Aksi Sulung Safawi di Liga Portugal

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Penyerang skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid membuat penampilan sulung bersama skuad bawah-23 tahun (B-23) Portimonense SC dalam perlawanan menentang pasukan Sporting Lisbon di Portugal, awal pagi tadi.

Pasukan diwakili pemain berusia 23 tahun yang dipinjamkan oleh Johor Darul Takzim (JDT) itu bagaimanapun tewas 1-3 dalam perlawanan Liga Revelacao B-23 di Stadium Dois Irmaos.

Safawi yang dilaporkan beraksi cemerlang pada sesi latihan dimasukkan sebagai kesebelasan utama pasukan B-23 kelab Portugal itu oleh pengurus Paulo Sergio.

Dalam perlawanan tersebut, Portimonense SC mendahului pada minit ke-18 melalui gol yang dijaringkan pemain dari Brazil Romulo Machado sebelum pemain Sporting Lisbon Rafael Fernandes mengikat kedudukan pada minit ke-28.

Namun dua gol pantas Sporting Lisbon dalam tempoh tiga minit menerusi pemainnya Duarte Carvalho dan Nicolai Skoglund pada babak kedua memaksa Portimonense akur tewas 1-3.

Keputusan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan kedua-dua pasukan dalam Liga Revelacao (zon selatan) dengan Sporting Lisbon kekal di tempat ketiga sementara Portimonense di tangga ketujuh selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan.

— BERNAMA

Video Debut Safawi Di Liga Portugal

Please follow and like us:
error0
post

Safawi diperkenalkan oleh Portimonse

Pemain sayap sensasi negara, Muhammad Safawi Rasid telah diperkenalkan secara rasmi oleh pasukan kelab Portugal Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal pada Rabu lalu.
President Portimonese SC Rodiney Sampaio berharap dengan kehadiran Muhammad Safawi ke dalam pasukan kelabnya dapat menguatkan lagi barisan serangan memandangkan bintang Johor Darul Ta’zim itu mempunyai kemahiran teknikal yang baik.

“Ramai masih belum tahu mengenai dia (Muhammad Safawi) dan keadaan sama seperti ketika kami membeli (pemain Jepun), Shoya Nakajima (dari FC Tokyo pada 2017), tapi saya harap dia dapat capai kejayaan sama seperti Nakajima,” katanya dalam sidang media yang dimuat naik menerusi laman sesawang kelab www.portimonense.pt.

Menurut kenyataan kelab, pemain berusia 23 tahun yang dipinjamkan dari JDT selama semusim.

Sementara itu, Muhammad Safawi sudah bersedia membantu kelab mencipta kejayaan dan berharap diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya.

“Saya tidak sabar untuk beraksi bersama kelab ini dan berharap dapat menyumbang kepada pasukan.

“Saya kenal beberapa pemain yang menjadikan pasukan kelab ini sebagai batu loncatan untuk menyertai pasukan lebih besar seperti Nakajima dan pemain Brazil Bruno Tabata yang menyertai Sporting Lisbon, tapi saya di sini untuk menyumbang kepada kelab,” kata pemain kelahiran Dungun, Terengganu yang akan menyarung jersi bernombor 29.

Ucapan Safawi Rasid di Sidang Media Portimonense SC

— BERNAMA

Semoga Safawi akan berjaya di sana. Kami di Ligakampung.com akan sentiasa mengikuti perkembangan Safawi. Semoga impian untuk bermain di kelab Eropah yang lebih besar akan terlaksana.

Please follow and like us:
error0
post

Safawi bakal ke Portugal

Selepas Luqman Hakim, kini pemain sensasi negara Safawi Rasid telah menarik perhatian kelab dari Portugal, Portimonense SC.
Pasukan yang berpengkalan di ALgarve itu telah mengikut perkembangan pemain JDT itu selepas mengikuti perkembangan pemain itu selama enam bulan.

“Dengan status sebagai pemain muda terbaik, Portimonense SC percaya dia pemain paling berpotensi di negaranya dan salah seorang bintang di benua Asia yang dijangka menyerlah pada masa akan datang.

