post

Nicol akhiri karier di pusingan kedua Terbuka British 2019

Lagenda skuasy dunia, Datuk Nicol David meninggalkan arena sukan skuasy professional di pusingan kedua Terbuka British.
Nicol yang beraksi menentang pemain Mesir, Nour El Tayeb terpaksa akur dengan faktor usia selepas tumpas dengan keputusan 1-3.
Nicol yang pernah menjuarai Terbuka British sebanyak 3 kali itu terpaksa akur dengan kelebihan pemain nombor tiga kejohanan itu selepas tumpas 4-11, 7-11,13-11,5-1.
Beliau yang memegang rekod selaku pemain no 1 dunia selama 109 bulan merupakan atlet wanita Malaysia paling berjaya serta pemegang rekod selaku pemain yang berada dalam senarai 20 terbaik dalam tempoh 14 tahun 9 bulan.

Sudah pasti kejayaan beliau akan sentiasa di kenang oleh peminat sukan tempatan dan juga dunia.
Cuma mungkin agak kecewa sebab beliau tidak berjaya memungut pingat di Sukan Olimpik kerana sukan skuasy tidak pernah mendapat tempat dalam Olimpik.
Berikut merupakan pencapaian Nicol David sepanjang karier beliau selaku atlet sukan skuasy bermula dari tahun 2000.
Cukup banyak sungguh kejayaan beliau di persada dunia. Semoga ada pemain-pemain skuasy dari Malaysia yang cuba untuk menjadi seperti beliau.
Sudah pasti bukan mudah untuk dicapai sebab Nicol sendiri telah berkelana di luar negara dalam tempoh panjang untuk memantapkan permainan beliau.

Please follow and like us:
error0
post

Nicol David umum persaraan

Masanya telah pun tiba bagi lagenda skuash dunia, Datuk Nicol David.
Pemegang 8 kali Kejuaraan Dunia Skuash ini telah mengumumkan bahawa musim ini merupakan tahun terakhir beliau beraksi selaku pemain skuash professional.

Atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 35 tahun ini merupakan pemain wanita skuash paling berjaya selepas berjaya mengekalkan takhta no 1 dunia dari tahun 2006 hingga 2015.
Kejayaan luar biasa ini menyaksikan beliau berjaya memenangai kejohanan berprestij dalam sukan skuash seperti 5 kali Kejuaraan Terbuka British, 2 emas Sukan Komanwell, 5 emas Sukan Asia dan 3 emas Sukan Dunia. Ini semua tidak pernah dicapai oleh pemain-pemain sebelum ini. Ianya mungkin menjadi rekod yang pasti sukar untuk dipecahkan oleh sesiapa jua pemain skuash.

Beliau juga mencatat rekod apabila berjaya menduduki 5 terbaik dalam tempoh 143 bulan sebelum masih bertahan di antara 10 pemain terbaik untuk 177 bulan.
Nicol yang memulakan aksi professional pada tahun 2000 telah berjaya memenangi 81 kejohanan jelajah dan berjaya bermain sebanyak 102 kali perlawanan akhir.
Rekod 567 kemenangan dalam 680 aksi jelajah juga membuktikan betapa beliau adalah lagenda skuash dunia.
Beliau juga telah dipilih sebagai pemain wanita skuash terbaik sepanjang zaman selepas proses pemilihan oleh Persatuan Professional Skuash (PSA) pada tahun 2018.

[ Biography Nicol David ]

Selain itu, beliau menjadi individu termuda di berikan anugerah ‘Dato’ dari Kerajaan Pulau Pinang serta menerima anugerah ‘Datuk’ dari Kerajaan Persekutuan dimana beliau memang layak menerimanya.
Dijangkakan perlawanan terakhir Nicol adalah pada Kejohanan Terbuka British yang akan berlangsung pada 20-26 Mei atau PSA Kejohanan Jelajah Dunia pada Jun sekiranya beliau layak secara merit.
Beliau akan memberi tumpuan kepada Yayasan Nicol David bagi membantu generasi muda ini dalam mencapai potensi tertinggi.

Sumber :-PSA World Tour

Twitter Nicol David

Ligakampung.com mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Nicol David. Mungkin selepas ini beliau boleh mengorak langkah untuk membimbing para atlet sukan untuk lebih maju dan mencapai tahap terbaik.
Memang ramai menjangkakan bahawa beliau akan berundur pada tahun ini selepas melihat prestasi yang semakin menurun. Apatah lagi dengan usia yang meningkat pastinya sukar untuk bersaing dengan pemain yang lebih muda.
Nicol David ‘ Anda memang Lagenda’… Kejayaan yang anda hasilkan akan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang lain untuk membuktikan ‘Malaysia Boleh’.. Cuma mungkin ralat sedikit sebab usaha beliau untuk membawa sukan skuash ke Sukan Olimpik beberapa tahun lalu tidak menjadi kenyataan kini. Tapi tak mustahil ia mampu direalisasikan biarpun beliau sudah mengantung raket. 

Please follow and like us:
error0