post

Keputusan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2015

Hari ini berlangsung 2 perlawanan penentuan pasukan manakah yang akan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia nanti.
Perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 12 Disember 2015 ini amat dinantikan oleh penyokong pasukan yang masih bertanding.

4 pasukan akan menentukan nasib masing-masing iaitu Pahang, Selangor, Felda dan Kedah pada malam ini. Setiap pasukan mempunyai misi masing-masing.
Pasukan Pahang selaku juara bertahan ingin mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lalu. Pasukan Selangor masih dalam misi 33 yang belum mampu dilunaskan lagi.
Pasukan Kedah ingin mengecap kejuaraan Piala Malaysia setelah kali terakhir menang pada tahun 2008. Felda pula pasti ingin mencipta sejarah menang kali pertama Piala Malaysia sekaligus menjadi pasukan kelab kedua selepas MPPJ yang menang kejuaraan teragung di Malaysia ini.

Perlawanan antara Selangor menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Selangor pasti menarik. Kedua-dua pasukan yang terikat 0-0 di Stadium Darulmakmur pasti ingin mencari gol awal dan mempertahankannya. Walaupun Selangor seperti berkelebihan bermain di gelanggang sendiri namun perlawanan separuh akhir ini berbeza.
Sesiapa yang mampu memanfaatkan peluang akan mencipta kemenangan. Sudah pasti hanya satu pasukan sahaja yang bakal ke perlawanan akhir nanti.

Perlawanan antara Kedah menentang Felda di Stadium Darul Aman, Kedah akan menyaksikan pertarungan hebat. Kedua-dua pasukan seri 2-2 di Stadium Selayang tempohari. Ini memberikan kelebihan gol di tempat lawan pada pasukan Kedah. Namun dalam perlawanan bola sepak apa boleh terjadi.
Kejutan pasukan Felda di Stadium Larkin tempohari mampu tercipta andai pasukan Kedah berasa berpuas hati dengan keputusan ini.

Pasukan manakah mampu pergi ke perlawanan akhir? Kita saksikan keputusan pada malam ini.

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2015

Selangor vs Pahang 2-0  [Agg 2-0 ]

10′ De Paula (SEL)

53′ Nazmi (SEL)

Kedah vs Felda Utd 2-1  [Agg 4-3]

40′ Syamin Yahya (FEL)

44′ Chidi Edeh (KED)

50′ Sandro (KED)

Tahniah kepada pasukan Kedah dan Selangor yang mengesahkan tempat untuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 ini.

Please follow and like us:
error0