post

Ziyad Catat Rekod Dunia, Latif Pertahan Emas

Atlet Para Negara yang berjaya memenangi acara lontar peluru lelaki F20 pada Paralimpik di Rio tahun lepas, Muhamad Ziyad Zolkefli sekali lagi membuktikan keupayaan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London pada Sabtu.
Kejayaan beliau memperbaharui catatan rekod dunia miliknya yang dilakukan pada tahun lepas iaitu 16.48 meter menjadi kebanggaan. Rekod terbaharu yang dicatatkan iaitu 17.29 meter menobatkan beliau sebagai juara dunia sekali lagi.

Pingat perak diraih oleh atlet Ecuador Stalin David Mosquera dengan catatan 16.61 meter manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012, Tod Hodgetts memenangi gangsa dengan catatan 15.94 meter.
Terdapat kejutan apabila atlet Australia mencatatkan angka yang lebih jauh namun selepas bantahan dilakukan, catatan Ziyad disahkan sebagai pemenang pingat emas kejohanan ini.

Selain itu, atlet lompat jauh yang juga pemenang pingat emas Paralimpik di Rio, Abdul Latif Romly berjaya mengekalkan gelaran juara dalam kategori T20 (masalah pembelajaran) selepas mencatatkan jarak sejauh 7.37 meter dalam pusingan akhir di Queen Elizabeth Olympic Park.

Latif Romly

Atlet Para Latif Romly melakukan lompatan

Pemenang tempat kedua, pencabar utama Talic Zoran dari Croatia yang mencatatkan jarak sejauh 7.32 meter manakala Dmytro Prudnikov dari Ukraine merangkul gangsa dengan catatan 7.12 meter.

Tahniah kepada atlet Paralimpik yang masih mengekalkan momentum sekaligus berjaya memenangi kategori masing-masing. Adakah kedua-dua atlet Para ini akan bersaing dalam acara normal dalam SUkan SEA nanti? Kita harap begitulah agar mereka boleh membuktikan sesuatu yang lebih besar lagi.

Please follow and like us:
error0
post

Siti Noor Radiah raih pingat gangsa Paralimpik Rio

Kem Paralimpik negara tersenyum lagi tatkala Jalur Gemilang dikibarkan lagi. Walaupun kali ini bukan kilauan emas namun pingat gangsa yang diperolehi melalui acara lompat jauh wanita T20 amat membanggakan.
Kemenangan ini dilakar oleh Siti Noor Radiah Ismail selepas berjaya melakukan lompatan sejauh 5.20m dalam percubaan ketiganya. Catatan itu juga mengatasi rekod Sukan Para Asia yang dimilikinya iaitu 5.10m pada kejohanan di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Sementara itu, seorang lagi atlet Malaysia, Siti Noor Iasah Mohamad Arifin berada di tangga keempat dengan catatan 4.91m.
Tahniah kepada kontijen Paralimpik negara terutama kejayaan dihasilkan dalam bidang olahraga. Semoga ada kilauan yang lebih selepas ini.

Please follow and like us:
error0
post

Abdul Latif Romly pungut emas ketiga dan pecah rekod dunia

Atlet lompat jauh Para Malaysia berjaya menambah koleksi pingat emas Malaysia di Sukan Paralimpik 2016.
Atlet dalam kategori T20 ini bukan sahaja menang emas malahan memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut. Bukan sekali tapi 3 kali lompatan beliau melepasi rekod dunia.

Atlet berusia 19 tahun dari Beseri, perlis itu berjaya mencatatkan 7.47m, 7.54m,6.79m dan 7.60 meter dalam 5 percubaan dimana percubaan pertama gagal.
Catatan pada percubaan kedua,ketiga dan kelima melepasi rekod lama iaitu 7.35 meter. Untuk rekod, rekod kebangsaan lompat jauh bagi atlet normal adalah 7.88 meter dan tidak mustahil ianya mampu dicapai oleh Latif yang masih muda dan berusia 19 tahun itu.

Mungkinkah Abdul Latif akan beraksi dalam kejohanan bersama dengan atlet normal di masa akan datang? Tidak mustahil kalau ada yang cuba membantu dan pasti akan lebih manis kalau beliau mampu membuktikan kepada atlet BIASA di sana yang beliau seorang yang LUAR BIASA.
Semoga maju jaya dan tahniah kepada beliau.

