Keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala FA Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan bolasepak suku akhir kedua Piala FA berlangsung pada hari ini. Keputusan perlawanan pada hari ini akan menentukan pasukan yang akan melangkah ke separuh akhir kejohanan piala FA Malaysia ini. Pasti pemburuan untuk mencari piala ini akan diteruskan oleh pasukan-pasukan yang bertanding.
Terdapat 2 perlawanan pada petang manakala 2 lagi perlawanan pada sebelah malam. Perlawanan antara Sime Darby menentang Pahang dilangsungkan di Stadium MP Selayang pada jam 4.15 petang. Pasukan yang menang dalam perlawanan ini akan ke separuh akhir memandangkan agregat masih terikat 0-0.
Perlawanan Terengganu menentang Negeri Sembilan berlangsung di Stadium Sultan Ismail dan berlangsung pada 4.15 petang. Pasukan Terengganu selaku tuan rumah pasti mempunyai kelebihan kerana mendahului secara aggregat dengan 3-1. Kesempatan bermain di tempat sendiri pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya, namun pasukan N.Sembilan pasti akan cuba sedaya upaya untuk melakukan keputusan ajaib.
Perlawanan antara Sarawak menentang Kelantan pula berlangsung di Stadium Negeri, Kuching pada jam 8.15 malam. Keputusan perlawanan yang memihak Kelantan tidak cukup. Ini kerana keputusan Kelantan menang 2 gol berbalas 1 pasti memberikan kesempatan kepada Sarawak yang bermain di gelanggang sendiri. Pasti Sarawak akan bersemangat dengan sokongan padu penyokong sendiri sekaligus cuba menyingkirkan juara edisi 2012 ini.
Perlawanan antara Selangor menentang Johor DT berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada jam 8.45 malam. Sedikit kelebihan pada tuan rumah apabila menang 2-1 di tempat lawan tempohari namun ia masih belum selesa kerana pastinya Harimau Selatan tidak akan mengaku kalah.
Continue reading

Please follow and like us:
error0