post

S Sivasangari rangkul gelaran ke 11

Pelapis Datuk Nicol David, S.Sivasangari semakin hampir untuk menampilkan aksi untuk menjadi ratu skuasy negara terbaharu.
Pemain berusia 20 tahun itu berjaya merangkul gelaran Persatuan Skuasy Profesional (PSA) yang ke 11 selepas memenangi Terbuka Australia 2019.
Dalam kejohanan yang berlangsung pada Ahad di Bega Country Club, Australia itu, Sivasangari menumpaskan peman Jepun, Satomi Watanabe dengan keputusan 5-11, 11-9,11-9,11-9 dalam tempoh 39 minit. Ia pencapaian baik selepas beliau berjaya muncul naib juara pada tahun 2017.

Pemain Wanita Muda terbaik Tahunan 2017/18 PSA itu mara ke akhir menumpaskan peserta tuan rumah, Christine Nunn manakala Satomi pula menumpaskan seorang lagi wakil negara, Rachel Arnold pada perlawanan separuh akhir.
Kemenangan ini menjadikan beliau adalah pemain negara ketiga memenangi gelaran Terbuka Australia sejak kejohanan itu bermula pada tahun 1979. Datuk Nicol David pernah memenanginya pada tahun 2011 dan 2012 manakala Low Wee Wern memenangi Terbuka Australia pada tahun lepas.

Dalam acara lelaki, wakil negara Mohd Syafiq terpaksa akur kepada pemain Perancis, Victor Crouin dengan keputusan 8-11,5-11,4-11 dalam masa 22 minit.

  • BERNAMA

Kredit Gambar : Twitter Shahrazad Sani

Please follow and like us:
error0
post

Sivasangari sasar 30 terbaik dunia

Pemain kebangsaan skuasy negara, S.Sivasangari mensasarkan untuk menduduki 30 pemain terbaik dunia sehingga akhir musim ini.
Pemain yang akan mengalas tanggungjawab selaku pemain skuasy negara susulan persaraan Datuk Nicol David kini berada dalam ranking ke 50 dunia dan sedang berehat untuk menyambung pelajaran di Universiti Cornell di Amerika Syarikat.
Beliau telah merancang untuk bermain dalam beberapa kejohanan utama disamping menumpukan pada pelajaran. Beliau yang baru sahaja memenangi Pro Series di US bulan lepas telah merancang untuk menyertai WSF Kejohanan Dunia dan Terbuka Australia pada Jun dan Julai nanti.

Pemain yang dinobatkan pemain muda terbaik 2018 oleh Persatuan Skuasy ini berlatih dibawah bekas pemain nombor satu dunia dari Australia, David Palmer.
Meskipun terpaksa membahagikan antara latihan dan pelajaran namun Sivasangari masih mampu meneruskan tanggungjawab tersebut.

Pemain Kedah berusia 20 tahun belum cukup bersedia untuk menggantikan Nicol David tapi akan berhabisan selepas beraksi secara sepenuh masa sedikit masa lagi.

  • BERNAMA

Ligakampung.com mengucapkan syabas dan semoga maju jaya bagi Sivasangari. Sudah pasti beliau akan menjadi tumpuan para peminat sukan skuasy untuk melihat sejauh mana perkembangan beliau.
Mungkin sasaran 30 terbaik itu mampu dicapai seandainya dapat memberikan aksi terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai tahun ini.

Please follow and like us:
error0
post

Nicol pertahan emas, S.Sivasangari rangkul Perak

Pertemuan antara dua pemain utama negara dalam skuasy wanita negara menyaksikan Nicol berjaya mempertahankan emas menumpaskan juniornya S.Sivasangari.
Lagenda skuasy negara dan bakal pemain utama bertarung sehingga ke set terakhir dimana S.Sivasangari mempamer aksi terbaik sebelum tumpas kepada mentornya dengan keputusan 13-11,9-11,11-5,6-11 dan 8-11.
Perlawanan ini menyaksikan baton yang bakal diserahkan oleh Nicol David sudah ditemui penggantinya. Nicol David yang telah berusia 35 tahun itu menumpaskan pemain kelahiran Kedah berusia 19 tahun untuk merangkul pingat emas kedua Malaysia dalam Sukan Asia 2018 ini.

