post

Irfan pecah rekod kebangsaan acara lempar cakera

Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin berjaya memperbaharui rekod kebangsaan di kejohanan di Jerman pada Ahad lalu.
Atlet kebangsaan berusia 20 tahun itu mencatat 58.33 meter sekaligus memadamkan rekod kebangsaan yang dicipta pada Kejohanan Olahraga Malaysia pada tahun lepas.

KUALA LUMPUR 29 MAY 2015. Atlit lempar cakera, Muhammad Irfan shamsuddin pada sesi latihan di Gymnasium ISN Bukit Jalil. NSTP/Osman Adnan

KUALA LUMPUR 29 MAY 2015. Atlit lempar cakera, Muhammad Irfan shamsuddin pada sesi latihan di Gymnasium ISN Bukit Jalil. NSTP/Osman Adnan

Dalam acara tersebut, beliau menduduki tangga keempat dimana atlet Norway, Sven Martin memenangi emas dengan catatan 62.59 meter, Simon Petterson dari Sweeden dengan catatan 60.72 manakala tempat ketiga dirangkul oleh Henning Prufeg dari Jerman dengan catatan 59.92 meter.
Satu keputusan yang boleh dibanggakan oleh bekas pemenang pingat gangsa dalam kejohanan Junior Asia ini.

Sememangnya sukan lempar cakera agak kurang popular di kalangan peminat sukan olahraga namun pencapaian Muhammad Irfan sudah setahap dengan atlet Asia. Umurnya yang masih muda juga boleh memungkinkan untuk beliau mencatat kejayaan di masa hadapan.
Semoga beliau mampu maju jaya dalam sukan lempar cakera dan tak mustahil beliau mampu bersaing di Sukan Olimpik nanti.

Please follow and like us:
error0
post

Atlet lompat tinggi layak ke Olimpik

Wakil Malaysia dalam acara Olahraga di Olimpik bertambah. Atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh berjaya mengapai impian ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro selepas berjaya memecahkan rekod kebangsaan di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura dengan lompatan setinggi 2.29 meter itu.
Catatan yang dilakukan di Stadium Nasional, Singapura itu memastikan rekod lama yang dihasilkan oleh Lee Hup Wei dengan ketinggian 2.27 meter dipadamkan. Kejayaan memecahkan rekod itu sekaligus memberikan tiket merit kepada beliau untuk beraksi dalam kejohanan terulung ini.

Olahraga berusia 24 tahun itu berjaya memenangi pingat emas dalam Kejohanan Terbuka Singapura diikuti oleh seorang lagi wakil Malaysia, Noor Shafie Mohamed yang mencatat mata 2.09m. Peserta dari Myanmar mendapat pingat gangsa dengan keputusan 2.03.
Nauraj memulakan langkah dengan melepasi 2.09m, 2.13m, 2.17m, 2.20m, 2.23m,2.26 dan seterusnya 2.29m.

nauraj-sing

Beliau yang baru sahaja pulang dari Australia pada 17 April lalu kini berlatih tanpa jurulatih selepas jurulatih asalnya, Alim Ahmejanov telah pulang ke Uzbekistan.
Nauraj juga akan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan MAF untuk membantu beliau menjalani latihan di Australia untuk persediaan di Olimpik Rio.

nauraj-singh-record

// Krew Ligakampung.com mengucapkan tahniah kepada Nauraj dan semoga mampu memberikan aksi terbaik di Olimpik dan meneruskan pelapis dalam acara lompat tinggi ini yang memang sering menghasilkan jagoan di peringkat antarabangsa.

Please follow and like us:
error0
post

Badrul Hisyam dapat tajaan Puma

Pelari muda negara, Badrul Hisyam yang pernah mengalami sedikit kontroversi berkaitan catatan rekod dalam acara 100 M di Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN Brunei pada tahun lalu mendapat tajaan besar.
Beliau yang kini menjadi tumpuan untuk menjadi pelari yang bakal memecahkan rekod kebangsaan mendapat tajaan dari syarikat sukan terkenal, PUMA. Dalam satu majlis yang berlangsung di One Utama, beliau diberikan peluang melancarkan kasut keluaran terbaru PUMA, Ignite Ultimate.

