post

Keputusan Perlawanan akhir Piala FA 2014

Hari ini akan berlangsung perlawanan akhir bolasepak Piala FA 2014 Liga Malaysia. Perlawanan akhir pada malam ini menemukan jagoan, Pahang menentang pasukan berstatus kelab, Felda United.
Pasti perlawanan pada malam ini menjanjikan saingan menarik memandangkan pasukan Pahang sudah lama tidak menjulang Piala FA manakala skuad Felda United baru kali pertama melangkah ke perlawanan akhir kejohanan besar.
Piala_fa2014

Pertembungan 2 pasukan dari Liga Super dan Liga Perdana tidak dianggap berat sebelah kerana kekuatan kedua-dua pasukan hampir seimbang. Pasukan Pahang yang bertarung untuk mengejar Liga Super tidak boleh memperlekehkan skuad Felda.
Skuad Felda yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti mempunyai barisan pemain berpengalaman untuk menghadapi perlawanan akhir.

pahang felda
image hosting gif

Siaran langsung perlawanan akhir Piala FA 2014

Perlawanan akhir Piala FA 2014 berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. Ia akan disiarkan oleh rangkaian TV1 dan ASTRO Arena 801.

Keputusan Perlawanan akhir Piala FA 2014

Kesebelasan Utama ( Pahang vs Felda United)

Pahang XI: Khairul Azhan, Shahrizan, Razman, Damion, Saiful Nizam, Gopinathan, Hafiz, Azidan, Azamuddin, Dickson, Conti.

Felda United XI: Farizal, Yaroslav, Hasni, Shukor, Aizul, Indra Putra, Khairul, Syamim, Zah Rahan, Raimi, Edward.

Pahang vs Felda United 2-1 (0-1)

22′ Wilson (FELDA) 

79′ Faizol (PAH)

88′ Dickson Nwakaeme (PAH)

shukor azamudin
photo host

 

** Tahniah kepada pasukan Pahang yang berjaya memenangi perlawanan akhir Piala FA 2014. Walaupun ketinggalan namun semangat juang dan tidak mengaku kalah membuahkan hasil apabila kemenangan diperolehi.

Please follow and like us:
error0
post

Perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, tiada tiket dijual di kaunter

Perlawanan akhir Piala FA 2014 antara Pahang menentang Felda United pasti ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak tempatan. Perlawanan akhir yang ditetapkan pada Sabtu ini akan berlangsung ke Stadium Shah Alam setelah lokasi asal, Stadium Nasional Bukit Jalil belum mencapai tahap sesuai untuk diadakan sebarang aktiviti.
FINAL-FA2014_1
Ia juga bagi mengelakkan tumbesaran rumput terganggu akibat pertandingan tersebut. Menurut Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Rozabil Abdul Rahman, faktor cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini telah merencatkan proses pertumbuhan rumput di stadium tersebut sekaligus tidak membenarkan kejohanan akhir Piala FA 2014 diadakan disitu.
Bagi memastikan rumput distadium itu mendapat pencahayaan yang mencukupi, PSM akan menggunakan kaedah ‘grow light’ iaitu memasang lampu LED di tempat-tempat tertentu bermula pada malam ini.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melaksanakan sepenuhnya penjualan tiket secara online bagi aksi akhir Piala FA pada malam ini. Tiket yang dikeluarkan untuk online hanya membabitkan 10,000 keping kerana 60,000 daripada 70,000 keping telah diserahkan kepada Pahang dan FELDA United. Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah tiada kaunter dibuka di Stadium Shah Alam dan peminat boleh membeli secara terus di laman web http://www.tickethotline.com.my dan boleh menebus tiket di Stadium Malawati, Shah Alam bermula esok.
Menurutnya juga harga tiket bagi perlawanan akhir ini kekal RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Sumber :
– Bharian
– Stadium ASTRO
Tickethotline

Satu inisiatif yang baik apabila menggunakan kaedah menjual tiket dalam talian ini. Diharap ianya dapat dilaksanakan dengan baik kerana jika ianya berjalan lancar pasti boleh dilaksanakan di peringkat negeri dan kelab. Sekaligus dapat mengelakkan masalah ketiadaan tiket dikaunter yang menjadi isu besar apabila perlawanan besar berlangsung.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan perlawanan akhir Piala FA EPL, La Liga dan Piala Jerman

Hari ini merupakan hari penentuan bagi kebanyakan perlawanan bolasepak di Eropah. Perlawanan ini pasti menjadi tumpuan penyokong tegar bolasepak luar negara yang mempunyai pasukan pilihan masing-masing.
3 perlawanan yang menjanjikan kejuaraan terakhir bakal dijulang oleh 3 pasukan yang bertanding. Antara perlawanan tersebut adalah :-

