post

Keputusan Perlawanan akhir Piala FA 2014

Hari ini akan berlangsung perlawanan akhir bolasepak Piala FA 2014 Liga Malaysia. Perlawanan akhir pada malam ini menemukan jagoan, Pahang menentang pasukan berstatus kelab, Felda United.
Pasti perlawanan pada malam ini menjanjikan saingan menarik memandangkan pasukan Pahang sudah lama tidak menjulang Piala FA manakala skuad Felda United baru kali pertama melangkah ke perlawanan akhir kejohanan besar.
Piala_fa2014

Pertembungan 2 pasukan dari Liga Super dan Liga Perdana tidak dianggap berat sebelah kerana kekuatan kedua-dua pasukan hampir seimbang. Pasukan Pahang yang bertarung untuk mengejar Liga Super tidak boleh memperlekehkan skuad Felda.
Skuad Felda yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti mempunyai barisan pemain berpengalaman untuk menghadapi perlawanan akhir.

pahang felda
image hosting gif

Siaran langsung perlawanan akhir Piala FA 2014

Perlawanan akhir Piala FA 2014 berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. Ia akan disiarkan oleh rangkaian TV1 dan ASTRO Arena 801.

Keputusan Perlawanan akhir Piala FA 2014

Kesebelasan Utama ( Pahang vs Felda United)

Pahang XI: Khairul Azhan, Shahrizan, Razman, Damion, Saiful Nizam, Gopinathan, Hafiz, Azidan, Azamuddin, Dickson, Conti.

Felda United XI: Farizal, Yaroslav, Hasni, Shukor, Aizul, Indra Putra, Khairul, Syamim, Zah Rahan, Raimi, Edward.

Pahang vs Felda United 2-1 (0-1)

22′ Wilson (FELDA) 

79′ Faizol (PAH)

88′ Dickson Nwakaeme (PAH)

shukor azamudin
photo host

 

** Tahniah kepada pasukan Pahang yang berjaya memenangi perlawanan akhir Piala FA 2014. Walaupun ketinggalan namun semangat juang dan tidak mengaku kalah membuahkan hasil apabila kemenangan diperolehi.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan pusingan ke 2 Piala FA 4 Feb 2014

Hari ini berlangsung pusingan kedua bagi Piala FA Malaysia 2014. Antara kejohanan yang diidamkan oleh pasukan bolasepak tempatan. Bukan hanya untuk menjulang trofi kejohanan tetapi juga merupakan tiket untuk ke perlawanan bolasepak Piala AFC 2015. Setelah pasukan Pahang melayakkan diri manakala perlawanan antara skuad Johor DT dan T-Team masih belum diketahui keputusan, hari ini 12 pasukan bertanding untuk merebut slot ke suku akhir.
Satu perlawanan telah diketahui iaitu antara pasukan Selangor menentang Sarawak yang berkesudahan pasukan Ngap Sayot berjaya menumbangkan skuad The Red Giant di Stadium MBPJ dengan keputusan 1-0 dimana gol tersebut dijaringkan oleh Zamri Morshidi pada minit ke 33.

Perlawanan lain adalah antara PKNS FC menentang Terengganu yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada jam 8.45 malam. Walaupun sebagai tuan rumah, PKNS tidak mendapat kelebihan memandangkan stadium yang terpaksa dipilih adalah terletak di Negeri Sembilan. Tetapi mereka mempunyai jentera serangan yang berkaliber cuma belum masa untuk menonjol. Manakala skuad Terengganu juga telah menunjukkan peningkatan dan pasti akan cuba mendapatkan kemenangan untuk ke suku akhir Piala FA.
Perlawanan antara pasukan berjiran iaitu Kedah menentang Perlis berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada jam 8.45 malam. Pertembungan kedua-dua pasukan yang pernah menjadi gergasi bolasepak ini pasti menarik memandangkan kedua-dua pasukan ingin kembali meletakkan nama skuad masing-masing di peringkat tertinggi. Mungkin Piala FA akan menjadi salah satu piala taruhan untuk mereka melangkah lebih jauh. Namun, pasukan manakah yang akan berjaya?

Perlawanan antara dua pasukan dari Liga Perdana iaitu PBAPP FC menentang PDRM di Stadium Bandaraya, P. Pinang pada jam 8.45 malam. Pasukan PBAPP yang bermain di gelanggang sendiri tetapi skuad PDRM pasti ingin meneruskan langkah lebih jauh bagi memberi hadiah kepada jurulatih , Dollah Salleh yang baru keluar dari wad.
Perlawanan antara Kelantan menentang Sabah pula berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 8.45 malam pastinya menjanjikan saingan menarik. Skuad The Red Warrior yang juga juara bertahan pasti tidak mahu kecewa dalam pertandingan ini. Walaupun kekuatan Sabah tidak menjadi sebutan namun kejutan mampu dilakar ditambah lagi dengan ketajaman Rozaimi yang mampu menghalang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan.

