post

Senarai Pasukan Layak Piala Malaysia 2015

ATM dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) berjaya layak untuk beraksi dalam Piala Malaysia 2015 selepas mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan playoff semalam.
ATM yang menduduki tangga kedua tercorot dalam Liga Super menumpaskan pasukan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Gol-gol pasukan ATM dijaringkan oleh penyerang import dari Nigeria Abdulafees Abdulsalam pada minit ke 13 menerusi sepakan penalti dan gol pada minit ke 62. Pemain tengah ATM, Abdul Shukor Jusoh menjaringkan gol kedua ATM pada minit ke 38.
Pada aksi antara Sime Darby menentang JDT II di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menyaksikan pasukan pelawat menang tipis 0-1 melalui hasil jaringan Shafiq Shaharuddin pada minit ke 45.

Kemenangan ini menyaksikan ATM dan JDT bakal beraksi dalam saingan Piala Malaysia bersama 14 pasukan lain.

Senarai pasukan Piala Malaysia 2015:

Pasukan Liga Super: Johor Darul Ta’zim, Pahang, Selangor, Terengganu, FeldaUnited, Polis Diraja Malaysia, Lions XII, Perak, Kelantan, Sarawak.

Pasukan Liga Perdana: Kedah, Pulau Pinang, T-Team, PKNS FC (Pemenang perlawanan kalah mati):ATM dan Johor Darul Ta’zim II

Please follow and like us:
error0