post

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 27 Oktober 2015

Hari ini berlangsung 3 perlawanan Piala Malaysia. Berdasarkan keputusan sebelum perlawanan hari ini 2 pasukan iaitu Selangor dan Johor DT telah mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir nanti.
Perlawanan malam ini pasti akan mengesahkan lagi beberapa pasukan yang mengiringi kedua-dua pasukan untuk melangkah ke peringkat kalah mati dalam kejohanan bolasepak terulung di Malaysia ini.

Perlawanan Kumpulan A iaitu antara pasukan Johor DT II menentang Terengganu yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang berkesudahan kemenangan memihak pada pasukan pelawat. Pasukan JDT tumpas 1 -2 kepada Terengganu sekaligus menafikan peluang mereka untuk mara ke peringkat suku akhir apabila hanya memungut 4 mata dari 4 perlawanan.
Kemenangan pasukan Terengganu pula membuka peluang untuk pasukan dari Pantai Timur itu untuk melangkah ke peringkat seterusnya namun perlu menunggu perlawanan terakhir. Pada perlawanan hari ini, Issey Nakajima menjaringkan gol pada minit ke 8 namun penyerang import JDT II Shahril Ishak menyamakan kedudukan pada minit ke 33. Pemain tengah Terengganu, Ismail Faruqi menjaringkan gol pada minit ke 86 sekaligus meranapkan impian JDT II untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia 2015.

ISSEY-NAKAJIMA-FARRAN

Bagi kumpulan D pula terdapat 2 perlawanan berlangsung. Pasukan PDRM menentang Pahang di Stadium Shah Alam , Selangor dan keputusan penuh memihak Pahang dengan keputusan 0-3. Pasukan Pahang berjaya mendapatkan gol melalui pemain import sensasi Dickson Nwakaeme pada minit ke 28 sebelum penyerang prolifik, Matias Conti menambah duka PDRM melalui jaringan pada minit ke 30 dan 82. Berdasarkan keputusan ini, Pahang menjadi pasukan ketiga yang telah mengesahkan tempat untuk ke suku akhir Piala Malaysia 2015.
lee-gil-hoon
Satu lagi perlawanan kumpulan D membabitkan pasukan PKNS menentang Pulau Pinang yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Pasukan PKNS hanya mampu seri dengan Pulau Pinang dengan keputusan 1-1. Jaringan pasukan PKNS dijaringkan oleh Mohd Alif Haikal pada minit ke 43. Sebelum itu, penyerang import Pulau Pinang, Lee Gil hoon menjaringkan gol pada minit ke 16. Keputusan ini menyaksikan peluang terbuka bagi PDRM, PKNS dan Pulau Pinang untuk mara ke suku akhir.

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 27.10.2015

Johor DT II vs Terengganu 1-2
8′ Issey Nakajima (TER)
33′ Shahril Ishak (JDT II)
86′ Ismail Faruqi (TER)

PDRM vs Pahang 0-3
28′ Dickson Nwakaemae(PAH)
30′ Matias Conti (PAH)
82′ Matias Conti (PAH)

PKNS vs Pulau Pinang 1-1
16′ Lee Gil Hoon (PP)
43′ Mohd Alif Haikal (PKNS)

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Bolasepak Piala Malaysia 17 Oktober 2015

Perlawanan bolasepak Piala Malaysia 2015 berlangung semula selepas berehat disebabkan perlawanan antarabangsa. Perlawanan pasti menjadi semakin panas kerana ia akan menunjukkan pasukan yang berpotensi untuk melangkah ke perlawanan berikutnya.
8 perlawanan melibatkan 16 pasukan berlangsung pada hari ini. Pasukan manakah akan membawa mata penuh pada perlawanan hari ini? Berikut merupakan keputusan Piala Malaysia 17.10.2015

Keputusan Penuh Piala Malaysia 17 Oktober 2015

Kumpulan A

Lions XII vs JDT 2  (0-0 ) 1-0

shahdan-sulaiman-lionsXII

Pasukan Lions meraikan jaringan gol menentang JDT 2


49′ Shahdan Sulaiman (LNS)

Terengganu vs Kedah (1-0 ) 2-1

24′ Issey Nakajima’ (TRG)
69′  Bang Seungwhan (KED)
72′ Issey Nakajima’ (TRG)
75′ Hasmizan Kamarodin (TRG)

 

** Pasukan Lions XII berjaya menang tipis ke atas JDT 2. Ia juga memberikan peluang besar kepada pasukan dari negara seberang untuk layak kerana hanya memerlukan satu mata sahaja lagi dari 2 baki perlawanan.

Kumpulan B

JDT vs ATM (3-0) 4-0

12′ S Chanturu (JDT)
24′ Safiq Rahim (JDT)
34′ L. Figueroa(JDT)
69′ Nazrin Nawi (JDT)
 
Sarawak vs Perak 1-0

34′ Partiban (SAR)

 

Kumpulan C

Felda United vs Kelantan 2-2

18′ Thiago Augusto (FELDA)
28′ Ahmad Fakri Saarani (KEL)
31′ Thiago Augusto (FELDA)
42′ Mohd Badri Radzi (KEL)
 
Selangor vs T-Team 2-1

17′ Andik Vermansyah (SEL)
27′ Mohd Zarulizwan (T-Team)
72′ Ahmad Hazwan Bakri (SEL)

 

Kumpulan D

Pahang vs PKNS FC (1-2) 1-4

15′ Gabriel Guerra (PKNS)
25′ Pedro Henrique Olievera  (PKNS)
41′ Zesh Rahman (PAH)
82′  Mohd Nizam Abu Bakar (PKNS)
90′ Patrick Ronaldinho (PKNS)

Pulau Pinang vs PDRM (0-2)  2-3

4′ Mahamadou Sumareh (PP)
9′ Ahmad Nizam (PDRM)
66′ Lee Gin Hoon (PP)
86′ Mohamadou Sumareh (PDRM)
89′ Mohamad Faizal (PP)

** Kejutan pada kumpulan D yang nampaknya terbuka saingan. Pasukan Pahang tumpas dengan jaringan yang besar di gelanggang sendiri. Begitu juga dengan pasukan Pulau Pinang yang nampaknya gagal untuk mendapatkan mata di gelanggang sendiri.

Please follow and like us:
error0