Perlawanan antara pasukan kelab, Sime Darby menentang Felda yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada jam 8.45 malam tidak kurang hebatnya. Kedua-dua pasukan mempunyai barisan pemain yang satu ketika dahulu pernah menyarung jersi kebangsaan. Ditambah pula dengan adunan pemain muda yang berkaliber pasti pertarungan pada hari ini akan menjadi sengit.
Pasukan manakah yang akan ke suku akhir Piala FA 2014 ?

Siaran langsung perlawanan Piala FA 4.2.2014

Siaran langsung antara PKNS menentang Terengganu akan disiarkan secara langsung di TV1 pada jam 8.45 malam. Perlawanan antara Kelantan menentang Sabah pula akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 pada jam 8.45 malam.

Keputusan perlawanan Piala FA 4.2.2014

Keputusan Penuh

Selangor vs Sarawak 0-1 (0-1)
33′ Zamri Morshidi (Sarawak)

Kelantan vs Sabah’ 2-1 (1-0)
45′ Shawky (Kelantan)
55′ Rosdin (Sabah)
90 + 5 Shakir Ali (Kelantan)

PKNS vs Terengganu 2-1 (1-0)
37′ Ronaldinho (PKNS)
47′ Ismail Faruqi (Terengganu)
78′ Karlo Primorac (PKNS)

Kedah vs Perlis 4-0 (1-0)
44′ Billy Osman (Kedah)
53′ Adam Griffith (Kedah)
63′ Baddrol Bakhtiar (Kedah)
90′ Khairul Helmi (Kedah)

PBAPP FC vs PDRM 0-2 (0-0)
66′ Chad Souza (PDRM)
Bobby Gonzales (PDRM)

Sime Darby vs Felda 0-1 (0-0)
84′ Zah Rahan (Felda)

** Tahniah kepada Felda, PDRM, Kedah, PKNS, Kelantan dan Sarawak yang akan mara ke suku akhir.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan pusingan pertama Piala FA 2014

Selepas bermula perlawanan pertama Liga Super 2014, hari ini kita disajikan lagi perlawanan bolasepak tempatan. Kali ini berlangsung pula perlawanan peringkat pertama Piala FA 2014. Pasti perlawanan ini juga dinantikan oleh para peminat bolasepak tempatan. Perlawanan Piala FA adalah antara kejohanan terulung yang menjadi idaman setiap pasukan. Pasukan yang bukan berada dalam Liga Elit pasti juga bercita-cita untuk memberikan persembahan terbaik sekaligus mampu untuk menjulang Piala FA 2014. Disamping menjulang piala, pasukan juga akan layak untuk bermain di Piala AFC 2015 sekiranya menjadi juara Piala FA Malaysia ini. Hari ini 14 perlawanan akan berlangsung membabitkan 28 pasukan.
Terdapat beberapa keputusan telah diketahui (entri ini ditaip pada jam 7.41 malam) kerana berlawan disebelah petang. Perlawanan yang telah selesai adalah antara UiTM FC menentang T-Team yang berkesudahan dengan keputusan UiTM FC 2 T-Team 3. Perlawanan Melaka menentang Perlis yang berkesudahan Perlis menang 2-1 manakala PDRM menumpaskan SPA FC dengan keputusan 1-0. Keputusan ini bermakna 5 pasukan telah layak ke pusingan kedua Piala FA iaitu Johor, Kelantan yang layak secara automatik selepas menjadi juara dan naib juara Piala FA 2013 serta pasukan T-Team, PDRM dan Perlis yang menang ke atas lawan masing-masing.
Pasukan manakah yang akan mengiringi 5 pasukan ini? Kita nantikan keputusannya malam ini
piala-fa-2014

Siaran langsung perlawanan pusingan pertama Piala FA 2014

Perlawanan antara Perak menentang Pahang akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 pada jam 8.45 malam.
Siaran tertunda antara Sarawak menentang Penang pada jam 11.30 malam.
Siaran tertunda antara Lions menentang KL DRB Hicom pada jam 1.30 pagi di ASTRO Arena 801.

Keputusan perlawanan pusingan pertama Piala FA 2014

Keputusan Penuh
UiTM vs T-Team 2-3
Melaka vs Perlis 1-2
PDRM vs SPA 1-0
Lions XII vs DRM Hicom FC 3-0
K.Lumpur vs Kedah 0-4 (0-0)
S.Darby FC vs ATM 2-1 (1-0)
Kuantan FA vs Sabah0-1 (0-1)
N.Sembilan vs Felda Utd 0-1 (0-0)
Terengganu vs Shahzan Muda 4-0(3-0)
PKNS FC vs JDT II3-2 (2-2)
PBAPP FC vs Cebagoo FC 2-0 (0-0)
Sarawak vs Pulau Pinang 1-1(0-0) ET 2-1
Perak vs Pahang 2-2(2-1) ET 2-1 Penalti ( 4-5 )

** Pasukan yang menang akan layak ke pusingan kedua.. Pasukan yang layak ke pusingan kedua, Kelantan , JDT I, T-Team, Perlis, PDRM, Lions XII, Kedah, Sime Darby, Sabah, Felda, Terengganu, PKNS, PBAPP, Sarawak dan Pahang.

Please follow and like us:
error0