post

Khairul padam rekod 200 meter kebangsaan

Baru-baru ini media (termasuk Ligakampung.com) bercerita mengenai bilakah Rekod pecut 200 meter kebangsaan akan dipecahkan, dan hari ini ianya terjawab.
Pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan akhirnya berjaya memecahkan rekod berusia 49 tahun itu pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa (18 Julai 2017).

Khairul Hafiz di papan masa Sumber Gambar : Harian Metro

Dalam acara akhir 200 meter yang berlangsung kira-kira jam 9.00 malam itu menyaksikan ‘The Speedy Jantan’ mencatat masa 20.90 saat iaitu pantas 0.02 saat dari catatan Tan Sri Dr. M. Jegathesan yang dilakukan pada SUkan Olimpik 1968 di Mexico itu.
Catatan itu juga menyaksikan Khairul Hafiz Jantan menjuarai Kejohanan Terbuka Malaysia itu. Pencabar beliau dari Sarawak, Jonathan Nyepa menduduki tempat kedua dengan catatan 21.29 saat manakala pelari dari Perak G.Aravin di tempat ketiga dengan catatan 21.31 saat.

Catatan Masa yang dicatatkan oleh Khairul Hafiz dan pelari pada acara akhir 200 meter

Ini merupakan petanda baik untuk pasukan negara bagi menghadapi Sukan SEA 2017. Walaupun catatan tersebut masih jauh dari rekod Sukan SEA (20.69 saat) yang dicatatkan oleh Reanchai Seeharwong dari Thailand pada 1999 namun tidak mustahil untuk Khairul menjadi juara dalam acara tersebut.

Tahniah kepada Khairul Hafiz dan barisan pelari pecut yang lain. Semoga mereka perlu memperbaiki diri lagi. Cuma agak terkilan apabila acara pecut 100 meter tidak berjaya dimenangi oleh pelari tempatan selepas Khairul Hafiz dan Jonathan Nyepa mengambil keputusan menumpukan acara 200 meter manakala Badrol Hisyam yang diharapkan hanya sekadar tempat ketiga.

Video Detik Khairul Hafiz mencatat rekod baru kebangsaan acara 200 meter

Please follow and like us:
error0
post

Khairul Hafiz Gagal Pecah Rekod 200 meter

Impian untuk memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter yang berusia 48 tahun masih tertangguh lagi.
Catatan yang dilakukan oleh Tan Sri Dr M Jegathesan dengan catatan 20.92 saat masih utuh lagi sehingga hari ini.

Pelari pecut muda negara yang mensasarkan untuk memecahkan rekod tersebut hanya mencatatkan masa 21.10saat untuk memenangi acara 200 meter dalam kejohanan olahraga Terbuka Malaysia 2016 yang berlangsung di Stadium Mini Universiti Malaya.
Khairul Hafiz yang memberikan tumpuan penuh dan melepaskan acara 100 meter terpaksa menunggu lagi untuk memecahkan rekod yang dicatatkan oleh Jegathesan pada kejohanan Olimpik Mexico 1968.

Pada pendapat Ligakampung.com, Khairul tidak perlu kecewa walaupun sebelum ini impiannya menggunung. Beliau yang mempunyai catatan terbaik 21.00saat yang dilakukan di Kejohanan Remaja Asia di Ho Chi Minh City, Vietnam awal tahun ini masih muda dan berpeluang untuk mencatatkan angka di bawah 21 saat itu nanti.Jangan terlalu menumpukan pada REKOD tersebut sebaliknya buat sehabis mungkin. Kemungkinan latihan di luar negara yang dicadangkan mampu menghasilkan sesuatu dalam tempoh terdekat ini.
Masa masih panjang dan diharap beliau atau kawan-kawan beliau mampu meleburkan rekod tersebut. Mungkin pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur nanti atau kejohanan lain.

Video Khairul Hafiz raih emas Terbuka Malaysia 2016

Please follow and like us:
error0