post

12 atlet pecut bertanding di Afrika Selatan

KUALA LUMPUR: Seramai 12 atlet pecut negara berlepas ke Afrika Selatan hari ini untuk menjalani latihan dan menyertai pertandingan di sana sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pada Ogos ini. Antara yang disenaraikan ialah pemegang rekod pecut 100 meter (m) kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan serta atlet lain – Badrul Hisyam Abdul Manap, Muhammad Azam Masri, Jonanthan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi, G Aravinn Thevarr dan Rayzam Shah Wan Sofian. Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) turut menghantar atlet wanita – Shereen Samson Vallabouy, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nurul Faezah Asma Mazlan, S Komalam dan Siti Fatimah Mohamad.

Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim percaya semua atlet kebangsaan itu sudah bersedia untuk berkampung di Afrika Selatan serta menimba secukupnya pengalaman beraksi di sana. Katanya, sebelum bertolak ke benua Afrika, pengurusan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor, sudah menyediakan segala keperluan dan persiapan untuk atlet termasuklah kaedah terbaik untuk menyesuaikan diri dengan cepat di negara berkenaan. “Saya percaya mereka sudah bersedia daripada sudut fizikal dan mental memandangkan SSTMI sudah memberikan latihan mengenai keadaan di sana (Afrika Selatan) serta apa yang perlu dilakukan ketika ada pertandingan,” kata Mohd Poad. Johannesburg, sebuah bandaraya di Afrika Selatan mempunyai perbezaan masa selama enam jam dengan Malaysia, suhunya lebih rendah iaitu dengan purata 17 darjah Celsius serta memiliki tiupan angin lebih kuat dianggarkan kira-kira 27 kilometer sejam (kmj) berbanding Malaysia (5kmj). Mengulas lanjut, Mohd Poad berkata sejurus tiba di sana, dia dan jurulatih olahraga wanita, M Balamurugan akan berbincang bersama jurulatih yang sudah dilantik mengenai latihan serta pertandingan yang akan berlangsung selepas ini.

Sumber :- BHarian

Please follow and like us:
error0
post

Badrul bakal bertukar ke 400 meter ?

Pelari pecut 100 meter kebangsaan, Badrul Hisyam Abdul Manap berkemungkinan akan membuat penampilan dalam acara 400 meter tahun ini. Menurut jurulatihnya, Mohd Poad Kassim , Badrul mungkin akan diuji dalam acada 400 meter pada sebarang kejohanan yang akan dianjurkan bulan depan.

Menurutnya, ekspereimen bertujuan untuk memantapkan pelari berusia 20 tahun itu yang dilihat lebih sesuai untuk acara pecut jarak 400m seperti dilakukannya dalam sesi latihan sejak kebelakangan ini.

Pelari kelahiran Melaka itu sebelum ini melakar kejutan meleburkan rekod kebangsaan yang dicatatkan oleh Watson Nyambek pada kejohanan Sukan SEA di Brunei  namun tidak diiktiraf atas sebab-sebab teknikal. Impiannya untuk memecahkan rekod kebangsaan tersebut tidak tercapai sebaliknya, rakan sparingnya Khairul Hafiz Jantan berjaya memecahkan rekod 17 tahun tersebut di SUKMA Sarawak .

Sekiranya eksperimen tersebut menjadi, kemungkinan juga kuartert 4×400 m lari berganti-ganti di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur akan mencatatkan kalungan pingat emas untuk negara.

INFO – Lima ranking terbaik Asia Tenggara 2016

100 m

  • Khairul Hafiz Jantan (MAS)-10.18s
  • Badrul Hisyam (MAS) -10.34s
  • Jonathan Nyepa (MAS) – 10.36s
  • Boby Yaspi (INDONESIA) -10.36s
  • Abdul Iswandi (INDONESIA) -10.40s

 

200 m

  • Khairul Hafiz Jantan (MAS) – 21.01s
  • Boby Yaspi(INDONESIA) -21.02s
  • Aravinthevar (MAS) -21.04s
  • Le Throng Hinh (VIET) -21.08s
  • Jirapong Meenapra(THAI) -21.12s

 

400m

  • Edgardo Alejan (PHI) – 46.89s
  • Muhammad Azam (MAS) – 46.90s
  • Trenten Beram (PHI) -47.00s
  • Luonmg Van Thao (VIET) – 47.02s
  • Kunnanon Sukkaew(THAI) -47.07s

Sumber : Kosmo

 

Ligakampung merasakan bahawa tahun ini mungkin terdapat banyak kalungan pingat emas di Sukan SEA yang melibatkan atlet Malaysia. Mungkin pingat emas 100m , 200m ,4x100m, 400m dan 4x400m mampu dicapai andai pelari pecut negara ini mampu beraksi sebaiknya di padang.