kredit gambar NST

S.Sivasangari yang berada dalam ranking ke 40 dunia hampir-hampir mengejutkan Nicol yang kini di ranking ke 6 dunia. Ia juga merupakan hadiah harijadi yang bermakna bagi Nicol yang menyambut hari kelahirannya yang ke 5 pada hari ini.
Selamat Hari Jadi kami di Ligakampung.com ucapkan. Tahniah juga kepada S.Sivasangari. Anda mempunyai potensi untuk menjadi pengganti Nicol tapi masih banyak liku yang perlu dihadapi.

Please follow and like us:
error0
post

Pingat emas dalam genggaman acara skuasy

Selepas menunggu agak lama untuk menanti kalungan pingat emas, esok (26/8/2018) satu genggaman hampir pasti untuk menambah jumlah pingat emas Malaysia.
Sukan skuasy bagi perseorangan wanita akan menemukan dua pemain Malaysia di perlawanan akhir esok. Ratu skuasy wanita Malaysia, Nicol David bakal bertemu pemain berpotensi, S. Sivasangari esok.

Nicol yang merupakan juarat bertahan dan pemenang empat pingat emas di Sukan Asia menepati ramalan mara ke akhir selepas menumpaskan pemain nombor 19 dunia dari India iaitu, Dipika Pallikal manakala S Sivasangari pula mengejutkan pemain di ranking ke 16 dunia Joshna Chinnapa dari India dengan keputusan 12-10,11-6, 9-11 dan 11-7.
Pemain kelahiran Kedah berusia 19 tahun ini pasti ingin menumpaskan idolanya dalam perlawanan akhir yang dijangkakan sengit esok.
Siapa anda rasa akan menang?

Please follow and like us:
error0
post

Ng Eain Yow Juara Terbuka Australia, S Sivasangari rangkul naib juara

Nampaknya sukan skuasy negara menampakkan sinar yang baik apabila dalam kategori lelaki dan wanita telah muncul barisan pelapis bertaraf dunia.
Ng Eain Yow, bekas juara remaja dunia berjaya mencatat sejarah apabila memenangi kejohanan PSA Terbuka Australia pada Sabtu lalu dalam kategori lelaki.
Bagi kategori wanita pula, S Sivasangari pula terpaksa akur dengan pengalaman bekas juara dunia Rachel Grinham.

Ng Eain Yow, 19 tahun yang berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 yang lalu menambah koleksi pingat selepas menumbangkan Joshua Larkin 13-11, 11-6,11-9 di perlawanan akhir.
Eain Yow yang menduduki ranking ke 65 dunia itu menumpaskan pemain tuan rumah Joshua Larkin yang berada di ranking ke 71 dunia.
Eain Yow sebelum itu mengejutkan pilihan utama, Rex Hedrick pada separuh akhir. Juara remaja dunia 2016 itu mempamerkan aksi mantap untuk menumpaskan Larkin yang mendapat sokongan penuh dari penyokong tempatan.

Manakala S. Sivasangari,18 pula terpaksa akur dengan kehebatan Rachael Grinham yang menumpaskan pemain remaja itu dengan keputusan 11-5, 11-9, 11-7.
Kekalahan Sivasangari juga menamatkan kemenangan 14 perlawanan berturut-turut termasuk ketika Kejohanan Cabaran Beijing , Jelajah Malaysia dan Terbuka Malaysia.

| Dapatkan Raket Squash untuk jadi sehebat Ng Eain Yow |

Semangat para pemain muda ini cukup hebat dan semoga diteruskan hingga ke peringkat senior sekaligus dapat mencabar takhta juara dunia.

Please follow and like us:
error0
post

Nicol David kandas di suku akhir Terbuka Hong Kong 2017

Kemarau untuk mengondol kejuaraan bagi bekas pemain no 1 skuasy wanita dunia, Datuk Nicol David semakin berpanjangan.
Nicol David tumpas di suku akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong 2017 kepada pemain no 3 dunia, Camille Serme dari Perancis.

