Keputusan perlawanan akhir kejohanan bolasepak Pestabola Merdeka 2013

Hari ini berlangsungnya perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013. Kejohanan yang disertai oleh 4 pasukan berjiran ini amat dinantikan oleh peminat bolasepak tempatan untuk menilai prestasi skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee. Bukan satu pertandingan yang mudah namun sasaran untuk menjuarai kejohanan ini perlu dilaksanakan oleh pemain muda negara yang akan bertemu pasukan Myanmar.Dalam saingan awal, skuad Harimau Muda A mengalahkan Singapura 1-0, Myanmar 2-1 dan Thailand 3-0.
malaysia myanmar
lightshot free download

Kapten pasukan Malaysia dan Myanmar memegang trofi kejohanan

Perlawanan akhir Pestabola Merdeka ini berlangsung di Stadium Darulmakmur bermula jam 5.00 dimana pasukan Thailand dan Singapura bertarung untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4. Bagi perlawanan menentukan juara dan naib juara pula berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Darulmakmur yang melibatkan pasukan Harimau Muda menentang skuad Myanmar. Mampukah skuad bawah 23 Malaysia menjuarai kejohanan ini?
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak Pestabola Merdeka 11 September 2013 – Malaysia vs Thailand

Hari ini berlangsung 2 perlawanan bolasepak Pestabola Merdeka 2013. Skuad bawah 23 Malaysia yang telah melayakkan diri ke perlawanan akhir akan bertemu skuad Thailand yang ingin mencari kemenangan bagi mendapat tempat ke akhir bertemu skuad bimbingan Ong Kim Swee. Perlawanan yang lain pula menemukan antara skuad Myanmar dengan Singapura.

Pasti perlawanan yang dinantikan adalah perlawanan yang melibatkan skuad negara. Pasukan Harimau Muda akan bertemu Thailand di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada jam 8.45 malam ini. Walaupun pasukan negara telah layak ke akhir tapi pasukan negara perlu bermain berhabis-habisan pada malam ini. Kemenangan pasti memberikan kekuatan moral pada skuad beraksi sebagai persiapan untuk mempertahankan emas Sukan SEA nanti.
Kepada para peminat skuad Harimau Muda di Kuantan dapat beramai-ramai memberikan sokongan untuk skuad muda negara. Untuk makluman, tiket harga Pesta Bola Merdeka diturunkan untuk perlawanan Malaysia menentang Thailand dan perlawanan akhir pada hari Sabtu ini. Harga tiket untuk “free seating” adalah RM 20 manakala harga tiket untuk “Grand Stand” adalah RM50. Jika tak dapat ke stadium, boleh je tengok kat tv.

Siaran langsung perlawanan Pestabola Merdeka 2013 – Malaysia vs Thailand

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 dan Tv9.

Keputusan perlawanan bolasepak Pestabola Merdeka 11.9.2013

Keputusan Penuh
Malaysia vs Thailand3-0 (2-0)
Kesebelasan Utama Malaysia : Izham (GK), Reuben, Shahrul, Fadhli Shas (C), Saarvindran, Rozaimi, Sivanesan, Zubir, Nazirul, Nasir, Saiful
rozaimi
picture share

Malaysia minit 12 : Nasir Basharuddin
Malaysia minit 27 : Rozaimi
Malaysia minit 79 : Rozaimi

Myanmar vs Singapore (1-0)

** Permainan Malaysia agak baik pada hari ini. Cuma pada separuh masa kedua ada sedikit penurunan prestasi. Yang menjadi tumpuan pastinya Rozaimi Abd Rahman yang berjaya mendapatkan 2 gol untuk pasukan Harimau Muda. Mungkin ini akan memberikan banyak pilihan kepada Ong Kim Swee untuk perlawanan akhir menentang Myanmar selepas ini.

