post

Barisan kuartet 4 x 100 meter pecah rekod kebangsaan

Barisan kuartet 4 x 100 meter lelaki negara berjaya memecahkan rekod kebangsaan sekaligus merangkul emas dalam Kejohanan Terbuka Vietnam, Khamis lalu.
Kuartet yang membariskan raja pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan juga disertai Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa dan Badrul Hisyam Abdul Manap itu berjaya mencatatkan masa 39.62 saat mengatasi rekod 39.67 saat yang dicatatkan Jonathan, Izzuddin Yahya, Harith Ammar Mohd Sobri dan Nixson Kennedy ketika Sukan SEA Singapura dua tahun lalu.

Walaupun ia perkara yang membanggakan namun catatan tersebut masih ketinggalan berbanding catatan pasukan kuartet Thailand yang mengondol emas pada edisi lalu apabila mencatatkan masa 39.42 saat.
Menurut ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abas catatan Thailand dan Indonesia lebih baik. Menurutnya juga, kombinasi para pelari yang sesuai masih dalam penelitian untuk acara di Sukan SEA itu nanti.

Tiga pelari iaitu, Khairul Hafiz, Jonathan dan Badrul hampir pasti manakala Haiqal dan Nixson perlu merebut satu slot itu nanti.

Kredit imej: FB AdrianSprints.com

Please follow and like us:
error0
post

Ziyad Catat Rekod Dunia, Latif Pertahan Emas

Atlet Para Negara yang berjaya memenangi acara lontar peluru lelaki F20 pada Paralimpik di Rio tahun lepas, Muhamad Ziyad Zolkefli sekali lagi membuktikan keupayaan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London pada Sabtu.
Kejayaan beliau memperbaharui catatan rekod dunia miliknya yang dilakukan pada tahun lepas iaitu 16.48 meter menjadi kebanggaan. Rekod terbaharu yang dicatatkan iaitu 17.29 meter menobatkan beliau sebagai juara dunia sekali lagi.

Pingat perak diraih oleh atlet Ecuador Stalin David Mosquera dengan catatan 16.61 meter manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012, Tod Hodgetts memenangi gangsa dengan catatan 15.94 meter.
Terdapat kejutan apabila atlet Australia mencatatkan angka yang lebih jauh namun selepas bantahan dilakukan, catatan Ziyad disahkan sebagai pemenang pingat emas kejohanan ini.

Selain itu, atlet lompat jauh yang juga pemenang pingat emas Paralimpik di Rio, Abdul Latif Romly berjaya mengekalkan gelaran juara dalam kategori T20 (masalah pembelajaran) selepas mencatatkan jarak sejauh 7.37 meter dalam pusingan akhir di Queen Elizabeth Olympic Park.

Latif Romly

Atlet Para Latif Romly melakukan lompatan

Pemenang tempat kedua, pencabar utama Talic Zoran dari Croatia yang mencatatkan jarak sejauh 7.32 meter manakala Dmytro Prudnikov dari Ukraine merangkul gangsa dengan catatan 7.12 meter.

Tahniah kepada atlet Paralimpik yang masih mengekalkan momentum sekaligus berjaya memenangi kategori masing-masing. Adakah kedua-dua atlet Para ini akan bersaing dalam acara normal dalam SUkan SEA nanti? Kita harap begitulah agar mereka boleh membuktikan sesuatu yang lebih besar lagi.

Please follow and like us:
error0
post

Mampukah rekod kebangsaan 200 meter dipecahkan?

Antara rekod kebangsaan yang paling lama dalam sejarah sukan olahraga Malaysia iaitu acara pecut 200 meter.
Rekod yang dipegang oleh Tan Sri Dr. M. Jegathesan pada Sukan Olimpik 1968 di Mexico masih belum mampu digugat oleh pelari dalam tempoh 49 tahun iaitu hampir ke 5 dekad.
Nama besar seperti Datuk Rabuan Pit, Ramli Ahmad, Watson Nyambek tidak mampu memecahkan rekod tersebut.

Pelari yang berjaya memecahkan tembok 21 saat iaitu Azmi Ibrahim juga sedikit kurang apabila mencatatkan 20.97 saat berbanding catatan rekod 20.92 saat itu.
Dalam keadaan sekarang yang memperlihatkan saingan raja pecut ada kemungkinan rekod tersebut mampu dipecahkan oleh barisan pelari muda negara.

Pelari sensasi, Khairul Hafiz Jantan yang merupakan pemegang rekod kebangsaan dalam acara 100 meter disebut-sebut mampu memecahkan rekod dalam acara tersebut dengan catatan terbaik 21.01 saat.
G.Aravin yang meurpakan pencabar utama juga telah mencatatkan masa yang agak baik. Catatan 21.04 saat mungkin mampu dikurangkan dalam sedikit masa lagi. Pelari didikan Watson Nyambek, Jonathan Nyepa juga mempunyai potensi untuk memecahkan rekod dengan catatan terbaik 21.18 saat.