badrul-hisyam-puma

Badrul yang baru berusia 19 tahun sudah secara konsisten melakukan catatan terbaik dalam acara disertai.Beliau yang kini sedang giat menjalani latihan bertekad untuk memecahkan rekod 100 m di Terbuka Pahang yang akan berlangsung pada bulan Mac ini.
Selain itu, SUKMA 2017 serta SUKAN SEA 2017 menjadi antara kejohanan utama yang berada dalam pelan beliau. Badrul juga telah menetapkan sasaran untuk beraksi di Sukan Olimpik 2020 di Jepun selepas kali terakhir pelari pecut negara beraksi di pentas Olimpik adalah Nazmizan Muhamad pada tahun 2004 di Athens, Greece.

Semoga perjanjian beliau dengan PUMA dapat melonjakkan lagi prestasi beliau di peringkat antarabangsa.
// Bila agaknya, ligakampung.com nak dapat sponsor dengan PUMA ni, teringin juga nak pakai kasut jogging brand ‘PUMA’ ni.

Please follow and like us:
error0
post

Rekod 100meter kebangsaan masih milik Watson Nyambek

Setelah hampir 2 bulan isu mengenai rekod kebangsaan tergantung akhirnya Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) telah memutuskan bahawa rekod 100m kebangsaan masih kekal di tangan Watson Nyambek.
Catatan pelari muda negara, Badrul Hisyam iaitu 10.29 saat telah diputuskan dalam mesyuarat khas tidak sah untuk direkodkan sebagai pemegang rekod kebangsaan.

badrul-hisham

KOM dalam jawatankuasa tersebut mengambil keputusan tersebut setelah meneliti laporan dari Persatuan Olahraga Brunei Darulsalam, Persekutuan Olahrata Antarabangsa (IAAF) selain jawatankuasa teknikal badan induk itu.
Catatan yang dilakukan oleh Badrul ketika Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah ASEAN di Brunei, November lalu tidak sah akibat pegawai olahraga Brunei meletakkan alat pengukur angin di kedudukan yang salah.

Ini bermakna rekod Watson Nyambek yang dilakukan pada tahun 1998 dengan catatan 10.30 saat masih kekal selaku rekod kebangsaan. Watson yang kini mengendalikan kelab olahraga The Flying Dayak di Sarawak mengharapkan agar Badrul tidak kecewa dengan keputusan ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya juga menasihatkan agar KOM mengambil pengajaran tentang isu ini dan membuat keputusan yang cepat jika berlaku masalah di masa hadapan. KOM juga perlu bekerjasama dengan pihak penganjur bagi memastikan kejohanan yang disertai mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh badan induk olahraga.

Pandangan kami , isu ini telah selesai dan pihak KOM perlu menumpukan pada tugas utama melahirkan atlet-atlet olahraga bertaraf antarabangsa. Mengenai rekod, mungkin mereka perlu membimbing pelari-pelari berpotensi untuk mencapai sasaran mereka. Semoga Badrul mampu mengapai pingat pada kejohanan di peringkat senior pula nanti.

Please follow and like us:
error0
post

Rekod 100m Badrul Hisyam tidak sah

Baru je dijulang selaku pemegang rekod baru 100m kebangsaan namun nampaknya pelari muda negara, Badrul Hisyam tidak mampu tersenyum kini.
Berita terbaru menyatakan dakwaan Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN tidak mengikut peraturan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF). Terdapat pihak mendakwa Brunei tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF ketika menganjurkan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah ASEAN.

Antaranya mengenai alat pengukur angin yang dikatakan tidak berada di garisan 50m selain tiada bukti ‘photofinish‘. Kedua-dua aspek itu wajib untuk mendapat pengiktirafan IAAF.
Yang Dipertua Persatuan Olahraga Brunei Darussalam (BAA) Awang Kifli Jaafar meminta Malaysia membuat aduan rasmi mengenai dakwaan tersebut.

 photo Pg20-PhotoFinish4Record110mHaiesAthletissima2006.jpg

Pelari muda negara, Badrul Hisham Abd Manap ketika itu dijulang apabila memecah rekod kebangsaan 100m menerusi catatan masa 10.29 saat berbanding rekod terdahulu 10.30 saat.
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menunggu bukti rekod itu dipecahkan namun gagal mendapat maklumbalas daripada Brunei.

