post

Rafiq catat sejarah bergelar Juara Dunia 2018

Sejarah tercipta lagi dalam sukan Malaysia apabila pemain bowling negara, Muhammad Rafiq Ismail berjaya muncul sebagai Juara Dunia dalam Kejohanan Dunia Bowling Lelaki di Hongkong pada hari Sabtu lalu.
Pemenang pingat emas sukan Asia 2018 ini muncul juara selepas menumpaskan lawan dari Kanada Dan Maclelland dengan keputusan 217-204.
Sebelum itu, di peringkat separuh akhir, Rafiq berjaya menumpaskan lawan dari Amerika dengan keputusan tipis 171-170.

Kemenangan ini menyaksikan beliau menjadi pemain Malaysia pertama bergelar juara dalam kategori individu sejak ia dipertandingkan.
Pemain berusia 21 tahun sebelum ini pernah beraksi pada 2013 (tempat ke 40) dan 2018 (tempat ke 54). Pasukan Malaysia sebelum ini pernah memenangi acara trio melalui J.B Koo, Allan Hooi dan edward Lim pada kejohanan tahun 1979.

Kami di Ligakampung.com mengucapkan tahniah kepada Rafiq yang berjaya mencatat sejarah sekaligus membanggakan nama negara.
Pasti beliau mampu menjadi salah satu lagenda di dunia dan akan membuktikan kepada para belia di luar sana yang sukan mampu memberikan kejayaan dalam hidup semua.
Jadi teruskan bersukan dan kejar impian kita.

Please follow and like us:
error0
post

Rafiq pungut pingat emas individu bowling

Pemain boling muda negara, Rafiq Ismail memastikan bahawa ada pelapis bagi skuad boling negara selepas memenangi acara individu lelaki SUkan SEA Kuala Lumpur 2017.
Kemenangan itu tercatat selepas beliau menumpaskan rakan senegara , Adrian Ang dan pemain Indonesia Yeri Ramadona di SUnway Pyramid Petaling Jaya sebentar tadi.

Rafiq, 24 tahun yang juga juara bertahan pada saingan di Singapura 2 tahun lalu berjaya menang dengan keputusan 1418 jatuhan pin sambil diikuti oleh Adrian 1402 mata dan Yeri Ramadona dengan 1308 jatuhan pin.

Semoga ada lagi kilauan pingat emas yang sering memberikan kejayaan dalam sukan SEA.

Please follow and like us:
error0