Piala FA 2014 – Arsenal vs Hull

fa cup arsenal hull
how to use print screen

Perlawanan yang menjadi tumpuan penyokong Arsenal dan juga Hull City. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley mengikut masa Malaysia adalah pada jam 12.05 pagi. Pasti ramai yang akan mengadap televisyen untuk menyaksikan perlawanan ini.
Penyokong Arsenal pastinya mengharapkan kemenangan bagi menamatkan kemarau tanpa trofi selama 9 tahun manakala pasukan Hull pasti ingin menjuarai kejohanan yang tidak pernah dikecapi sebelum ini. Walaupun diatas kertas tampak berkelebihan buat pasukan Arsenal namun kekuatan Hull tidak boleh diperkecilkan. Kemampuan mereka untuk terus berada dalam Liga Perdana pada musim depan satu kejayaan hebat.
Pasti perlawanan yang cukup hebat pada pagi esok.

Ramalan : Arsenal 2 Hull 0

La Liga 2014 – Barcelona vs Atletico Madrid

60alletico vs barnca
free image hosting

Perlawanan paling dinantikan bagi peminat bolasepak Sepanyol. Perlawanan terakhir ini berlangsung di Nou Camp merupakan perlawanan yang akan menentukan juara Liga Sepanyol musim 2013/2014. Pasukan Barcelona yang sebelum ini seperti menyerah kalah dalam perebutan takhta secara tiba-tiba mendapat peluang selepas pasukan Atletico Madrid mengalami kemerosotan pada akhir-akhir perlawanan. Perlawanan mesti menang bagi Barcelona untuk mengekalkan takhta kejuaraan manakala Atletico Madrid tidak boleh tumbang sekiranya berhajat untuk menjadi juara La Liga.

Ramalan : Barcelona 3 Atletico Madrid 1

Piala Jerman 2014 – Bayern Munich vs Borussia Dortmound

german cup
image hosting site no sign up

Perlawanan antara Juara Liga Jerman dan Naib Juara pasti menjanjikan saingan menarik. Pasukan Dortmound yang terpaksa akur di tempat kedua pasti ingin memenangi kejuaraan kalah mati ini sebagai penutup tirai. Apatah lagi kesan kekalahan perlawanan akhir Liga Juara-juara musim lepas masih dirasai. Bayern Munich pula pasti ingin mendapatkan kemenangan bagi mendapatkan double setelah hajat mengekalkan kejuaraan Liga Juara-juara terkubur sebelum ini.

Keputusan Perlawanan akhir Piala FA 2014, La Liga 2014 dan Piala Jerman 2014

Piala FA 2014 – Arsenal vs Hull 2-2 (1-2) ET : 3-2
hull
image upload no registration

393340 herol
image url

4′ James Chester (HULL)
8′ Curtis Davies (HULL)
17′ Santi Cazorla (ARS)
71′ Laurent Koscielny (ARS)

109′ Aaron Ramsey (ARS)
** Arsenal akhirnya menjulang trofi Piala FA 2014 selepas berhempas pulas sehingga ke masa tambahan..

La Liga 2014 – Barcelona vs Atletico Madrid 1-1 (1-0)
alexissanchezcelebvsev20140209 576x324
imagur

34′ Alexis Sanchez (BAR)
49′ Diego Godlin (ATL)
** Atletico Madrid berjaya menjulang Piala Liga Sepanyol (La Liga ) selepas berjaya mengikat Barcelona sekaligus berkelebihan 3 mata di tangga teratas . Malang bagi Barcelona yang tidak merangkul sebarang piala pada musim ini

Piala Jerman 2014 – Bayern Munich vs Borussia Dortmound 0-0 (0-0) ET : 2-0
107′ Arjen Robben (BAY)
120 + 3 Thomas Muller (BAY)
** Pasukan Bayern Munich berjaya melengkapkan double untuk musim ini

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Separuh Akhir Piala FA 2014 – Kelantan vs Felda United

Hari ini berlangsung perlawanan separuh akhir Piala FA 2014 bagi pusingan pertama. Perlawanan pertama bagi jurulatih Kelantan, George Boateng akan dinilai dalam perlawanan separuh akhir pertama menentang FELDA United di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini.
piala FA Malaysia
Bukan satu tugasan mudah bagi bekas pemain Belanda ini untuk mengembalikan kegemilangan skuad Kelantan yang sedikit merudum sejak akhir-akhir ini. Sudah pasti skuad The Red Warrior ingin mendapat keputusan positif sebelum bertandang ke gelanggang lawan pada hujung bulan ini.
Felda United walaupun berada di Liga Perdana mempunyai barisan pemain berpengalaman yang akan memberikan kesukaran kepada pemain tuan rumah. Sudah pasti, Indra Putra selaku pemain Felda akan diperhatikan oleh penyokong tempatan. Sebagai bekas pemain yang membantu Kelantan meraih pelbagai piala tetapi kini beliau membawa nama Felda untuk cuba memenangi Piala FA.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 8.45 malam. Kepada para penyokong kedua-dua pasukan, sokonglah secara berhemah dan diharap tiada insiden seperti yang berlaku pada perlawanan separuh akhir antara JDT menentang Pahang pada hari semalam.