Nicol David dan Camille Serme ketika perlawanan dahulu

Pemenang 10 kali kejohanan ini tumpas kali pertama kepada Camille dalam 19 pertemuan sebelum ini.
Nicol yang kini menghuni tangga keenam dunia tidak menang sebarang kejohanan dan hanya menjuarai kejohanan Ciudad de Floridablanca di Colombia pada Mac lalu.

Dalam kejohanan Terbuka Australia di Darwin pula, juara Sukan SEA 2017 bagi lelaki, Ng Eain Yow dan wanita, S.Sivasangari pula melangkah ke akhir selepas menumpaskan lawan masing-masing hari ini.
Eain Yow, juara remaja 2016 menumpaskan pilihan utama dari Australia Rex Hendrick 6-11,7-11, 11-8, 11-8, 11-2 manakala Sivasangari pula menumbangkan pemain Mesir, Nouran El Torky 11-5, 11-4,11-6.

raket skuash

Dapatkan raket Skuash professional

Dalam perlawanan akhir nanti, kedua-dua pemain pelapis negara itu akan bertemu pemain tuan rumah dimana Eain Yow akan bertemu Joshua Larkin manakala Sivasangari menghadapi bekas juara dunia, Rachael Grinham.
Sumber :- NST

Please follow and like us:
error0
post

Sivasangari Rangkul Gelaran Terbuka Malaysia , Bakal Pengganti Nicol David

KUALA LUMPUR: Impian pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari untuk merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia tercapai apabila mudah menewaskan Milnay Louw dari Afrika Selatan pada perlawanan akhir di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, Sabtu.
Kejayaan pemain remaja itu juga memecah dominasi Datuk Nicol David yang bergelar juara sebanyak lapan kali pada kejohanan berkenaan.
Pada aksi final itu, Sivasangari mengekalkan rentak kemenangan untuk menewaskan Louw dengan straight set 11-9, 11-3, 11-5 di gelanggang Arena Nicol David.


“Menang pada kejohanan bernilai USD10,000 (RM42,265) (nilai keseluruhan) di Malaysia itu merupakan kejayaan paling bermakna. Saya sangat gembira kerana prestasi semakin baik dan perlu konsisten dalam kejohanan lain selepas ini.
“Bulan depan saya akan menghadapi Kejohanan Terbuka Australia yang bernilai USD10,000, harap prestasi saya lebih baik daripada hari ini kerana pemain yang akan beraksi nanti lebih hebat,” katanya kepada pemberita.
Sebelum ini, Sivasangari hanya memenangi kejohanan menawarkan hadiah bernilai keseluruhan USD 5,000 (RM 21,142) pada dua kejohanan baru-baru ini, di Siri Skuasy Jelajah Malaysia dan Piala Cabaran Beijing.
Mengenai aksi final hari ini, Sivasangari berkata kemenangan set pertama menambah keyakinannya untuk memenangi dua set seterusnya.

“Saya bermain dengan baik hari ini…namun ia bukan perlawanan yang mudah terutamanya pada set pertama.
“Strategi saya banyak membuat serangan di bahagian penjuru gelanggang kerana beliau (Louw) berbadan besar dan menyukarkan beliau bergerak pantas,” kata pemain nombor ke-47 dunia itu.
Sementara itu, nasib berbeza dalam kategori lelaki apabila wakil negara Ng Eain Yow kalah kepada Leo Au dari Hong Kong 6-11, 7-11, 4-11 dalam aksi final
Leo berkata kemenangan itu menaikkan semangatnya untuk lebih kompetitif pada kejohanan akan datang.
“Saya gembira dengan kejayaan ini. Saya beraksi dengan baik dan harap dapat mengekalkan rentak permainan atau bermain lebih baik pada kejohanan akan datang.
“Beliau (Eain Yow) memberi tentangan sengit kepada saya. Beliau memiliki kawalan bola yang baik di gelanggang, namun saya berjaya mengawal permainan sekali gus memenangi perlawanan akhir ini,” kata Leo. – Bernama

Please follow and like us:
error0