Please follow and like us:
error0
post

Tahniah Ziyad, Ridzuan julang emas di Sukan Paralimpik Rio 2016

Minggu ini 2 nama ini menyinar di dada media SUKAN Malaysia. Ini hasil kejayaan kedua-dua atlet menyumbang pingat emas di Sukan Paralimpik 2016 yang sedang berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil.
Ia pasti membanggakan apabila ia merupakan emas pertama sejak Malaysia menyertai temasya sukan di Heidelberg pada tahun 1972(yang dimenangi Ridzuan). Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi merupakan seorang atlet berusia 29 tahun yang berasal dari Perlis dan menghidap cerebral palsy semenjak usia setahun.
Mohamad Ridzuan berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100m T36 lelaki dengan catatan 12.07 saat sekaligus memadam rekod lama temasya yang dipegang Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25 saat yang dicatat di Beijing 2008.
Beliau juga sebelum ini pernah meraih emas di Kejohanan Dunia tahun lalu di Doha.

Bagi atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad pula yang menyertai kategori F20(masalah pembelajaran) pula berjaya mengondol pingat emas dan juga mencipta rekod baharu dunia dengan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau. Beliau berjaya memadamkan rekod lama 16.29 m yang dicatatkan oleh atlet Australia, Todd Hodgetts. Kejayaan yang cukup besar bagi skuad negara.

Sudah pasti kejayaan ini akan membuka mata banyak pihak. Kalau kita lihat dalam media sosial misalnya, ramai yang mula mengenali dua individu ini. Mungkinkah sukan Paralimpik telah mula dipandang oleh peminat sukan negara? Semoga begitulah kerana aksi mereka juga hebat. Ligakampung.com mengucapkan tahniah kepada kedua atlet yang cukup hebat ni.
Rasanya bukan mudah bagi mereka untuk berjaya ke tahap ini. Semoga mereka akan terus maju dan tidak menjadikan kejayaan ini sebagai penamat dalam aksi sukan mereka.

Diharap ada juga atlet lain yang mampu menyumbangkan pingat dalam acara Paralimpik 2016.

Please follow and like us:
error0

Fakta menarik mengenai sukan paralimpik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Image Hosting
Sekarang ni sedang berlangsung Sukan Paralimpik yang dianjurkan untuk atlit istimewa ini. Rasanya ramai dari kita yang tidak mengambil tahu tentang sukan Paralimpik ini berbanding sukan Olimpik. Berikut merupakan fakta tentang Sukan Paralimpik yang menarik untuk dikongsi bersama :-

1. Pada tahun 1948, Sir Ludwig Guttmann menganjurkan satu pertandingan sukan yang melibatkan Perang Dunia II veteran dengan kecederaan di Stoke Mandeville, England. Kewujudan Sukan Paralimpik bermula di sini.

2. Sukan Paralimpik yang pertama dianjurkan pada tahun 1960 di Rom, Itali.

3. Logo Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik berbeza. Sukan Olimpik mempunyai lima cecincin Olimpik. Motonya dalam bahasa Latin adalah Citius, Altius, Fortius, yang bermaksud Lebih Pantas, Lebih Tinggi, Lebih Kuat. Manakala Sukan Paralimpik diwakili oleh logo ‘Agitos’ dengan moto Langit, Bumi dan Manusia

4. Mulai tahun 2001, wajib bagi negara tuan rumah Sukan Olimpik untuk menganjur Sukan Paralimpik.

5. 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa adalah pungutan pingat terbaik Malaysia di Sukan Paralimpik 1992, Barcelona.

6. Atlit paling cemerlang ialah P. Mariappan dengan satu pingat gangsa di Seoul 1988 dan satu lagi di Barcelona 1992 dalam sukan powerlifting.

Sumber :- FB Astro Arena 801

Image Hosting
Antara atlit Paralimpik yang menunjukkan aksi menarik

Semoga dengan fakta ini dapat menarik kita untuk mengikuti sukan Paralimpik ni. Kepada atlet Paralimpik yang mewakili negara, semoga mereka juga mampu mendapatkan keputusan yang membanggakan.

Berikut merupakan website rasmi Paralympic dan Paralimpik Malaysia.

Sekian

Please follow and like us:
error0