post

Keputusan Penuh Kelayakan Piala Dunia 2018 – Malaysia tumpas tipis di tangan Arab Saudi

Perlawanan terakhir bagi kelayakan Piala Dunia 2018 untuk pasukan bola sepak negara. Perlawanan yang berlangsung di Stadium King Abdullah, Jeddah berakhir dengan keputusan memihak kepada tuan rumah.
Pasukan Arab Saudi berjaya menumpaskan skuad kendalian Ong Kim Swee dengan keputusan 2-0. Jaringan pasukan Arab Saudi dilakukan pada separuh masa kedua melalui Al Sahlawi pada minit ke 50 dan Taiseer Al Jassim pada minit ke 74.

harimau-malaya

Berdasarkan strategi bertahan, mungkin keputusan ini agak baik memandangkan keputusan sebelum ini dimana pasukan Malaysia sering dibelasah di tempat lawan. Namun secara keseluruhannya terlalu besar jurang antara pasukan Malaysia dengan kuasa Asia Barat ini.
Penguasaan penuh oleh pasukan Arab Saudi menyaksikan pasukan negara jarang sekali menjengah kotak penalti Arab Saudi. Malahan percubaan-percubaan juga terlalu sedikit untuk mencabar pasukan Arab Saudi.

Dari segi kawalan bola juga didapati longgar dan banyak kali hantaran datang semula ke Arab Saudi. Nasib baik Khairul Fahmi serta barisan pertahanan bermain baik namun kaedah bertahan memang sukar ketika bertemu pasukan handalan seperti Arab ini.
Kesudahannya pasukan negara GAGAL untuk layak ke Piala Dunia 2018 dan juga Piala Asia 2019. Banyak yang perlu diperbaiki lagi dari aspek asas bagi para pemain. Mungkin kita perlu tunggu dalam 5 tahun untuk menyaksikan pemain-pemain remaja yang berusia bawah 20 tahun pada ketika ini.
Ini kerana nampak seperti ada sinar di kelompok pemain di usia itu.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Bolasepak Sukan Asia – Malaysia lwn Arab Saudi

Hari ini merupakan penentuan bagi skuad Harimau Muda samada mampu meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya atau terpaksa menjadi kontinjen antara terawal yang akan pulang ke Malaysia.
Perlawanan terakhir penentuan kumpulan A bagi skuad bimbingan Ong Kim Swee berlangsung di Stadium Goyang, Korea Selatan pada jam 4.00 petang. Malaysia perlu menang pada perlawanan hari ini untuk ke suku akhir dan ke peringkat seterusnya.
HARIMAU MUDA / ASIAN GAMES INCHEON

Perlawanan berlangsung pada jam 4.00 petang menemukan skuad bawah 23 tahun menentang Arab Saudi. Sudah pasti perlawanan menentang Arab Saudi adalah sukar memandangkan saiz fizikal dan skill pasukan lawan. Namun jurulatih Ong Kim Swee pasti mempunyai perancangan untuk menembus kubu pertahanan Arab Saudi sekaligus mampu mengejutkan pasukan yang pernah menjadi gergasi Asia pada satu masa dahulu.
Walaupun pasukan Malaysia akan menyerang namun diharap kubu pertahanan serta tengah lebih berhati-hati agar kubu tidak dibolosi oleh pasukan lawan. Dengan semangat Malaysia Boleh pasti mereka akan bermain berhabis-habisan untuk menutup mulut pengkritik di luar sana.

Keputusa Perlawanan Bolasepak Sukan Asia 2014 – Malaysia vs Arab Saudi

Malaysia vs Arab Saudi 0-3 (0-0)
56′ Al Hafith (ARAB)
70’ Omar Kanabah (ARAB)
84’ Ahmad Asherri (ARAB)
** Tamat sudah harapan pasukan Harimau Muda untuk mendapatkan keputusan terbaik. Nampaknya pasukan bimbingan Ong Kim Swee akan pulang awal dengan kekecewaan.

Please follow and like us:
error0