post

5 Perkara Yang Menarik Mengenai Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018

Liga Malaysia telah melabuhkan tirainya selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 yang dimenangi oleh Perak. Pasukan Perak berjaya memenangi perlawanan yang dramatik ini dengan keputusan 4-1 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 sehingga tamat perlawanan sebenar.
Untuk kali ini Ligakampung.com ingin berkongsi pendapat tentang 5 perkara menarik yang boleh kita lihat pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2018. Antaranya ialah :-

1) Isu tiket yang masih tidak berkesudahan. Apabila berlangsung perlawanan akhir, terdapat banyak masalah terutama penjualan tiket yang tidak sistematik. Kekurangan tiket dan pastinya ulat tiket masih berleluasa dalam era Professional ini.
cadangan demi cadangan telah dikemukakan tapi masih berlaku sehingga kini. Adakah akan berlaku pada tahun hadapan? Kita tunggu dan lihat.

2) Perlawanan akhir yang paling menarik disaksikan dalam dekad ini. Pertarungan bagi kedua-dua pasukan ini cukup mendebarkan bagi penyokong-penyokong kedua-dua pasukan. Kebiasaannya kalau perlawanan akhir kita akan saksikan gol yang sedikit tapi dalam perlawanan akhir kali ini 6 gol terhasil. Ini menunjukkan bahawa pasukan kelab di Liga Malaysia mempunyai kemampuan yang baik untuk beraksi agressif.
Perlawanan yang cukup agressif sehingga 2 pemain dari kedua-dua pasukan dibuang padang.

| Perak Juara Piala Malaysia 2018 |

3) Isu pengadil dan penjaga garisan yang dipertikaikan. Kalau dilihatkan memang ada beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan. Mungkinkah pada tahun hadapan pengadil luar yang perlu dijemput oleh pihak berkaitan? Mungkin lebih telus sebab tiada kepentingan.

| Mutu Pengadilan Mengecewakan |

4) Terdapat beberapa nama yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan. Adakah anda bersetuju? Siapa agaknya pemain yang mungkin boleh berada dalam skuad kebangsaan untuk Kejohanan AFF nanti?

5) Ketinggalan tidak semesti kalah. Perlawanan ini menunjukkan betapa semangat juang pasukan Perak patut dicontohi. Walaupun ketinggalan dan hampir-hampir Piala terlepas dari gengaman namun semangat melawan membuahkan hasil. Ketinggalan 2-1 pada perlawanan masa penuh namun mendapat gol penyamaan pada masa tambahan.
Kemudian hampir sahaja tumpas selepas gol Terengganu pada masa tambahan tapi mendapat gol pada minit akhir seterusnya mendapat kemenangan melalui penalti. Penjaga gol Perak yang melepaskan gol kedua hasil kesilapan berjaya menebus melalui sepakan penalti. Cukup dramatik game ni. Boleh buat satu cerita dalam filem.

Itu serba sedikit 5 perkara menarik dalam Piala Malaysia 2018 kali ini. Anda ada cerita lain untuk dikongsi ke?
Tahniah kepada pasukan Perak yang menang Piala Malaysia 2018 . Tahniah juga kepada penduduk Perak yang berjaya mendapat cuti peristiwa pada hari Isnin ni.

| Menang Piala Malaysia, Perak Cuti Esok |

Please follow and like us:
error0
post

Piala Malaysia: Polis nasihat penyokong tidak timbulkan kekecohan

SHAH ALAM, 24 Okt (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan penyokong bola sepak yang akan membanjiri Stadium Shah Alam sempena perlawanan akhir Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu pada Sabtu ini tidak menimbulkan kekecohan atau membawa bahan larangan bagi mengelakkan sebarang huru hara.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharuddin Mat Taib berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang didapati cuba mengganggu ketenteraman penonton lain sepanjang perlawanan itu berlangsung.

Beliau berkata sebanyak 2,172 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditugaskan pada perlawanan itu dengan dibantu 294 anggota sekuriti.

