post

Keputusan perlawanan AFC Cup 2 April 2014 – Kelantan kalah kepada Vissai Ninh Binh

Hari ini berlangusng perlawanan bolasepak Piala AFC 2014. Jika perlawanan pada hari semalam, kemenangan Selangor memberikan berita gembira namun pada hari ini skuad Kelantan tumbang teruk dengan pasukan wakil dari Vietnam, Vissai Ninh Binh.
Perlawanan yang berlangsung di Vietnam itu berkesudahan dengan skuad The Red Warrior tumpas dengan 0-4. Keputusan ini juga menipiskan peluang mereka untuk meneruskan ke peringkat seterusnya. Dalam perlawanan ini ramai pemain utama seperti Piya, Fakri, Fitri, Gan dan Shakir direhatkan untuk persediaan perlawanan pada sabtu ini menentang ATM.

Keputusan perlawanan Piala AFC – Vissai Ninh melawan Kelantan

Keputusan Penuh
Vissai Ninh vs Kelantan 4-0 (1-0)
kelantan
photo hosting

11′ Petrisor Voinea (Vissai)
53′ Phan Anh Tuan (Vissai)
77′ Le Van Thang (Vissai)
81′ Bryan Kavin Elroy (Vissai)

Kredit Gambar : Facebook The Red Warrior

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Piala AFC Selangor vs Ha Noi T&T FC

Hari ini berlangsung perlawanan Piala AFC 2014 yang menemukan pasukan wakil dari Malaysia iaitu Selangor menentang wakil dari Vietnam, Ha Noi T&T FC bagi kumpulan F. Jika perlawanan sebelum ini ditempat lawan, skuad The Red Giant tewas tipis di tangan Ha Noi T&T dengan jaringan 0-1 tapi pada perlawanan kali ini skuad bimbingan Mehmet Durakovic ini berjaya membalas dendam.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor berjaya dimenangi oleh skuad Selangor dengan keputusan 3-1.Keputusan ini membuka semula peluang kepada pasukan Selangor untuk ke peringkat seterusnya. Dalam perlawanan yang menyaksikan keempat-empat gol dijaringkan dalam separuh masa pertama menunjukkan ketajaman pemain import Selangor, Paulo Rangel yang berjaya mendapatkan hatrik pertamanya untuk skuad Selangor. Manakala satu lagi perlawanan kumpulan F membabitkan wakil Indonesia, FC Arema sebagai tuan rumah menentang Maziya dari Maldives dimenangi dengan keputusan 3-2.

Keputusan perlawanan Piala AFC 1 April 2014 – Selangor melawan Ha Not T&T FC

Selangor vs Ha Noi T&T FC
LINEUP: Selangor (vs Ha Noi) Farizal, Azmi, Rizal, Shahrom, Bunyamin, Hadi, Venood, Kuna, Thamil, Hazwan, Rangel
LINEUP: Ha Noi (vs Selangor)Cong (GK), Hong, Duy, Quoc, Van Bien, Van Hiew, Ngoc , Thianh, Cao, Van Quyet, Marronkle
paulo rangel
online photo storage

21′ Rangel (SEL)
32′ Rangel (SEL)
36′ Marronkle (p) (Ha Noi T&T)
43′ Rangel (SEL)

Tahniah kepada skuad Selangor yang berjaya mendapatkan 3 mata penuh pada hari ini. Kita nantikan pula perlawanan esok yang membabitkan skuad Kelantan pula.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan AFC 2014 : Ha Noi T&T vs Selangor

Hari ini berlangsung perlawanan ketika bagi Group F Piala AFC 2014. Wakil Liga Malaysia, Selangor akan bertandang ke gelanggang lawan menentang Ha Noi T&T dari Vietnam.
Perlawanan bermula pada jam 6.00 petang di Stadium Hang Day, Hanoi. Pasti penyokong pasukan Selangor ingin melihat pasukan kesayangan mereka sekurang-kurangnya mendapat satu mata di tempat lawan.
Ini bagi membuka peluang kepada skuad The Red Giant untuk melangkah ke pusingan seterusnya.
Namun mampukah skuad Selangor ini mendapat mata yang diharapkan?

selangor
open source screen capture

Keputusan perlawanan bolasepak Piala AFC 19 Mac 2014

Ha Noi T&T vs Selangor 1-0 (0-0)
Kesebelasan Utama Selangor : Farizal, Kuna, Pantelidis, Shahrom (c) Azmi, Venood, Fitri, Junior, Thamil, Rangel, Hadi

52′ Van Quyet (Ha Noi T&T)