Untuk rekod, pelari dari Terengganu, Nazmizan Muhammad merupakan pelari terakhir mengondol emas acara 200 meter apabila menjuarainya di Sukan SEA 2003 di Hanoi.
Jadi, mampukah kita melihat satu lagi rekod baru akan dipecahkan pada tahun ini atau kita perlu menunggu lagi?

 

Fakta 200 meter (setakat 13 Jun 2017) :-

Rekod Kebangsaan : Tan Sri Dr M Jegathesan 20.92 saat 1968, Sukan Olimpik Mexico

Rekod  ASEAN : Reanchai Seeharwong(THAI)  20.69 saat 1999, Sukan SEA Brunei

Reanchai Seeharwong

Selain rekod Tan Sri Dr. M Jegathesan, pelari juga perlu mencabar rekod ASEAN pelari pecut Thailand Reanchai Seeharwong

Rekod ASIA : Femi Ogunode(QAT) 19.97 saat 2015, Memorial Van Damme

Rekod EROPAH :Pietro Mennea (ITA) 19.72 saat 1979 Universiad, Mexico

Rekod DUNIA : Usain Bolt (JAM) 19.19 saat 2009, Berlin

Dapatkan kasut spike pecut

Please follow and like us:
error0
post

Jonathan Nyepa pecah rekod peribadi, Jackie Wong perbaharui rekod di Terbuka Korea

Prospek pingat di Sukan SEA 2017 semakin hampir selepas atlet olahraga yang bertanding di Kejohanan Olahraga Terbuka Korea mencatatkan keputusan memberangsangkan.
Pelari pecut negara dari Sarawak, Jonathan Nyepa berjaya memungut pingat perak dalam acara 100 meter lelaki sekaligus memperbaharui rekod peribadi beliau.
Dalam perlawanan akhir itu, Jonathan Nyepa mencatatkan masa 10.28 saat untuk menduduki tangga kedua di belakang pelari pecut tuan rumah, Kim Kok Young yang mencatatkan masa 10.07 saat.
Seorang lagi pelari pecut dari Sarawak, Nixson Kennedy mencatatkan masa 10.43 saat untuk menduduki tangga kedua.

Masa yang dicatatkan Jonathan itu merupakan catatan terpantas dalam Malaysia ketika ini iaitu ketinggalan kurang 0.10 saat dari rekod kebangsaan yang dicatatkan oleh pelari Melaka, Khairul Hafiz Jantan pada tahun lepas.

jonathan-nyepa

Aksi Jonathan ketika aksi Terbuka Malaysia pada tahun 2016

Kejayaan beliau mencatatkan masa 10.28 saat itu juga memecahkan rekod negeri Watson Nyambek dimana catatan itu dikira selepas kiraan bantuan angin hanya sekitar +0.8 m/s ( limit +2.0 m/s).
Ini memberikan petanda yang baik bagi pasukan pelari kebangsaan untuk mendapatkan pingat emas dalam acara 100 meter dan 4 x 100 meter nanti.

| Mahu Lari Sepantas Jonathan Nyepa? Dapatkan Kasut ASIC ini |

Selain dari kejayaan di trek, balapan juga memberikan sinar apabila pelontar tukul besi, Jackie Wong Siew Cheer berjaya mencatatkan rekod baharu kebangsaan dengan catatan 65.34 meter sekaligus memberikan pingat perak kepada skuad Malaysia.
Jackie yang berada dalam ranking pertama di ASEAN, berada di tangga kedua di belakang atlet Korea Selatan, Lee Ywun -chul yang mencatatkan balingan sejauh 71.21 meter.

Pelontar besi wanita berusia 17 tahun , Grace Wong juga memberikan sinar keyakinan apabila mencatatkan balingan sejauh 55.99 meter untuk memenangi pingat gangsa.
Tahniah kepada barisan atlet negara.

Please follow and like us:
error0
post

Yuan Yufang buru Emas kelapan

Atlet kelahiran China, Yuan Yufang telah membuat kenyataan untuk bertanding dalam Sukan SEA 2017. Beliau yang bertugas sebagai jurulatih jalan kaki negara mengambil keputusan meninggalkan kerjaya bagi membuat penampilan semula dalam temasya di Kuala Lumpur pada Ogos ini.
Wanita berusia 41 tahun ini sudah memenangi tujuh pingat emas di pentas Sukan SEA dengan kali terakhir dilakukan pada edisi 2009.

Beliau yang telah mendapat kerakyatan Malaysia pernah membuat penampilan dalam tiga temasya Sukan Olimpik selain Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
Ligakampung.com cukup mengkagumi keberanian dan kegigihan beliau untuk kembali beraksi walaupun dalam usia telah melepasi angka 40 tahun.

