post

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 menemukan antara pasukan JDT menentang pasukan Kedah. Pertembungan kedua-dua pasukan ini menyaksikan pertarungan epik kedua-dua pasukan yang pernah bertembung pada perlawanan akhir 2 tahun lalu yang dimenangi oleh pasukan JDT.
Tetapi pasti pada tahun ini aksi berbeza bakal ditampilkan oleh kedua-dua pasukan apatah lagi masing-masing mempunyai misi tersendiri untuk menjulang Piala Malaysia pada tahun ini.
Pasukan manakah akan menjadi juara? Ligakampung.com akan cuba memberikan sedikit ulasan selepas berakhirnya perlawanan yang berlangsung pada malam ini.

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019

JDT vs Kedah 3-0

Ulasan Separuh Masa Pertama

Pasukan JDT menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus. Gol jaringan Leandro Vasquez terhasil selepas kelam kabut oleh pertahanan Kedah.

Pada minit ke 35 sepakan percuma menarik melalui Safawi Rasid menerjah jaring sekaligus memberikan kelebihan kepada pasukan JDT di separuh masa pertama.

Dalam separuh masa pertama ini, memang pasukan JDT cukup mendominasi bahagian serangan lebih-lebih lagi selepas kemasukan Syafiq Ahmad menggantikan Diogo yang mengalami kecederaan. Barisan pertahanan Kedah pula meskipun berdisplin namun terdapat kepincangan menyebabkan serangan sering dilakukan oleh barisan serangan JDT. Ada beberapa percubaan yang hampir menghasilkan gol manakala Kedah masih buntuk untuk melepasi barisan tengah pasukan JDT yang dikemudi Afiq Fazail dan Harris Harun.

Nampak kekuatan yang berbeza dari barisan tengah memberikan kelebihan pada skuad JDT. Mungkin jurulatih Kedah perlu melakukan perubahan formasi dan pemain pada separuh masa kedua memandangkan barisan tengah agak pincang ketika ini.

Ulasan Separuh Masa Kedua

Perlawanan separuh masa kedua menyaksikan Kedah cuba untuk mendapat gol tetapi pasukan JDT masih menguasai di bahagian tengah. Jaringan terhasil melalui Syafiq Ahmad melalui tandukan pada minit ke 57 selepas satu hantaran cantik Afiq Fazail.

Tahniah kepada pasukan JDT yang berjaya memenangi Piala Malaysia 2019. Memang berbeza perbandingan antara kedua pasukan. Kita lihat dominasi bahagian tengah JDT selepas Harris Harun dan Afiq Fazail berjaya melaksanakan tugas berbanding David Rowley dan Baddrol Bakhtiar. Jangan kecewa kepada pasukan Kedah. Perbaiki untuk musim hadapan ye..

Please follow and like us:
error0

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2019

Sudah lama, Ligakampung.com tidak update mengenai Liga Malaysia secara langsung. Agak terbatas untuk kami mengatur masa untuk berada pada waktu yang sesuai. Pada hari ini kami berkesempatan di kaca televisyen dan di PC untuk menyaksikan siaran langsung maka kami dapatlah sedikit sebanyak update mengenai keputusan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019 yang melibatkan 4 gergasi bola sepak di Malaysia iaitu perlawanan antara JDT menentang Selangor di Stadium Larkin, Johor dan perlawanan antara Kedah menentang Pahang di Stadium Darulaman, Kedah.

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2019

JDT vs Kedah 2-1

Syafiq Ahmad (JDT) minit 14

Ifedayo (SEL) minit 16

Leandro (JDT) minit 49

Kedah vs Pahang 3-3

Wan Zaharulnizam (PAH) minit 13

Dickson Nwakaemae(PAH) minit 26

Rodriguez (KED) minit 32

Rodriguez (KED) minit 40

Azam Azih(PAH) minit 73

Zaquan Adha (KED) minit 90+4

Tamat perlawanan separuh akhir pertama. Nampaknya masing-masing masih berpeluang dengan keputusan pada hari ini. Perlawanan kedua akan menyaksikan pasukan mana akan ke akhir.

Please follow and like us:
error0