 

Semoga mereka mampu mencapai sasaran.

Please follow and like us:
error0
post

Khairul Hafiz Gagal Pecah Rekod 200 meter

Impian untuk memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter yang berusia 48 tahun masih tertangguh lagi.
Catatan yang dilakukan oleh Tan Sri Dr M Jegathesan dengan catatan 20.92 saat masih utuh lagi sehingga hari ini.

Pelari pecut muda negara yang mensasarkan untuk memecahkan rekod tersebut hanya mencatatkan masa 21.10saat untuk memenangi acara 200 meter dalam kejohanan olahraga Terbuka Malaysia 2016 yang berlangsung di Stadium Mini Universiti Malaya.
Khairul Hafiz yang memberikan tumpuan penuh dan melepaskan acara 100 meter terpaksa menunggu lagi untuk memecahkan rekod yang dicatatkan oleh Jegathesan pada kejohanan Olimpik Mexico 1968.

Pada pendapat Ligakampung.com, Khairul tidak perlu kecewa walaupun sebelum ini impiannya menggunung. Beliau yang mempunyai catatan terbaik 21.00saat yang dilakukan di Kejohanan Remaja Asia di Ho Chi Minh City, Vietnam awal tahun ini masih muda dan berpeluang untuk mencatatkan angka di bawah 21 saat itu nanti.Jangan terlalu menumpukan pada REKOD tersebut sebaliknya buat sehabis mungkin. Kemungkinan latihan di luar negara yang dicadangkan mampu menghasilkan sesuatu dalam tempoh terdekat ini.
Masa masih panjang dan diharap beliau atau kawan-kawan beliau mampu meleburkan rekod tersebut. Mungkin pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur nanti atau kejohanan lain.

Video Khairul Hafiz raih emas Terbuka Malaysia 2016

Please follow and like us:
error0
post

Tahniah Ziyad, Ridzuan julang emas di Sukan Paralimpik Rio 2016

Minggu ini 2 nama ini menyinar di dada media SUKAN Malaysia. Ini hasil kejayaan kedua-dua atlet menyumbang pingat emas di Sukan Paralimpik 2016 yang sedang berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil.
Ia pasti membanggakan apabila ia merupakan emas pertama sejak Malaysia menyertai temasya sukan di Heidelberg pada tahun 1972(yang dimenangi Ridzuan). Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi merupakan seorang atlet berusia 29 tahun yang berasal dari Perlis dan menghidap cerebral palsy semenjak usia setahun.
Mohamad Ridzuan berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100m T36 lelaki dengan catatan 12.07 saat sekaligus memadam rekod lama temasya yang dipegang Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25 saat yang dicatat di Beijing 2008.
Beliau juga sebelum ini pernah meraih emas di Kejohanan Dunia tahun lalu di Doha.

Bagi atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad pula yang menyertai kategori F20(masalah pembelajaran) pula berjaya mengondol pingat emas dan juga mencipta rekod baharu dunia dengan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau. Beliau berjaya memadamkan rekod lama 16.29 m yang dicatatkan oleh atlet Australia, Todd Hodgetts. Kejayaan yang cukup besar bagi skuad negara.

Sudah pasti kejayaan ini akan membuka mata banyak pihak. Kalau kita lihat dalam media sosial misalnya, ramai yang mula mengenali dua individu ini. Mungkinkah sukan Paralimpik telah mula dipandang oleh peminat sukan negara? Semoga begitulah kerana aksi mereka juga hebat. Ligakampung.com mengucapkan tahniah kepada kedua atlet yang cukup hebat ni.
Rasanya bukan mudah bagi mereka untuk berjaya ke tahap ini. Semoga mereka akan terus maju dan tidak menjadikan kejayaan ini sebagai penamat dalam aksi sukan mereka.

Diharap ada juga atlet lain yang mampu menyumbangkan pingat dalam acara Paralimpik 2016.