Pasti bukan mudah untuk beliau bersaing dengan atlet yang lebih muda namun iltizam dan keyakinan telah ditunjukkan apabila berjaya memenangi beberapa kejohanan marathon.
Semoga berjaya mencapai impian emas kelapan Sukan SEA.

Please follow and like us:
error0
post

Nauraj pecah rekod kebangsaan, layak ke Kejohanan Dunia di London

Jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa berjaya mencipta sejarah apabila layak ke Kejohanan Dunia di London dari 4 hingga 13 Ogos ini.
Ini berikutan kejayaan beliau mencatat rekod kebangsaan dengan catatan 2.30 meter (m) sekaligus menjuarai Terbuka Singapura 2017 pada hari Khamis.

Rekod lama 2.29 m yang dicatatkan di Kejohanan Terbuka Singapura 2016 itu memberikan beliau tiket untuk melepasi had kelayakan minima ke Kejohanan Dunia nanti.
Beliau yang tidak menyangka dengan pencapaian ini kerana Terbuka Singapura hanya menjadi medan ‘pemanas badan’ sebelum beliau menyertai Grand Prix Shizuoka dan Cabaran Kawasaki Dunia.

Presiden Persekutuan Olahraga Malaysia(KOM) Datuk Karim Ibrahim gembira dengan pencapaian Nauraj yang juga merupakan prospek utama untuk menymbang pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos nanti.
Kami akan beri insentif khas RM5,000 kepada Nauraj atas kejayaannya dan harap ia akan meningkatkan keyakinannya untuk memenangi emas di Sukan Sea nanti.

“KOM juga harap kejayaan ini jadi batu loncatan kepada atlet lain untuk menyamai pencapaian seperti itu di kejohanan akan datang,” kata Karim.
SinarHarian

Tahniah kepada Nauraj yang mencapai kejayaan tersebut. Mungkin pada Kejohanan Dunia nanti beliau mampu memberikan prestasi terbaik sekaligus mampu bersaing dengan atlet yang lebih tinggi standardnya.

Please follow and like us:
error0
post

Malaysia Raih Dua Pingat Pada Terbuka Australia

Dua atlet lompat tinggi Malaysia berjaya meraih dua pingat teratas dalam acara lompat tinggi lelaki pada Kejohanan Olahraga Terbuka Australia 2017 di Pusat Olahraga Sydney Olympic Park pada Sabtu lalu.

Lee Hup Wei berjaya meraih pingat emas selepas melalukan lompatan pada ketinggian 2.24 meter untuk menumpaskan rakan senegara Nauraj yang hanya mampu melepasi ketinggian 2.21 meter sementara atlet tuan rumah, Joel Baden merangkul pingat gangsa dengan lompatan 2.18 meter.

Keputusan dicatat oleh kedua-dua atlet negara masih rendah berbanding rekod kebangsaan yang dicatat oleh Nauraj iaitu 2.29 meter yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura 2016.

Keputusan ini memberikan petanda positif kepada skuad olahraga negara terutama dalam acara lompat tinggi yang hampir pasti menjanjikan pingat emas untuk negara dalam acara Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur pada 19-31 Ogos depan. Diharap mereka cuba memperbaiki dan tidak terlalu yakin pada aksi Sukan SEA. Semoga mereka juga mampu memecahkan tembok 2.30 meter nanti.Siapa yang akan memecahkan rekod tersebut? Adakah Lee Hup Wei atau Nauraj? Kita tunggu dan lihat.

Please follow and like us:
error0
post

Rekod Kebangsaan Lompat Tinggi Wanita dipecahkan

Biasa kita sering terdengar atlet lompat tinggi lelaki Malaysia seperti Loo Kum Zee, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh. Yap Sean Yee, atlet lompat tinggi wanita kini ingin membuktikan kemampuan selepas berjaya memecah rekod kebangsaan yang dilakukan pada tahun 2016 lalu. Sean Yee,22 tahun berjaya melepasi ketinggian 1.81 meter pada Kejohanan Olahraga Kuala Lumpur di Kompleks Sukan Setiawangsa di Wangsa Maju.

Sean Yee yang memulakan percubaan pada rekod 1.80 meter berjaya melepasi sehingga 1.81 meter namun gagal dalam percubaan untuk melepasi angka 1.82 meter. Untuk rekod, ketinggian lama yang dicatatkan pada Kejohanan SUkan Universiti Asean pada tahun lepas adalah 1.79 meter.

Berdasarkan catatan tersebut, beliau mungkin berpeluang untuk memungut pingat pada kejohanan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur nanti. Walaubagaimanapun beliau perlu lebih gigih untuk mencapai jarak yang lebih tinggi dan tidak mustahil mampu mengondol pingat emas sekaligus mencatat sejarah dalam Sukan SEA nanti.

 

Please follow and like us:
error0