Sekian

Please follow and like us:
error0
post

Pestabola Merdeka 2013 : Malaysia lawan Myanmar

Hari ini berlangsung perlawanan kedua bagi kejohanan Pestabola Merdeka 2013. Skuad Harimau Muda perlu menang bagi memastikan skuad negara melangkah mengapai hadiah sebagai juara Pestabola Merdeka 2013. Selepas menumbangkan Singapura pada perlawanan sebelum ini, kemenangan adalah perlu bagi memastikan momentum skuad negara berada dalam keadaan terbaik. Perlawanan ini berlangsung di Stadium Darul Makmur bermula pada jam 8.45 malam.

Keputusan Pestabola Merdeka 9.9.2013 : Malaysia lwn Myanmar

malaysia vs myanmar
photo sharing websites

Malaysia vs Myanmar 2-1 (0-1)
Myanmar minit 40 : Nay Lin Tu
Malaysia minit 65 : Irfan Fazail
Malaysia minit 78 : Wan Zack haikal

malaysia lwn myanmar
screen capture software

Kesebelasan Pemain Harimau Muda menentang Myanmar.

** Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menumbangkan Myanmar walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama. Aksi pemain Malaysia agak baik cuma terdapat beberapa kelemahan seperti penyudah yang tumpul dan terdapat kelalaian di barisan pertahanan. Namun usaha yang tidak berputus asa oleh skuad Harimau Muda akhirnya membuahkan hasil apabila peluang dijelmakan sebagai gol.

Pada perlawanan sebelum ini, skuad Thailand menumbangkan Singapura dengan keputusan 1-0 menjadikan skuad Singapura tidak berpeluang untuk menjuarai kejohanan ini.

Sekian

Please follow and like us:
error0
post

Pestabola Merdeka 2013 : Pasukan Harimau Muda menumbangkan skuad Singapura

Hari ini bermulanya Pestabola Merdeka 2013, kejohanan bolasepak tertua di Asia. Walaupun kejohanan kali ini hanya diwakili oleh pasukan bawah 23 dari Asia Tenggara namun ia perlu dianggap serius oleh pihak berkaitan.
Perlawanan pertama skuad Harimau Muda kendalian jurulatih Ong Kim Swee menemukan skuad negara dengan pasukan jiran, Singapura di Stadium Darul Makmur.

Keputusan Pestabola Merdeka 2013 : Malaysia lwn Singapura

Skuad bolasepak muda negara yang bermain dalam keadaan becak berjaya menumbangkan pasukan lawan melalui gol penyerang, A.Thamil Arasu pada minit ke 46. Selain dari skuad Harimau Muda sediada, skuad Ong Kim Swee juga diperkuatkan pemain bawah 23 yang diambil dari pemain Liga Malaysia.
BERNAMA
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Jadual dan tiket Pestabola Merdeka 2013

Pestabola Merdeka, salah satu kejohanan terulung yang dilangsungkan di Malaysia akan kembali dianjurkan pada tahun ini. Kejohanan Pestabola Merdeka edisi ke 41 kali ini akan melibatkan 4 pasukan bawah 23 negara yang bakal bersaing dalam Sukan SEA tahun ini. Pasukan yang akan bertanding dalam Pestabola Merdeka 2013 adalah Malaysia, Singapura, Thailand dan Myanmar.
Penganjuran kejohanan pada tahun ini akan diadakan di Pahang bagi memberi peluang kepada peminat di Pahang serta yang berhampiran untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan. Penganjuran semula Pestabola Merdeka yang kali terakhir diadakan pada tahun 2008 akan memberikan pasukan skuad bawah 23 peluang membuktikan kehebatan mereka.
| MAKLUMAT MENGENAI PESTABOLA MERDEKA 2013 |

Merdeka-Cup-Pesta-Bola-Merdeka-malaysa-burma
Gambar Klassik Pestabola Merdeka antara skuad Malaysia dan Burma
Bagi peminat yang ingin menyaksikan perlawanan ini, tiket bagi kejohanan edisi ke 41 Pestabola Merdeka yang dijadualkan pada 7-14 September ini telah mula dijual. Jualan menerusi laman web boleh didapati di www.ticketpro.com.my. Bagi yang ingin membeli di kaunter, tiket dijual di Stadium Darul Makmur mulai 16-18 Ogos dan pada 26 Ogos seterusnya.
Continue reading

Please follow and like us:
error0