Please follow and like us:
error0
post

Kuartet 4x100m bakal berguru di AS

Kuartet 4×100 meter Negara berkemungkinan akan dapat belajar di Amerika Syarikat selepas Majlis Sukan Negara(MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) membuat cadangan agar mereka berlatih di sana bermula awal tahun depan.

Tiga pelari muda yang menyinar di SUKMA iaitu Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Jonathan Nyepa merupakan nama-nama yang bakal dipilih dalam cadangan itu. 2 badan induk itu telah mengenalpasti Universiti Minnesota sebagai destinasi yang sesuai untuk para atlet itu sebelum kejohanan SUkan SEA 2017 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

Ketua jurulatih Kebangsaan, Zainal Abas memberitahu pemberita “Terdapat dua kemungkinan iaitu skim latihan di Kelab Trek Santa Monica atau berlatih sambil belajar di Universiti Minnesota”.  Beliau juga menegaskan perancangan ketika ini masih di peringkat awal dan MSN serta KOM perlu berbincang dengan wakil mereka di sana berhubung syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Zainal juga mendedahkan bahawa pihak MSN akan mendapatkan maklumat di AS pada bulan depan bagi membincangkan hasrat tersebut.

Ligakampung.com amat bersetuju dengan kaedah berlatih di luar Negara ini Cuma para atlet yang dihantar perlu lebih cekal kerana cabaran di sana pasti lebih hebat. Sudah pasti bukan sekadar fasiliti yang lengkap, malahan kaedah latihan sudah pasti lebih berganda keras berbanding sekarang. Selain itu, berlatih di negara yang banyak melahirkan atlet pecut di peringkat dunia itu patut menjadi pemangkin untuk mereka lebih maju lagi. Mungkin selepas ini, banyak kejayaan yang boleh diraih oleh mereka dan bukan hanya sekadar JAGUH KAMPUNG sahaja. Buktikan bahawa slogan ‘MALAYSIA BOLEH’ mampu direalisasikan di peringkat antarabangsa.

 

Please follow and like us:
error0
post

SUKMA 18 : Khairy Puji Penganjuran

Penganjuran SUKMA telahpun melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu. Admin juga telah menyaksikan upacara penutup di Stadium Sarawak pada Ahad yang lalu.
Memang penganjuran yang cukup meriah selain kejayaan beberapa acara sukan meraih perhatian peminat sukan tempatan.

majlis-penutup-SUKMA

Dalam satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berpuas hati dengan penganjuran SUKMA yang disifatkan sebagai berjaya. Dalam SUKMA di Sarawak ini, enam rekod kebangsaan dan 57 rekod kejohanan berjaya dipecahkan oleh atlet-atlet.
Pelari sensasi negara, Khairul Hafiz Jantan yang berjaya memecahkan 1 rekod kebangsaan serta 3 rekod SUKMA dijangka akan diserapkan ke dalam Program Podium atas aksi cemerlangnya.

Pemecah-Rekod-SUKMA-2016

Beliau berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100m iaitu 10.30s yang sebelum ini dimiliki oleh Watson Nyambek melalui catatan 10.18s. Dengan kejayaan itu beliau meraih ‘atlet terbaik lelaki’.
Bagi ‘atlet terbaik wanita’ pula pemanah daripada Terengganu, Nur Aqilah Yusof berjaya dinobatkan selepas meraih tiga pingat emas dan dua gangsa pada temasya kali ini serta memperbaharui rekod kebangsaan 328 mata milik Mon Redee Sut Txi dalam acara 70m recurve wanita yang dilakukan pada Sukan SEA Vietnam pada 2003 dengan catatan 331 mata.
Selain itu beliau juga mencipta rekod SUKMA dalam acara recurve 60m wanita.

Kontinjen Selangor pula diumumkan sebagai juara keseluruhan temasya SUKMA selepas berjaya mengumpul 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa.
Ini merupakan kali kesembilan kontinjen Selangor merangkul gelaran juara SUKMA pada 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006 dan 2013.

Sumber : BERNAMA

Secara jujurnya SUKMA kali ini memberikan atlet-atlet yang berjaya. Semoga ia menjadi medan untuk melahirkan para pelapis negara. Semoga penganjur selepas ini iaitu negeri Perak akan menganjurkan SUKMA dengan lebih baik. Mungkin pada masa tu Ligakampung.com boleh buat liputan kot.