Isu ini sedikit sebanyak mencalar sukan olahraga Malaysia dan pastinya Badrul terpalit sama. Apatah lagi terdapat ramai yang mempertikaikan dengan rekod dan kemampuan tersebut. Malahan Watson sendiri juga mempertikaikan isu tersebut.
Secara peribadi, saya terkejut dengan luahan Watson Nyambek di Facebook dimana beliau lebih kecewa rekodnya dipecahkan. Seeloknya beliau memberikan dorongan kepada pelari muda tersebut supaya tidak kecewa dengan keputusan ini.
Biarkan pihak berkaitan melakukan perbincangan sesama sendiri. Selaku bekas atlet dan jurulatih, beliau sepatutnya memberi galakan kepada pelari tersebut untuk memecahkan rekod beliau. Takkan beliau berharap rekod tersebut kekal sedangkan pelari-pelari dari Asia  sudah lama melepasi rekod tersebut. Malahan ada juga pelari-pelari lain dari ASEAN yang mampu berlari di bawah 10.30 saat. Jadi dengan kemunculan Badrul ini diharap memberi kembali sinar kepada sukan olahraga Malaysia. Ini merupakan pemangkin bagi beliau untuk membawa sukan olahraga Malaysia ke persada antarabangsa.

Kepada Badrul, jangan kecewa dengan isu ini. Anda perlu berlari dan berlari lebih laju lagi. Mungkin kali ini anda GAGAL memecahkan rekod secara rasmi namun masanya akan tiba juga nanti. Manakala bagi pihak KOM perlulah menyegerakan isu ini dan bantu Badrul serta atlet muda negara untuk maju sekaligus mengharumkan nama negara.

Please follow and like us:
error0
post

Badrul Hisyam pecah rekod 17 tahun Watson Nyambek

Sudah lama sukan olahraga negara menantikan rekod 100 meter kebangsaan yang dicatatkan oleh Watson Nyambek 17 tahun lalu mampu dipecahkan.
Rekod Watson iaitu 10.30 saat itu dicatat oleh lagenda pelari pecut negara sebelum Kejohanan Sukan Komanwel 1998. Satu jangkamasa yang lama walaupun terdapat beberapa pelari pecut silih berganti namun catatan tersebut masih kekal.

AppleMark

AppleMark

Catatan itu akhirnya berjaya dipecahkan oleh seorang pelari muda berasal dari Melaka iaitu Badrul Hisyam Manap. Beliau mencatat 10.29 saat ketika memenangi pingat emas dalam kejohanan Sekolah ASEAN di Bandar Sri Begaran, Brunei pada Isnin lalu.
Beliau meninggalkan jauh pesaingnya iaitu Asnawi Hashim ditempat kedua dengan catatan 10.71 saat. Kemenangan ini bermakna beliau berjaya mempertahankan pingat yang dimenangi pada tahun lepas di Marikina City, Filipina.

Potensi beliau telah terbukti malahan pada bulan lepas beliau berjaya mencatat 20.88 saat dalam acara 200 meter di Kejohanan Terbuka Unimap, Arau. Catatan itu melepasi rekod 200 meter yang dicatatkan oleh Tan Sri Dr M.Jegathesan pada tahun 1968.
Namun rekod itu tidak dapat dicatatkan kerana kekuatan angin melebihi 2.0 m/s.

Ini pastinya merupakan petanda yang baik untuk sukan olahraga negara yang ketandusan pelari pecut selepas era Nazmizam, Watson dan Azmi Ibrahim. Mungkin selepas ini Badrul mampu bersaing di peringkat Sukan SEA dan seterusnya melonjak ke Sukan Asia.
Ini tidak mustahil kerana beliau masih muda dan mempunyai masa untuk mempertingkatkan diri. Diharap beliau mampu meningkatkan lagi imej sukan olahraga di persada dunia.

Sumber :- NST

Sukan Olahraga sekarang di pandang sepi. Mungkin sebab tiada promosi dan ramai yang pelari muda tidak yakin dengan potensi sukan ini untuk dijadikan kerjaya.

Please follow and like us:
error0