Keputusan separuh akhir Piala FA 2014 – Kelantan vs Felda Utd

Keputusan Penuh
Kelantan vs Felda 3-3 (2-3)
Kesebelasan Kelantan : Apek, Nik, Farisham, Hussein, Amar, Piya, Zaharulnizam, Fakri, Zairul, Gan, Forkey
Kesebelasan Felda : Farizal, Rahman, Yaroslav, Thanaraj, Zah, Khairul, Solihin, Aizul, Syahid, Edward, Indra
17′ Edward Junior Wilson (FEL)
24′ Indra Putra (FEL)
35′ Khairul Ismail (FEL)
41′ Forkey Doe (KEL)
43′ Fakri Saarani (KEL)
51′ Wan Zaharulnizam (KEL)
** Satu perlawanan yang hebat. Pasukan Kelantan berjaya menyamakan kedudukan walaupun ketinggalan 3-0 .

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan pusingan ke 2 Piala FA 4 Feb 2014

Hari ini berlangsung pusingan kedua bagi Piala FA Malaysia 2014. Antara kejohanan yang diidamkan oleh pasukan bolasepak tempatan. Bukan hanya untuk menjulang trofi kejohanan tetapi juga merupakan tiket untuk ke perlawanan bolasepak Piala AFC 2015. Setelah pasukan Pahang melayakkan diri manakala perlawanan antara skuad Johor DT dan T-Team masih belum diketahui keputusan, hari ini 12 pasukan bertanding untuk merebut slot ke suku akhir.
Satu perlawanan telah diketahui iaitu antara pasukan Selangor menentang Sarawak yang berkesudahan pasukan Ngap Sayot berjaya menumbangkan skuad The Red Giant di Stadium MBPJ dengan keputusan 1-0 dimana gol tersebut dijaringkan oleh Zamri Morshidi pada minit ke 33.

Perlawanan lain adalah antara PKNS FC menentang Terengganu yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada jam 8.45 malam. Walaupun sebagai tuan rumah, PKNS tidak mendapat kelebihan memandangkan stadium yang terpaksa dipilih adalah terletak di Negeri Sembilan. Tetapi mereka mempunyai jentera serangan yang berkaliber cuma belum masa untuk menonjol. Manakala skuad Terengganu juga telah menunjukkan peningkatan dan pasti akan cuba mendapatkan kemenangan untuk ke suku akhir Piala FA.
Perlawanan antara pasukan berjiran iaitu Kedah menentang Perlis berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada jam 8.45 malam. Pertembungan kedua-dua pasukan yang pernah menjadi gergasi bolasepak ini pasti menarik memandangkan kedua-dua pasukan ingin kembali meletakkan nama skuad masing-masing di peringkat tertinggi. Mungkin Piala FA akan menjadi salah satu piala taruhan untuk mereka melangkah lebih jauh. Namun, pasukan manakah yang akan berjaya?

Perlawanan antara dua pasukan dari Liga Perdana iaitu PBAPP FC menentang PDRM di Stadium Bandaraya, P. Pinang pada jam 8.45 malam. Pasukan PBAPP yang bermain di gelanggang sendiri tetapi skuad PDRM pasti ingin meneruskan langkah lebih jauh bagi memberi hadiah kepada jurulatih , Dollah Salleh yang baru keluar dari wad.
Perlawanan antara Kelantan menentang Sabah pula berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 8.45 malam pastinya menjanjikan saingan menarik. Skuad The Red Warrior yang juga juara bertahan pasti tidak mahu kecewa dalam pertandingan ini. Walaupun kekuatan Sabah tidak menjadi sebutan namun kejutan mampu dilakar ditambah lagi dengan ketajaman Rozaimi yang mampu menghalang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan.

Perlawanan antara pasukan kelab, Sime Darby menentang Felda yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada jam 8.45 malam tidak kurang hebatnya. Kedua-dua pasukan mempunyai barisan pemain yang satu ketika dahulu pernah menyarung jersi kebangsaan. Ditambah pula dengan adunan pemain muda yang berkaliber pasti pertarungan pada hari ini akan menjadi sengit.
Pasukan manakah yang akan ke suku akhir Piala FA 2014 ?

