post

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 – Malaysia melawan Canada

Hari ini berlangsung perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015. Pasukan hoki Malaysia yang mensasarkan untuk ke peringkat akhir nampaknya terpaksa berputih mata apabila tumpas 3 perlawanan dan hanya menang 1 sahaja.
Perlawanan ini tidak memberi impak besar kerana pasukan Malaysia akan tetap beraksi untuk keputusan tempat ke 5-6 selepas pasukan India mengejutkan pasukan Australia pada perlawanan pertama pada hari ini. Walaubagaimanapun, sudah pasti perlawanan pada malam ini memerlukan kemenangan bagi memperbaiki momentum pasukan negara.

Ulasan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 Malaysia menentang Canada

Suku Masa Pertama
Pada suku pertama, pasukan Malaysia berjaya mendahului Kanada dengan keputusan 2-0. Pasukan Malaysia mendahului pada minit ke 5 apabila Haziq Samsul menyambung hantaran dari Firhan Ashaari. Selang seminit, Nabil berjaya melakukan pukulan padu ke pintu gol yang telah terbias oleh pemain Kanada yang seterusnya menghasilkan gol.

Suku Masa Kedua
Suku kedua agak perlahan bagi pasukan Malaysia. Tiada jaringan tambahan dilakukan pada suku masa kedua ini.

Suku Masa Ketiga
Tengku Ahmad Tajudding berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke 38. Pasukan Kanada berjaya merapatkan jurang pada minit ke 40 melalui Mathew Sarmento. Haziq menjaringkan gol keempat pasukan Malaysia pada minit ke 43.

Suku Masa Keempat
Tiada jaringan tambahan pada suku keempat. Pasukan Malaysia menumpaskan Kanada dengan keputusan 4-1.

Keputusan perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 11.4.2015

Australia vs India 2-4

Korea Selatan vs New ZealandĀ 3-3

** New Zealand ke akhir menentang Australia..

Malaysia vs Canada 4-1

Please follow and like us:
error0
post

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 : Malaysia tumpas kepada New Zealand

Kejohanan hoki berprestij tempatan, Piala Sultan Azlan Shah tahun 2015 bermula pada hari ini. Perlawanan pertama yang membabitkan pasukan Malaysia menentang pasukan New Zealand yang berlangsung di Stadium Hoki Ipoh, Perak ini berlangsung pada jam 8.00 malam.
Pasukan hoki negara yang dibimbing oleh Tai Beng Hai ini bermula dengan langkah kiri apabila tumpas ke atas pasukan di tangga ke 7 dunia manakala skuad negara berada di ranking ke 12 dunia.

Pasukan Malaysia tumpas dengan keputusan 2-4 pada pasukan New Zealand. Jaringan pasukan New Zealand dilakukan oleh Haig pada minit ke 3, Child minit ke 5, Haywood minit ke 55 dan Neal pada minit ke 58. Pasukan Malaysia pula mendapatkan gol melalui Ramadan pada minit ke 21 dan Shahrun Nabil pada minit ke 52.

hoki-malaysia-vs-nz
Secara keseluruhannya pasukan Malaysia bermain baik pada suku ke 3 dan ke 4. Selepas bermula dengan perlahan, pasukan New Zealand berjaya mendapatkan 2 gol pantas pada awal permainan. Pasukan Malaysia hanya mula memberikan tentang pada suku ke 3 apabila berjaya mendapatkan gol dan berjaya menyamakan kedudukan pada suku ke 4.
Namun kelekaan benteng pertahanan dihukum oleh pasukan New Zealand untuk mendapatkan 2 gol sekaligus mendapatkan 3 mata penuh bagi perlawanan pertama.

Selepas ini, pastinya perlawanan yang lebih mencabar kerana perlu bertemu gergasi hoki, Australia. Semoga kelemahan yang dilakukan hari ini dapat diperbaiki oleh jurulatih dan para pemain terutama di barisan serangan yang tumpul dan tidak bernasib baik. Banyak peluang yang tidak dapat diterjemahkan sebagai gol akibat terkena palang dan gopoh membuat keputusan.

Keputusan Penuh Hoki Piala Sultan Azlan Shah 5.4.2015

MAS vs NZ 2-4

India vs Korea 2-2

Australia vs Canada 7-0

Please follow and like us:
error0