** Perlawanan berkesudahan pasukan Selangor tumbang di tangan pasukan dari Vietnam. Nampaknya 2 pasukan wakil dari Malaysia tumbang pada minggu ini di kejohanan Piala AFC 2014 selepas Kelantan juga tumbang kepada lawan dari Vietnam.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan perlawanan Piala AFC 12 Mac 2014 – Kelantan vs South China

Perlawanan AFC 2014 memasuki perlawanan kedua. Wakil Liga Malaysia, Kelantan akan kembali meneruskan aksi dalam Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tahun 2014.
Pada hari ini pasukan The Red Warrior akan berentap dengan kelab South China pada malam ini di Stadium Sultan Muhammad IV. Perlawanan yang bermula pada jam 8.45 malam ini pasti dinantikan oleh penyokong bolasepak terutama peminat skuad Kelantan.
TRW 1
screenshot studio

Sudah pasti kemenangan dicari oleh pasukan bimbingan Sime Darby setelah tumpas 3-5 pada perlawanan pertama ke atas kelab Myanmar, Yangon United. Walaupun dalam keadaan kepenatan dengan aksi padat dalam Liga Malaysia serta pemain yang mewakili skuad Harimau Malaya namun pasukan Kelantan memiliki kelebihan.
Pemain import yang tidak dapat beraksi pada perlawanan pertama akibat kecederaan tempohari telah mula bersama dalam pasukan. Ia sedikit sebanyak akan memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah untuk mendapatkan 3 mata dalam saingan Kumpulan G.

Siaran langsung perlawanan bolasepak Piala AFC 12.3.2014 – Kelantan vs South China

Siaran langsung perlawanan bolasepak Piala AFC antara Kelantan menentang South China ini akan disiarkan secara langsung di TV9.

Keputusan perlawanan Piala AFC 12.3.2014 – Kelantan vs South China

Keputusan Penuh

Kelantan vs South China2-0 (0-0)
Kesebelasan Utama Kelantan : Fahmi, Zairul, Faim, Obinna, Farisham, Wan Zaharulnizam, Amar, Nazri, Hasbullah, Doe, Khairul Izuan
Kesebelasan Utama South China : Yapp, Lee, Tse, Chan, Kajkut, Chan, Lee, Kwok, Leung, Sealy, Barisic
73′ Wan Zaharulnizam (KEL)
84′ Ghadar (KEL)

** Tahniah kepada pasukan Kelantan yang berjaya memungut 3 mata penuh selepas menumpaskan pasukan dari Hong Kong ini. Semoga kemenangan ini menyemarakkan lagi semangat pasukan The Red Warrior untuk maju dalam saingan Piala AFC 2014

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Piala AFC 2014 – Kelantan tumbang ke atas Yangon United

Nampaknya pasukan Kelantan membuka langkah sumbang dalam kejohanan Piala AFC dengan kekalahan yang agak besar. Pasukan The Red Warrior yang bermain di gelanggang lawan pada pukul 5.30 petang tadi seperti tempang tanpa 3 pemain import yang cedera dan lebih memeritkan apabila bermain 10 orang apabila seorang pemain Kelantan di buang padang pada minit 74.
Pasukan tuan rumah membuka jaringan seawal minit ketujuh melalui pemain import dari Brazil, Emerson Luiz Tito. Pada minit ke 27, pemain bawah 23 Myanmar Kyaw Ko ko menambah jaringan dan sebelum masa pertama tamat, keputusan memihak kepada Yangon apabila pemain import Brazil mereka, Tito menjaringkan gol ketiga.

Pada separuh masa kedua, Kelantan cuba bangkit dan selang 2 minit selepas separuh masa kedua bermula, bekas pemain Harimau Muda, Wan Zaharul Nizam menjaringkan gol sulung Kelatan. Walaubagaimanapun Yangon melalui Ko Ko menjaringkan gol untuk menjadikan keputusan 4-1. Pada minit ke 63, kapten pasukan Kelantan menjaringkan gol kedua untuk merapatkan keadaan. Walaubagaimanapun Ko Ko menjaringkan hatrik pada minit terakhir untuk menutup harapan pasukan Kelantan walaupun Badri sekali lagi menjaringkan gol.
Keputusan perlawanan adalah Yangon United 5 Kelantan 3.

Sumber :- Goal.com

Mungkin keputusan ini tidak menggembirakan penyokong The Red Warrior tapi perjalanan masih panjang. Ada lagi 5 perlawanan dalam peringkat kumpulan G untuk dihadapi. Semoga jurulatih, Steve Darby dapat mencari ramuan terbaik untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Please follow and like us:
error0