Siaran langsung perlawanan Piala FA 4.2.2014

Siaran langsung antara PKNS menentang Terengganu akan disiarkan secara langsung di TV1 pada jam 8.45 malam. Perlawanan antara Kelantan menentang Sabah pula akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 pada jam 8.45 malam.

Keputusan perlawanan Piala FA 4.2.2014

Keputusan Penuh

Selangor vs Sarawak 0-1 (0-1)
33′ Zamri Morshidi (Sarawak)

Kelantan vs Sabah’ 2-1 (1-0)
45′ Shawky (Kelantan)
55′ Rosdin (Sabah)
90 + 5 Shakir Ali (Kelantan)

PKNS vs Terengganu 2-1 (1-0)
37′ Ronaldinho (PKNS)
47′ Ismail Faruqi (Terengganu)
78′ Karlo Primorac (PKNS)

Kedah vs Perlis 4-0 (1-0)
44′ Billy Osman (Kedah)
53′ Adam Griffith (Kedah)
63′ Baddrol Bakhtiar (Kedah)
90′ Khairul Helmi (Kedah)

PBAPP FC vs PDRM 0-2 (0-0)
66′ Chad Souza (PDRM)
Bobby Gonzales (PDRM)

Sime Darby vs Felda 0-1 (0-0)
84′ Zah Rahan (Felda)

** Tahniah kepada Felda, PDRM, Kedah, PKNS, Kelantan dan Sarawak yang akan mara ke suku akhir.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan pusingan pertama Piala FA 2014

Selepas bermula perlawanan pertama Liga Super 2014, hari ini kita disajikan lagi perlawanan bolasepak tempatan. Kali ini berlangsung pula perlawanan peringkat pertama Piala FA 2014. Pasti perlawanan ini juga dinantikan oleh para peminat bolasepak tempatan. Perlawanan Piala FA adalah antara kejohanan terulung yang menjadi idaman setiap pasukan. Pasukan yang bukan berada dalam Liga Elit pasti juga bercita-cita untuk memberikan persembahan terbaik sekaligus mampu untuk menjulang Piala FA 2014. Disamping menjulang piala, pasukan juga akan layak untuk bermain di Piala AFC 2015 sekiranya menjadi juara Piala FA Malaysia ini. Hari ini 14 perlawanan akan berlangsung membabitkan 28 pasukan.
Terdapat beberapa keputusan telah diketahui (entri ini ditaip pada jam 7.41 malam) kerana berlawan disebelah petang. Perlawanan yang telah selesai adalah antara UiTM FC menentang T-Team yang berkesudahan dengan keputusan UiTM FC 2 T-Team 3. Perlawanan Melaka menentang Perlis yang berkesudahan Perlis menang 2-1 manakala PDRM menumpaskan SPA FC dengan keputusan 1-0. Keputusan ini bermakna 5 pasukan telah layak ke pusingan kedua Piala FA iaitu Johor, Kelantan yang layak secara automatik selepas menjadi juara dan naib juara Piala FA 2013 serta pasukan T-Team, PDRM dan Perlis yang menang ke atas lawan masing-masing.
Pasukan manakah yang akan mengiringi 5 pasukan ini? Kita nantikan keputusannya malam ini
piala-fa-2014

Siaran langsung perlawanan pusingan pertama Piala FA 2014

Perlawanan antara Perak menentang Pahang akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 pada jam 8.45 malam.
Siaran tertunda antara Sarawak menentang Penang pada jam 11.30 malam.
Siaran tertunda antara Lions menentang KL DRB Hicom pada jam 1.30 pagi di ASTRO Arena 801.

Keputusan perlawanan pusingan pertama Piala FA 2014

Keputusan Penuh
UiTM vs T-Team 2-3
Melaka vs Perlis 1-2
PDRM vs SPA 1-0
Lions XII vs DRM Hicom FC 3-0
K.Lumpur vs Kedah 0-4 (0-0)
S.Darby FC vs ATM 2-1 (1-0)
Kuantan FA vs Sabah0-1 (0-1)
N.Sembilan vs Felda Utd 0-1 (0-0)
Terengganu vs Shahzan Muda 4-0(3-0)
PKNS FC vs JDT II3-2 (2-2)
PBAPP FC vs Cebagoo FC 2-0 (0-0)
Sarawak vs Pulau Pinang 1-1(0-0) ET 2-1
Perak vs Pahang 2-2(2-1) ET 2-1 Penalti ( 4-5 )

** Pasukan yang menang akan layak ke pusingan kedua.. Pasukan yang layak ke pusingan kedua, Kelantan , JDT I, T-Team, Perlis, PDRM, Lions XII, Kedah, Sime Darby, Sabah, Felda, Terengganu, PKNS, PBAPP, Sarawak dan Pahang.

Please follow and like us:
error0