“Perjanjian sudah dimeterai dan ia dapat dijayakan menerusi hubungan baik antara pemegang saham terbesar pasukan, Theodoro Fonseca dengan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” lapor media terbabit.

Laporan sama turut menyebut betapa perpindahan itu dilihat memberi anjakan dan perkembangan positif terhadap bola sepak Malaysia.

Jurulatih pasukan itu, Paulo Sergio yang sebelum ini menunjukkan minat untuk mendapatkan seorang lagi pemain sayap kini memiliki pemain muda berpotensi untuk diketengahkan ketika ini

Terdahulu, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan pasukan itu menerima tawaran daripada Portimonense untuk Safawi dan bersedia untuk melepaskan pemain itu bagi meneruskan kariernya di Eropah.

Malah, perpindahan itu mendapat ‘restu’ Tunku Ismail sekali gus menyaksikan impian pemain kelahiran Dungun itu untuk menggegar bumi Eropah menjadi kenyataan.

“Lepaskan selepas habis league (liga), All the best Safawi,” kata Tunku Ismail menerusi kenyataan di Instagram pasukan Harimau Selatan.

Sumber :-BHarian

Ligakampung.com mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada Safawi.. Mungkinkah ada pertarungan antara Safawi dan Luqman Hakim pada Liga Portugal di musim hadapan?

Please follow and like us:
error0
post

Gossip Safawi Rasid

Adoi.. Apa citer pasal Safawi Rasid ni.. Dah sedap-sedap main dekat JDT tiba-tiba nama naik kat ruangan gossip.
Rupa-rupanya ada kisah antara Pawi dengan pelakon drama #SisCuba Syifa Melvin. Yang menjadi kontroversi bila pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan punca kemerosotan prestasi Safawi adalah disebabkan oleh pelakon cantik itu.

Hubungan kedua-dua selebriti ini bukan rahsia lagi apabila sering diluangkan dalam media sosial. Safawi juga nampak serius apabila telah menghadiahkan sebentun cincin kepada kekasihnya itu.
Sebenarnya kami di Ligakampung.com bukanlah nak tahu sangat pasal gossip-gossip ni tapi betul ke Pawi merosot sekarang ni? Memang nampak takde gol dalam 2 perlawanan sebelum ini tapi adakah betul beliau merosot.
Hm.. Mungkin panjang lagi cerita ni. Jangan camtu Pawi, kami support anda untuk lebih maju lagi. Relak je baca gossip sambil makan keropok Super Ring ye.
Tak payah ambil port sangat. Yang penting dapatkan kembali sepakan padu kaki kiri mu itu… Jangan ke laut pula tendangan mu tu. Kena hantar balik Ganu nanti..

Please follow and like us:
error0
post

Penalti Jepun ranapkan impian skuad bola sepak pungut pingat Sukan Asia

Perlawanan pusingan kedua antara pasukan bawah 23 Tahun Malaysia menentang Jepun tidak berkesudahan dengan cerita menarik. Walaupun sebelum ini skuad negara melakukan kejutan untuk melangkah ke pusingan kedua namun langkah pemain yang dilatih oleh Ong Kim Swee terhenti hingga sini.
Dalam perlawanan yang seimbang ini, skuad negara membuktikan bahawa mereka mampu untuk bersaing dengan pasukan yang lebih tinggi rankingnya.

Skuad Malaysia mempunyai peluang dan pemain terbaik malam ini, Safawi Rasid dinafikan gol oleh tiang dan palang sebanyak 2 kali. Malahan percubaan pada minit terakhir juga dapat ditepis oleh penjaga gol lawan.
Gol pasukan Jepun dihasilkan oleh Ayase Ueda melalui sepakan penalti selepas Dominic Tan terpaksa menjatuhkan pemain Jepun yang berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol Haziq Nazli pada minit ke 89.

Agak menyedihkan tetapi ia bukanlah tanda kalah dari pasukan negara. Nampak pemain Malaysia sebenarnya boleh bersaing apabila mempunyai lebih banyak peluang terutama pada babak kedua namun nasib tidak menyebelahi pasukan negara.

Please follow and like us:
error0