post

Nicol gagal ke separuh akhir sifi final Kejohanan PSA Dunia 2017

Pemain skuasy negara yang juga bekas juara dunia, Datuk Nicol David mencatat keputusan mengecewakan apabila gagal untuk layak ke pusingan separuh akhir siri final Kejohanan Persatuan Skuasy Professional (PSA) Dunia 2017.
Ia berikutan kekalahan kedua berturut-turut di peringkat kumpulan dalam kejohanan di Dubai , Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada pagi Khamis.

Nicol yang menduduki ranking keenam dunia terus gagal dalam misi memburu gelaran pertamanya pada siri Jelajah Dunia musim ini.Nicol, yang diundi dalam Kumpulan B, terpaksa akur dengan kehebatan pemain pilihan pertama kejohanan, Nour El Sherbini dari Mesir apabila tewas 6-11, 9-11 dalam perlawanan kedua kumpulan, demikian menurut laporan www.worldseriesfinals.com.

Pada Selasa lepas, beliau dikecewakan pemain England, Laura Massaro 10-12, 10-12 pada perlawanan pembukaan kumpulan.

Bekas pemain nombor satu dunia itu dijadual bertemu pemain ranking ketujuh dunia dari England, Sarah-Jane Perry untuk melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan yang dijadual berlangsung awal pagi esok.

— BERNAMA

Secara peribadi Ligakampung sudah menjangkakan berdasarkan prestasi semasa dimana Nicol sukar untuk mencapai prestasi kemuncaknya. Mungkinkah beliau sudah boleh bersara dalam arena sukan skuasy ini?

Please follow and like us:
error0
post

Nicol tumbang di suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2017

 

Nampaknya impian Datuk Nicol Ann David untuk menjulang trofi Kejohanan Skuasy Wanita Dunia bagi tahun 2017 berkecai di Pusat Skuasy El Gouna, Mesir.

Nicol yang berada dalam ranking keenam dunia tumpas dalam straight set kepara pemain remaja tuan rumah yang semakin meningkat naik, Nouran Gohar. Nicol, 33 terpaksa akur selepas ditumpaskan Nouran, 19 dengan keputusan 6-11, 5-11, 9-11. Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Nicol pada peringkat suku akhir selepas tewas pada Nour El Sherbini pada tahun lepas di Kuala Lumpur.

nouran-vs-nicol

Nampaknya agak sukar untuk Nicol kembali menguasai takhta skuasy berdasarkan keputusan terkini. Nampak kemungkinan besar, pemain dari Mesir akan mendominasi sukan skuasy ini tatkala barisan pemain negara masih tercari-cari rentaknya dan Nicol semakin dimamah usia.

Semoga SRAM dapat mencari pengganti Nicol dan memberikan ruang untuk mereka beraksi diperingkat tertinggi.

Please follow and like us:
error0
post

Nicol David dinobat antara atlet terhebat dunia

Ratu skuasy negara mendapat pengiktirafan oleh akhbar British, The Telegraph sebagai salah seorang daripada 20 atlet terhebat dunia

Menurut Telegraph , penyenaraian Nicol David berikutan rekod penguasaan yang dilakukan oleh Nicol David dalam sukan skuasy dunia. Atlet berusia 32 tahun dari Pulau Pinang itu telah mempertahankan rekod selaku ranking pemain no.1 dunia selama 109 bulan serta berjaya memenangi tiga pingat emas pada Sukan Dunia, dua emas pada temasya Komanwel dan menjuarai lapan gelaran juara Terbuka Dunia.

Nicol yang bermula secara kompetitif dalam sukan skuasy pada usia 16 tahun dengan memenangi Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 1999 sebelum merangkul kejuaraan utama dalam siri jelajahnya pada Februari 2000.

Nicol David dan Nour El Sherbini, pesaing yang dijangka mampu memadamkan rekod beliau.

Nicol David dan Nour El Sherbini, pesaing yang dijangka mampu memadamkan rekod beliau.

Beliau berjaya menjadi atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia dan Terbuka Britis serta merangkul trofi pertama daripada lapan saingan Kejohanan Dunia. Beliau seterusnya merangkul ranking pertama dunia pada tahun 2006 ketika usia seawall 23 tahun.

Nicol juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang tahun 2008 sebelum dileburkan pada tahun 2009 oleh pemain Natalie Grainer. Walaupun telah turun ranking pada awal tahun ini namun beliau masih berkedudukan 10 terbaik sekaligus berjaya mengatasi pencapaian pemain Peter Nicol, bekas pemain lagenda Skuash dari Scotland.

Sumber :- Telegraph

Semoga pencapaian beliau akan menjadi sumber inspirasi kepada para pemain skuash junior negara.

