengantung pasukan dari 25 kelab yang beraksi di bawah Liga Super Indonesia (ISL). Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menerima surat rasmi dari PSSI. Walaupun begitu, penyertaan Safeee dalam pasukan kebangsaan tidak terjejas berikutan laporan tersebut tidak menyentuh larangan pemain negara.
ISu ini berbangkit setelah Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pernah mengarahkan PSSI menyelesaikan kemelut berikutan terdapat 2 liga utama di Indonesia iaitu Liga Super Indonesia (ISL) dan Liga Premier Indonesia (IPL)
Sumber :- Utusan
Safee Sali yang mewakili pasukan Pelita Jaya mungkin berdepan situasi sukar dengan pengumuman dari PSSI ini.Walaupun tidak menyentuh mengenai penyertaan Safee namun kena tengok keputusan FIFA samada pemain penyerang skuad Harimau Malaya ini layak untuk beraksi. Diharap FAM dapat melihat dari sudut undang-undang bagi mengelakkan perkara berbangkit dikemudian hari.

Sekian.

Berita terkini …

Safee Sali dilarang beraksi di pentas antarabangsa apabila telah menerima satu surat yang baru diterima daripada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) yang mengatakan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bertindak menggantung semua pegawai dan pemain dari 32 yang beraksi di Liga Super Indonesia (ISL).
Keputusan ini juga memungkinkan Safee Sali tidak dibenarkan beraksi di AFF nanti.

Sumber Terkini : Utusan

Lagi Terkini 14 Oktober 2012
Safee dibenarkan bermain perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong
Sumber : DuniaSukan

Please follow and like us:
error0

Faktor usia dan permit penghalang Safee dan Safiq menyarung jersi Cardiff City

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya setelah senyap perihal Cardiff City akhirnya kedudukan pemain negara Safee Sali dan Safiq Rahim terjawab. Walaupun persembahan mereka menambat hati jurulatih Malky Mackay sepanjang latihan namun faktor usia dan permit menghalang usaha mereka untuk menembusi Liga Inggeris. Angan-angan untuk melihat pemain Malaysia mewakili kelab Inggeris pada musim ini telah terkubur tapi itu bukanlah penamatnya. Mungkin ada pemain-pemain muda lain yang boleh menunjukkan bakat di sana.
Memang agak sukar untuk mereka mendapat peluang di Inggeris dengan syarat ketat yang dikenakan. Tapi diharap mereka tidak berputus asa dan mencuba liga yang lain. Kalau gossip terbaru mengenai Safee Sali dilamar oleh 3 kelab ternama Eropah benar, tak mustahil Safiq Rahim juga akan diintai oleh kelab lain.
Semoga masa depan mereka untuk beraksi di luar negara dapat dicapai sekaligus meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan. Mungkin pemain seperti Khairul Fahmi, Mohd Fadhli Sas dan Mohd Nadzmi Faiz boleh mengintai peluang di luar negara…

Image Hosting

Image Hosting

Sumber Berita : Kosmo
Sekian..

Please follow and like us:
error0

Safee Sali menarik minat kelab Galatasary, PSG dan Pananthinaikos ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Image Hosting
Terbaca berita di Kosmo mengenai penyerang sensasi negara, Safee Sali yang masih belum pasti dengan masa depannya dengan pasukan kelab Indonesia, Pelita Jaya. Namun yang lebih mengujakan bila terdapat petikan perenggan ayat berikut :-

Selain turut diintai juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United, Safee menerusi laporan akhbar semalam juga mengakui telah dilamar oleh tiga kelab ternama Eropah.

Safee begitupun enggan mendedahkan nama ketiga- tiga kelab tersebut atas alasan ia sekadar tawaran secara lisan dan masih belum ada sebarang persembahan rasmi dibuat setakat ini.

Difahamkan, ketiga-tiga kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Safee ialah kelab dari Turki, Galatasaray, Panathinaikos FC (Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain yang baru sahaja mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru ini.

Sumber :- Kosmo

Tak pasti samada ianya benar atau sekadar gossip sahaja tapi seandainya betul pastinya ia akan menjadi sejarah. Ketiga-tiga pasukan berikut merupakan antara pasukan ternama dalam Eropah. Pasukan Gatasary dan Pananthinaikos sering mewakili kelab dari negara Turki dan Greece ke kejohanan bolasepak Liga Juara-juara Eropah. Bagi pasukan Paris St Germain pula adalah pasukan yang kini mula meningkat naik dengan mendominasi Liga Perancis.
Pastinya peluang ini tidak datang selalu dan dengan umur yang semakin meningkat Safee Sali patut menerima salah satu tawaran dari kelab tersebut. Mungkin saingan di sana berbeza dan tinggi berbanding kelab di Asia Tenggara namun pastinya ia akan meningkatkan lagi kualiti permainan beliau sekaligus mencetuskan fenomena terhadap pasukan kebangsaan.
Harap-harap tawaran tersebut adalah benar dan bukan sekadar gossip liar sahaja. Semoga Safee Sali bijak memilih masa depan beliau..

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Safee Sali dapat tawaran ke Bundesliga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya berita hangat terbaru mengenai penyerang sensasi negara, Safee Sali banyak diperkatakan di blog. Menariknya, gossip yang diterima bukanlah mengenai hal peribadi tapi mengenai kerjaya beliau yang dikhabarkan mendapat tempat di hati kelab bolasepak Liga Jerman ( ‘Bundesliga’).

Walaupun belum dipastikan kesahihannya namun ia tidak mustahil memandangkan Safee Sali telah membuktikan kehebatan beliau di persada antarabangsa. Malahan, walaupun skuad kebangsaan tumpas ketika pra kelayakan dan perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab bertaraf dunia namun persembahan Safee Sali pastinya mendapat tempat di kalangan pencari bakat.

Seandainya, Safee Sali diambil oleh pasukan di dalam Bundesliga, pastinya ada pemain lain yang akan mengikut jejak langkah beliau sekaligus menempa sejarah dalam arena bolasepak tempatan. Diakui sebagai antara Liga bolasepak terhebat dunia, Safee Sali pastinya akan meningkatkan lagi skill dan pengalaman di samping menambahkan lagi pendapatan. Semoga ianya akan menjadi realiti untuk beliau menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Sekian..

p/s :- Agak-agak pasukan mana yang melamar beliau? Bayern Munich? Bayern Leverkusen? Borrusia Dortmund?? VFB Stuggart?

Please follow and like us:
error0