Please follow and like us:
error0
post

Pelari muda Melaka lebur rekod kebangsaan Watson Nyambek

Pelari muda negara, Khairul Hafiz Jantan yang mewakili Melaka dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 melakukan larian bertenaga sekaligus meleburkan rekod kebangsaan acara 100 meter yang sebelum ini dimiliki oleh lagenda Watson Nyambek.
Larian pantas itu dilakukan di Stadium Sarawak, Kuching dengan catatan masa 10.18 saat jauh dari catatan yang dipecahkan iaitu 10.30 saat oleh Watsun Nyambek pada 18 tahun yang lalu.

khairul-hafiz-jantan

Khairul yang sebelum ini layak ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Poland baru-baru ini merangkun emas manakala atlet tuan rumah, Jonathan Nyepa berjaya merangkul Perak manakala rakan senegeri Badrul Hisyam pula mendapat gangsa.
Catatan oleh kedua-dua atlet ini adalah 10.36 saat namun Jonathan Nyepa diberikan perak berdasarkan keputusan ‘photo finish’.

Sudah pasti kejayaan ini satu pencapaian luar dugaan kerana mampu mencatat masa yang cukup baik. Nampaknya keputusan beraksi di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2016 di Poland baru-baru ini memberikan impak positif kepada prestasi beliau.
Selain itu, diharap pencabarnya patut mempertingkatkan kualiti bagi mencabar Khairul Hafiz. Rakan sepelatih, Badrul yang lebih dahulu mendapat kemasyhuran perlu memikirkan semula kesilapan yang dilakukan untuk bangkit dan mengejar prestasi Khairul.

Lihat sahaja kejayaan Khairul yang bermula dengan menjuarai Kejohanan Junior Asia di Ho Chin Minh pada Jun lalu dan seterusnya bersaing hingga ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2016. Prestasi beliau seterusnya memuncak di Kejohanan SUKMA 2016 dengan memecahkan rekod kebangsaan. Bukan mudah tapi ianya satu kejayaan buat pelari berumur 18 tahun ini.

Pastinya dengan kejayaan ini memberikan potensi untuk negara merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017. Malahan ada juga yang menginginkan agar Khairul diberikan peluang di Sukan Olimpik Rio memandangkan masa yang dicatatkan sepatutnya layak untuk bertanding di Sukan Olimpik Rio 2016.
Cuma tarikh kelayakan telah tutup. Namun mungkin pihak KOAM boleh membantu sekiranya mereka ingin melihat jagoan muda ini beraksi di Olimpik.

Semoga Khairul dan para atlet terus maju lagi. Jangan hanya di peringkat SUKMA, sebaliknya cuba tawan ke peringkat antarabangsa.

Please follow and like us:
error0
post

Pelari muda negara merangkul pulang pingat emas di Kejohanan Olahraga Remaja Asia ke 17

Pasukan olahraga remaja negara menampakkan ada sinar untuk sukan olahraga di masa hadapan apabila mencatat keputusan baik apabila meraih tiga emas, tiga perak dan satu gangsa.
Pencapaian ini merupakan yang terbaik pernah dicatatkan oleh Malaysia di kejohanan yang berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam ini.
olahraga-remaja

Emas Malaysia dimenangi oleh pelari Khairul Hafiz Jantan dalam acara 100m, Rizzua Haizad dalam acara lari berpagar 110m dan R.Kirthana dalam acara lompat kijang.
Selepas ini Khairul, Kirthana, Rizzua dan Badrul akan bertanding di Kejohanan Dunia Remaja Bawah 20 Tahun yang akan berlangsung di Bydgoszcz, Poland pada 19-24 Julai nanti.
Semoga mereka mencapai keputusan yang lebih baik dan mampu mencatatkan rekod terbaik memandangkan kejohanan tersebut lebih mencabar.

Nampaknya dalam acara 100 meter kita dah nampak dua jaguh pecut iaitu Khairul dan Badrul yang akan merancakkan suasana. Mungkinkah pertarungan seperti zaman Watson-Azmi Ibrahim akan timbul semula dengan perseteruaan dua pelari muda ini? Kita tunggu dan lihat hasilnya.

Please follow and like us:
error0