“Saya nasihatkan penonton dan penyokong pasukan bola sepak yang bertanding dapat menjadi lebih matang demi keamanan orang awam kerana perlawanan sukan ini turut dihadiri pelbagai lapisan masyarakat antaranya kanak-kanak dan wanita,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Ditanya mengenai kemungkinan wujudnya pihak tidak bertanggungjawab cuba menyorokkan bahan larangan antaranya mercun atau suar di dalam stadium sebelum perlawanan berlangsung, Baharuddin berkata pihaknya akan memeriksa keseluruhan bangunan terbabit lebih awal bagi mengelakkan insiden itu berlaku.
BERNAMA

Ligakampung.com juga memohon para penyokong kedua-dua belah pihak agar menonton dengan semangat kesukanan. Begitu juga dengan para pemain yang sudah lama tidak beraksi di perlawanan akhir Piala Malaysia. Pasti mereka ingin menjulang Piala Malaysia namun perlulah beraksi dengan cara yang baik.
Khabar terkini, Kerajaan Negeri Terengganu telah mengisytiharkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa. Pasti ia berita baik buat penyokong pasukan Terengganu yang akan hadir ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.
Berita itu pasti memberikan kelegaan supaya tidak tergesa-gesa pulang selepas tamat perlawanan nanti.

Pasukan manakah yang akan menang pada Sabtu nanti? Ligakampung.com meramalkan pasukan Terengganu akan memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.

Please follow and like us:
error0
post

Terengganu lakar kejutan mara ke akhir Piala Malaysia

Pasukan Terengganu berjaya mencatat keputusan mengejutkan juara bertahan JDT pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Larkin sebentar tadi.
Berbekalkan hanya satu gol ketika menang di Terengganu, pasukan pelawat ini dijangka akan menghadapi kesukaran untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam,
Ditambah pula dengan aksi bertahan pasukan Terengganu menggusarkan penyokong Terengganu. Gol kontroversi melalui sepakan penalti yang diambil pemain import Marquez telah membuka persaingan bagi kedua-dua pasukan.
Pemain import JDT. Gonzalo Cabrera menjaringkan gol hasil rembatan derasnya yang memberikan kelebihan satu gol kepada pasukan JDT pada minit 61.

Tersentak dengan gol tersebut, gabungan pemain import Lee Tuck dan Kipre membuahkan hasil apabila Kipre menjaringkan gol pada minit ke 68.
Gol ini memberikan kelebihan jaringan tempat lawan buat pasukan Terengganu. Ketika JDT cuba untuk mendapatkan gol pasukan Terengganu berjaya mendapatkan gol sekali lagi melalui Kipre pada minit akhir perlawanan sekaligus membawa Terengganu ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.

 

Tahniah kepada pasukan Terengganu yang berjaya mara ke akhir Piala Malaysia 2018. Dijangkakan akan bertemu Perak (kecuali Sabah mampu melakukan kejutan besar esok).

Please follow and like us:
error0
post

JDT, sabah melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia

Selepas pasukan Terengganu FC (TFC) melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia setelah menumpaskan Felda 4-3 pada perlawanan Jumaat lalu, dua pasukan lagi ditentukan pada hari Sabtu (29 September 2018).
Sabah menjadi pasukan dari Liga Perdana yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir selepas menumpaskan Kelantan sebentar tadi. Sabah layak menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium LIkas itu, Sabah yang mendapat suntikan 20,000 penyokong berjaya memperolehi gol tunggal melalui pemain import Rodoljub Paunnovic pada minit ke 30. Gol tersebut terhasil selepas bola terkena salah seorang pertahanan Kelantan dan Paunovic tidak menghadapi masalah menyempurnakan tugas tersebut.
Pasukan Kelantan cuba mencari gol penyamaan namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Sabah yang dikemudi ketua pasukan Rawilson Batuil.
Keputusan ini menyaksikan sejarah tercipta bagi skuad Sabah yang kali terakhir layak ke peringkat separuh akhir adalah pda tahun 2007.

Bagi aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Pahang pula menyaksikan pemain kebangsaan, Safawi Rasih meledak dua gol bagi membantu skuad tuan rumah menumpaskan pelawat pada aksi suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Juara bertahan itu mara menerusi agregat 3-1 dan akan berdepan Terengganu pada aksi separuh akhir nanti. Dalam perlawanan tersebut Safawi menjaringkan gol seawal minit pertama selepas mendapat umpanan cantik dari Ahmad Hazwan Bakri.
Pada minit ke 73 sekali lagi Safawi menghukum pasukan Pahang selepas menyambar bola umpanan Natxo Insa sekaligus memastikan JDT layak ke peringkat empat pasukan terbaik.
Kemenangan ini juga menebus kekecewaan skuad JDT yang tewas kepada Pahang dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2018 pada 20 April lalu.

