Atlet di bawah Program Road to Tokyo (RTT) dibenarkan berlatih

Ada berita baik bagi atlet-atlet yang dalam program Road To Tokyo(RTT) dimana mereka diberi kelonggaran untuk menjalani latihan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) bermula pada 1 Jun ini.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah bersetuju untuk memberi kelonggaran khas yang melibatkan 265 individu termasuk 57 atlet bagi mempersiapkan diri dalam program Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo di Jepun.

Sesi latihan yang dibenarkan akan dijalankan di tiga kem latihan berpusat yang telah ditetapkan oleh Kementerian iaitu di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Akademi Badminton Malaysia dan Pusat Latihan Perayu Layar Kebangsaan.
Ia membabitkan 181 individu yang akan bertugas di sana bermula pada 1 Jun sehingga 30 Jun sebagai fasa pertama. Bagi memastikan proses latihan berjalan lancar, proses saringan COVID-19 akan dilakukan ketika pendaftaran.
Pendekatan kuarantin selama 30 hari bersamaan dua kali tempoh inkubasi akan dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan SUkan (KBS).

Mereka yang terlibat dalam latihan tidak dibenarkan keluar dimana saringan akan dilakukan dalam tempoh latihan.
Menurutnya lagi, satu Jawatankuasa Pemantauan yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan kem latihan berpusat dijalankan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

  • BHarian

Ia satu berita yang baik untuk para atlet yang mempunyai tanggungjawab ke Olimpik dan Paralimpik. Ia bagi memastikan fizikal dan mental mereka berada dalam keadaan terbaik.

Please follow and like us:
error0
post

Tiada polis iringi atlet ke Sukan Olimpik

Susulan isu keselamatan di Rio De Janeiro, Brazil beberapa komen memohon agar terdapat bantuan keselamatan untuk para atlet yang bertanding di temasya Sukan Olimpik di Brazil pada Ogos ini.
Namun Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memaklumkan tiada keperluan buat masa ini untuk membawa pasukan keselamatan di sana.
rio

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan akan mendapatkan nasihat daripada kedutaan Malaysia di Brazil berkenaan keselamatan sebelum membuat keputusan.
Isu ini dibangkitkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang bercadang untuk menghantar pegawai PDRM ke Rio bagi meningkatkan kawalan keselamatan terhadap kontijen negara berikutan isu kes jenayah membabitkan atlet dan pegawai ketika berlatih di Rio.

Sebelum ini, atlet Australia dan Sepanyol menjadi mangsa samun ketika berlatih di Rio De Janeiro, Brazil baru-baru ini. – BERNAMA

Ligakampung.com memohon agar satu kajian SEGERA perlu dilakukan oleh agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan atlet negara. Sememangnya isu KESELAMATAN di Brazil ini semakin diperkatakan apatah lagi selepas berlaku kes jenayah melibatkan atlet luar yang berlatih awal.
Walaupun menginginkan pingat dan kejayaan namun keselamatan para atlet juga perlu diutamakan. Jangan nanti berlaku isu jenayah hingga mengakibatkan kita kehilangan atlet untuk masa akan datang nanti.

Please follow and like us:
error0
post

Atlet Negara ke Rio Dinasihat patuhi arahan Virus Zika

Ketika ini , virus Zika menjadi topik perbualan hangat di benua Amerika Selatan. Atlet negara yang akan beraksi dalam beberapa kejohanan terutama dalam Pra-Kelayakan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil dalam tempoh terdekat dikehendaki mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Penasihat Sains Sukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dalam kenyataan meminta atlet mengambil maklum tentang perkara ini bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan virus ini.

Datuk Ramlan

Datuk Ramlan

Menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Kedutaan Malaysia di Brazil telah mengeluarkan kenyataan nasihat berhubung penularan virus tersebut.
Dr Ramlan berkata walaupun buruan tiket ke Olimpik menjadi keutamaan atlet negara namun mereka perlu menitikberatkan aspek kesihatan yang boleh memberi kesan kepada persembahan mereka pada kejohanan akan datang.

Atlet negara daripada beberapa jenis sukan seperti gimnastik dan terjun dijadual beraksi pada Kejohanan Pra-Kelayakan Olimpik di Rio pada penghujung bulan ini bagi memburu tiket ke temasya sukan terbesar dunia ini.
– MStar

Ligakampung.com juga berharap agar atlet negara mendengar saranan pihak berkaitan. Nampaknya virus Zika semakin hangat dan boleh memberi kesan kepada Sukan Olimpik ni nanti. Diharap virus ini dapat dihentikan segera dan Sukan Olimpik Rio dapat berjalan dengan jayanya. Selain itu perlu juga ada penasihat kepada para atlet. Kebanyakkan mereka terlalu GHAIRAH untuk mendapatkan tiket kelayakan ke Olimpik sehingga mengabaikan keselamatan diri. Mungkin penasihat perlu memberikan tunjuk ajar. Sekiranya keadaan dalam bahaya maka elok sahaja atlet menarik diri dalam kejohanan di Amerika Selatan.

Please follow and like us:
error0