post

Keputusan perlawanan bolasepak Piala Malaysia 21 September 2013

Hari ini berlangsungnya perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi saingan Piala Malaysia 2013. Perlawanan pada malam ini akan menentukan pasukan yang akan layak ke peringkat suku akhir. 2 pasukan dari 4 kumpulan akan bersaing bagi melayakkan diri untuk terus bersaing.

Dalam Kumpulan A perlawanan antara Selangor menentang Johor berlangsung di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam. Pasukan Selangor sudah gagal dalam misi ke 33 untuk layak ke peringkat suku akhir manakala Johor masih berpeluang untuk layak sekiranya menang dengan bantuan satu lagi perlawanan Kumpulan A.
Perlawanan antara Sime Darby menentang ATm pula berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang pasti akan menjanjikan saingan sengit. Kedua-dua pasukan perlu mengelakkan diri dari tumbang kerana pasukan Johor mampu memintas mereka untuk layak ke peringkat seterusnya.

Perlawanan Kumpulan B pula menemukan antara Johor DT menentang PKNS di Stadium Larkin, Johor pada jam 8.45 malam. Skuad Johor DT pasti ingin mengelakkan kekalahan manakala pasukan PKNS pasti ingin meneruskan rentak kecemerlangan walaupun telah layak pada perlawanan sebelum ini.
Perlawanan seterusnya adalah antara T-Team menentang Felda United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin pada jam 8.45 malam. Pasukan T-Team masih mempunyai peluang untuk ke suku akhir dengan syarat perlu menang besar dan mengharapkan kekalahan skuad Johor DT pada PKNS.

Perlawanan Kumpulan C menemukan pasukan Kelantan menentang Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 8.45 malam. Kedua-dua pasukan tidak mahu mengalami kekalahan kerana ia mungkin menyebabkan mereka tersingkir.
Perlawanan antara Negeri Sembilan menentang Terengganu pula berlangsung di Stadium Abdul Rahman, Paroi pada jam 8.45 malam. Skuad N.Sembilan memerlukan kemenangan bagi mencerahkan peluang mereka ke peringkat suku akhir.

Perlawanan Kumpulan D pula lebih terbuka. Perlawanan antara Sarawak menentang Perak berlangsung di Stadium Negeri Petra Jaya pada jam 8.45 malam. Kemenangan salah satu pasukan akan melayakkan mereka ke suku akhir.
Perlawanan antara Kedah menentang Lions XII berlangsung di Stadium Darul Aman pada jam 8.45 malam akan menentukan pasukan kedua layak ke suku akhir bagi kumpulan D.
|Dapatkan Jersi Bolasepak Kelab Bolasepak Malaysia Original! |

Siaran langsung perlawanan bolasepak Piala Malaysia 21.9.2013

piala malaysia sarawak vs perak
image hosting software

Perlawanan antara Johor Darul Takzim menentang PKNS akan disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801. Perlawanan antara Sarawak menentang Perak akan disiarkan oleh TV1.
Continue reading

Please follow and like us:
error0