Please follow and like us:
error0
post

Suku AKhir Piala Malaysia : Perak sekadar seri tanpa jaringan dengan PKNS

Pasukan Perak gagal memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri ketika berdepan pasukan PKNS dalam suku akhir pertama Piala Malaysia sebentar tadi.

Aksi dalam babak pertama menampilkan corak permainan seimbang di antara Perak dan PKNS, bagaimanapun ketangkasan kedua-dua penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam serta Zarif Irfan Hashimuddin tidak banyak diuji.

PKNS terlebih dahulu melancarkan serangan seawal minit kedua perlawanan, dengan bekas pemain Perak, Nurridzuan Abu Hassan, melepaskan sepakan percuma, namun percubaannya sekadar melewati palang gol.

Tuan rumah memperoleh peluang untuk mencipta jaringan pada minit ke-20 menerusi Brendan Gan dengan rembatan dari luar kotak penalti tetapi sekadar tersasar.

PKNS dan Perak cuba meningkatkan rentak permainan dalam separuh masa kedua — Wander Luiz dan Gilmar da Silva menghasilkan percubaan tetapi sentuhan terakhir yang mengecewakan menyaksikan Perak gagal meraih jaringan.

Seri tanpa jaringan di Stadium Perak menyaksikan kedua-dua pasukan bakal berentap dalam 90 minit kedua bagi menentukan slot ke separuh akhir Piala Malaysia.

Sumber :-Stadium Astro

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan SUku Akhir Pertama Piala Malaysia : Pahang ikat JDT di saaat akhir

Pasukan Pahang bernasib baik mendapat gol pada minit terakhir bagi memberikan sedikit peluang sebelum bertandang di tempat lawan untuk perlawanan suku akhir kedua di tempat lawan.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur itu pasukan pelawat mendahului melalui pemain import Gonzalo Cabrera pada minti ke 46 hasil percubaan di dalam kotak penalti.
Perlawanan agak seimbang dan ketika perlawanan seakan memberikan kelebihan kepada pasukan JDT, pasukan Pahang berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan Safuwan Baharuddin sekaligus kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Sudah pasti perlawanan kedua di Johor akan berlangsung sengit memandangkan kedua-dua pasukan tidak mempunyai kelebihan yang besar dibawa pada perlawanan ini.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Suku AKhir Unifi Piala Malaysia 2018 : Kelantan menang tipis menentang Sabah

Perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2018 antara Kelantan menentang Sabah menyaksikan pasukan Kelantan selaku tuan rumah menang tipis ke 2-1.
Pasukan tuan rumah yang dibarisi rata-rata pemain muda berjaya menghasilkan gol melalui pemain import dari Kyrgzstan, Bakhtiyar Duyshobekov yang menanduk masuk gol pada minit ke 29.
Pasukan pelawat tidak berputus asa dan percubaan mereka terhasil apabila Hamran Peter menyamakan kedudukan pada minit ke 43.
Ketika aksi separuh masa pertama hampir menuju ke penamat, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti. Pemain muda Kelantan, Nik Akif tidak mensia-siakan peluang itu untuk menghasilkan gol kedua skuad Kelantan.

Dalam aksi separuh masa kedua, Kelantan lebih banyak mengasak ke kubu Sabah namun ketumpulan barisan serangan gagal menghasilkan tambahan gol. Ini memberikan Kelantan bekalan satu gol yang pastinya belum cukup untuk dibawa bertandang ke Stadium Likas pada minggu hadapan.

Please follow and like us:
error0
post

Slot terakhir suku akhir Piala Malaysia disertai oleh JDT dan Kelantan

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi pertandingan Piala Malaysia menyaksikan pasukan JDT dan Kelantan berjaya melangkah ke peringkat 16 pasukan terbaik.
Pada aksi di Stadium Shah Alam, JDT menang selesa 3-0 ke atas wakil kelab Liga Premier MIFA, sekali gus muncul juara Kumpulan C dengan kutipan sembilan mata.

Tiga gol skuad Harimau Selatan diperoleh menerusi sepakan penalti Gonzalo Cabrera pada minit ke-62, serta gol padang dan sepakan penalti Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-72 dan ke-82.

Kelantan pula memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah mengatasi juara lima kali, Kedah 2-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Dua gol Kelantan dijaringkan oleh Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-51 dan Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-90.
– BERNAMA

Please follow and like us:
error0