Please follow and like us:
error0
post

Nicol Tewas Aksi Separuh Akhir Siri Dunia PSA

Impian untuk menjuarai kejohanan Siri Dunia PSA bagi ratu skuasy negara , Datuk Nicol David tersekat lagi.
Kali ini beliau hanya mampu melangkah ke peringkat separuh akhir tumbang kepada pemain nombor tiga dunia dari Mesir, Raneem El Welily.

Nicol yang merupakan juara bagi musim 2011/12 dan 2012/13 tumpas dengan keputusan 5-11, 11-8 dan 8-11. Nicol yang kini berada di ranking ketiga dunia terpaksa mengalah selepas lawannya mempamerkan aksi menarik.
Raneem akan bertemu pemain nombor dua dunia dari England, Laura Massaro untuk menentukan juara.

Nampaknya semakin merudum prestasi Nicol dalam beberapa kejohanan tahun ini. Selain usia yang meningkat, faktor format pertandingan juga tidak memberikan kelebihan kepada beliau.
Semoga beliau mampu mengembalikan prestasi terbaik dalam tempoh 1-2 tahun ini.

Please follow and like us:
error0
post

Nicol David gagal ke final Terbuka British

Nampaknya badi kekalahan ratu skuash negara kepada pemain mesir, Nour El Sherbini masih tidak mampu dibuang.
Terkini, pemain no dua dunia ini sekali lagi tumpas kepada jagoan dari Mesir berusia 20 tahun itu pada peringkat separuh akhir di Arena Arico, Hull, England pada Sabtu lalu.

nicol_david_nour_al_sherbini
Pemain Mesir yang juga bekas juara dunia remaja 2009 itu mengatasi Nicol dengan keputusan 11-6, 2-11,11-9 dan 11-6 dalam pertarungan selama 43 minit.
Ia juga merupakan final pertama beliau untuk kejuaraan Terbuka British ini/.

Pemain nombor 5 dunia itu telah mengecewakan Nicol pada peringkat separuh akhir Kejohanan Juara-juara pada Januari lepas. Selain itu Nicol juga tumbang kepada NOur pada perlawanan suku akhir Terbuka Windy City pada 29 Februari lepas.
Ia sekaligus menyaksikan Nicol gagal untuk mendapatkan kejuaraan keenam beliau pada Kejohanan ini.

Berdasarkan keputusan ini, nampak seperti Nicol sukar untuk menumbangkan Nour El-Sherbini selepas ini. Mungkin beliau patut berehat seketika dan mencari resipi untuk menjuarai kejohanan tertentu sahaja.
Sudah pasti corak permainan beliau telah dibaca oleh pihak lawan dan stamina beliau juga semakin berkurangan atas faktor usia.

Please follow and like us:
error0
post

Nicol David hilang posisi nombor satu dunia

Pemain skuasy negara yang juga pemain nombor satu dunia terlepas penguasannya selama 109 bulan selepas dipintas oleh pemain Mesir, Raneem El Welily.
Melalui ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Skuasy Wanita (WSA) pada hari ini, Raneem merampas kedudukan pemain nombor satu dunia selepas mengutip 2,979 mata berbanding Nicol yang mengutip 2,853.

nicol vs raneem

Nicol David dan Raneem

Nicol, 33 dalam temubualnya, berkata ia adalah sesuatu yang dijangka kerana Raneem telah berjaya menjuarai empat daripada enam kejohanan terakhir. Beliau yang telah memegang gelaran sebagai pemain nombor satu dunia dalam tempoh sembilan tahun bermula dari Januari hingga Mac 2006 sebelum dirampas selama empat bulan oleh Vanessa Atkinson dari Belanda untuk tempoh empat bulan.
Selepas itu, Nicol merampas kedudukan itu sejak Ogos 2006 sehinggalah tempatnya diambil oleh Raneem pada bulan ini.

Ia merupakan pencapaian terbaik bagi pemain skuasy dunia yang tercatat dalam sejarah. Raneem, 26 tahun berasal dari Mesir itu menjuarai 3 kejohanan utama tahun ini iaitu Kejohanan J.P Morgan, Terbuka Guggenheim Partners Windy City dan Terbuka Alexandria. Posisi itu boleh dirampas oleh Nicol sekiranya pemain negara itu berjaya menjuarai kejohanan Terbuka China yang akan bermula pada Khamis ini.
Bagi pemain lain, Low Wee Wern kekal di tangga kesembilan manakala Delia Arnold pula berad di kedudukan ke 12.
BERNAMA

// Sudah pasti ianya akan menjadi inspirasi kepada Datuk Nicol untuk terus mengejar kedudukan di tangga pertama dunia. Kehebatan beliau yang tidak berputus asa patut menjadi teladan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira apa yang dilakukan. Sesungguhnya, rakyat Malaysia juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 

Semoga ada lagi ahli sukan yang dapat digilap untuk menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Please follow and like us:
error0